Isnin, 10 Mei 2010

YANG MERAH

Yang MERAH. Biasanya sinonim dengan KEBERANIAN dan SEMANGAT. Tulah yang orang-orang cina suka sangat ngan kaler tu. Terutamanya dalam perayaan diaorang.

Aku pun suka jugak dengan kaler ni. Tapi ikut time lah. Kadang-kadang aku suka yang pucat-pucat. Tapi iu bukan tanda semangat aku pun MEMUCAT jugak tau.. Semua kaler aku suka.
Orang cakap kalau pakai baju kaler merah lepas tu lalu pulak depan lembu. Konform kena buat larian pecut ala-ala 100 meter gitu, sebab kena kejar dengan encik lembu. Betul ke? Huh entah lah. Orang melayu ni kaya sangat dengan pantang larang yang entah apa-apa tah.

Macam tak logik jerkan, tapi nak cuba membuktikan yang lembu tak kejar tak berani pulak. Hahaha. Aku dah tak larat nak berlari. Perut pun dah mula menambah beberapa inci. Kalau lari jigak nampak seksi lah pulak.

Aku sengaja meletakkan beberapa gambar yang ada kaler merah. Pada akulah kaler ini sangat cantik dalam gambar. Dulu aku suka WARNA PUTIH sahaja. Tapi lepas bermain dengan kamera ini, aku suka semua warna. Apa-apa yang aku tengok semua cantik dan seni. Pelik kan. Tapi kalau tengok orang tu tak hensome TETAP jugak lah tak hensome . Hahaha

Aku ingat kalau aku ada masa aku nak tulis dan kongsi cara nak kendalikan kamera SLR dan ambik gambar. Yelah dulukan aku dah pernah ke kursus dengan Angkatan Seni Foto Negeri Selangor sebanyak 2 kali. Rugilah kalau ilmu otai-otai ASFON tu tak diturunkan. Eleh aku bukan ingat pun, baca balik manual dia. Hahahaha.
 








Tiada ulasan: