Khamis, 20 Mei 2010

UMAIRAH KENA JAHIT DIKEPALA

Tadi aku menelefon kampung. Mak cakap, 'umairah kena jahit di kepala sebab melanggar motor orang'. Perghh tahap-tahap jentolak jugak anak buah aku nih. Yang lagi sadis dia bukan berbasikal pun, dia jalan kaki masa nak ke kedai. Boleh pulak. Dah dia cuti sekolah untuk beberapa hari ini, si Ebi yang tak kena jahit tu pun cuti lah jugak sebab jeles ngan umairah yang cuti sekolah. Mama Umairah pun ambil cuti seminggu lepak kat umah. Mak cakap kak ida demam. Aikk dari ituari demam memanjang dia tu. Macam DENGGI jer lah pulak.

Ada-ada saja kan.

UMAIRAH & BASIKAL

Mak cerita kat aku masa nak pilihanraya ituari. Mama si Ebi belikan Ebi basikal baru. Yang bawak balik si Anun. Masa nak keluarkan basikal dari bonet kereta tu si anun cakap. 'Ini basikal Ebi mama Ebi yang belikan'. Umairah hanya tengok saja, dengan linangan air mata sebab dia sedihlah mama dia tak ada nak belikan dia basikal macam mama Ebi. Tiba-tiba 'jeng-jeng.....ini untuk Umairah' Anun keluarkan sebijik lagi basikal. Betambah laju air mata dia turun. Dia pandang anun 'terima kasih' dan menangis lagi. Mak aku pun nangis tengok dia macam tu. Ishh

gambar ini masa dia kecik-kecil. Alamak halus betul...





























Tiada ulasan: