Jumaat, 28 Mei 2010

RUMAH FELDA BERWAJAH BARU

Selamat bercuti WESAK di hari Jumaat. Kan ke bagus kalau hari sabtu berikutnya pun diistiharkan sebagai cuti jugak. Apalah yang dapat dibuat dikala otak dah set, nak cuti hari sabtu nak cuti hari sabtu!. Huh tiada anjakan paradikma langsung. Kalau bab yang lain tu boleh jer dibuat tanpa mendapat green light dari TAUKEH.
Aku baru saja sampai dari kampung. Walau pun cuti sehari, ku gagahi juga lah. Abah selalu sangat menelefon membuatkan aku serba salah kalau ada masa tapi tidak balik menjengah. Walaupun sekejap pun jadilah kan. Sempat jugak membawa Mak, Nurul,Umairah dan Ebi ke TF membeli periuk nasi dan dapur gas baru untuk rumah aku. Makan ice cream dikala panas terik memang best, tapi lepas tu ambik ko, AKU SAKIT TEKAK NI.

MAK RUNTUHKAN RUMAH FELDA.

Abah sebenarnya suruh aku balik untuk tengok kan rumah kampung yang hampir nak siap tu. Aku kan cerewet sikit, dia tak nak panas telinga lah tu bila aku pot pet pot pet kalau rumah tu ada yang tercacat nanti. Tadi pun aku dah sedikit marah. Mak buat loan FELDA 40K untuk repair rumah tu, tapi saiznya kecik sedikit. Tapi aku tengok mak pun macam tak kesah jer, baiklah aku diam. Nanti dia kecik ati pulak. 

Aku rasa akan datang mak aku akan alihkan pusat operasi bahulunya ke bahagian tepi rumah pulak. MAk aku kan JURUTERA TAK DITAULIAH hahaha. Daripada pemerhatian aku tadi, Mak kejap-kejap tengok bahagian sisi rumah. Lepas tu merunggut-runggut, tempat operasinya sempitlah, tak mesra pelanggan lah. Ehh lain macam jer pulak. Tak apa aku tunggu lagi 3 BULAN TENGOK.

Tiada ulasan: