Ahad, 2 Mei 2010

SELAMAT HARI BURUH

Kepada semua kawan-kawan aku ucapkan selamat bercuti bersempena dengan HARI BURUH. Korang buruh ker? ahakk BURUHLAH kan, buruh kepada.... hihihi

Tadi telah diadakan pertandingan futsal anjuran BN KOTA ANGGERIK. Aku pun apa lagi menyelit membakar otak-otak dan mengoreng keropok lekor. hahaha. Alhamdulillah best jugak incomenya. Cuma satulah aku selalu miss cuti-cuti yang berharga. Tak apalah lain kali aku bercuti dikala korang berkerja.
Oh ya, futsal tu diadakan di EXTREME PARK Shah Alam. teringat satu ketika dulu aku & team bermain FUTSAL disitu. Ada yang tendang bola, tapi kasut yang pergi, lagi best tendang bola tapak kasut dan bola terbang bersama. Hahaha macam-macam betul.

TAPI AKU NAK TEGUR SIKITLAH. Sikap sesetengah ORANG MUDA KITA. Tahulah penat main futsal, dah minum tu boleh tak cari tong sampah. Ini buang merata-rata, dah macam EN MONYET je lah pulak. Kat mana sedutan terakhir dibuat kat situlah cawan plastik & botol minuman itu tergolek. TAK BERTAMADUN betul. Ish-ish

Tiada ulasan: