Selasa, 4 Mei 2010

SEMALAM AKU EL

Semalam aku EL, buat pertama kalinya dalam tahun ini. Itu pun sebab ENCIK SCOOTER aku tu dah mula buat hal. Kadang-kadang rasa macam nak tukar lain jer. Tapi dah malas nak berhutang. Tahun ini adalah tahun untuk melangsaikan hutang-hutang yang ada. Kalau nak tambah pun. Sebuah LAPTOP APPLE dan sebijik NIKON D90. Hihihi

Semalam aku servis karburator, sekali jalan tukar minyak gearbox dan minyak hitam. terbang juga RM54. Tak apalah sesekali dia buat hal. Yang selalu aku gasak dia tu, tak hengat pulak. Nampaknya kena kerja lebih sikit aku ni. Nak cari duit beli 2 benda yang di atas tu. Aku ada plan nak refinance rumah Tg Malim yang aku sewakan pada student UPSI. Dalam masa yang sama aku nak keluarkan duit KWSP yang tak seberapa tu untuk bayar rumah bukit beruntung. Yelah duit dalam KWSP tu kalau tak diguna kot aku mati esok, wat gaduh adik beradik jer. Nak wariskan kat anak, aku tak ada. Tak akan nak bagi kekawan pulak. Itu tidak cool.

Hajat nak make up ENCIK WIRA tu nampaknya kena tunda untuk beberapa bulan lagi. Hati selalu bebelah bagi sama ada nak tukar baru terus atau simpan dan make up jer. Bulan Jun tahun depan dah langsai pun. Oh ya, Encik VANETEE pencari rezeki dah aku tukarkan tayar baru 2 bijik di depan. Dah sedap dah bawak jalan-jalan. Ada duit nanti 2 bijik yang belakang tu pulak. Untuk Vannette tu company aku blanjakan RM190. Hahaha. Minyak hitam belum tukar lagi tu. Ishh macam-macam hal lah.

Dalam tersedak-sedak tunggu duit gaji setiap bulan, banyak jugak asset aku nih ya. Huhu

Tiada ulasan: