Rabu, 5 Mei 2010

TERKENANGKAN RAYA

Gambar ini aku ambil masa raya pertama tahun lepas. Biasanya aku yang tetapkan ' RAYA TAHUN INI BAJU WARNA ........' tapi tahun lepas aku tak cakap apa-apa pun. Dah semua orang beli ikut suka. Hahaha macam bubur caca jer pulak. Haa aku nak kenalkan sebahagian besar keluarga aku. Setiap kali raya inilah antara ahli keluarga yang akan ada dirumah mak. MERIAH BETUL.

Dari kiri, pakai tudung hitam pegang lutut tu KAK IDA(mama si Umairah), MAK, ABAH, MAK MOK, FARA, AJIB (yang berjanggut kat belakang tu),ANUN(baju dan spek putih), FLORINA(adik angkat SABAHAN kami), IKA, KAK ILA (mama si EBI), ABANG MIE. Yang Budak-budak duduk kat bawah tu dari kiri IRSHAD (anak kak ida), NURUL(adik bongsu), HAKIM(anak kak ila),NANA yang menyorok sikit tu (anak kak ila), LISA depan si NANA tu(anak kak ila), EBI, UMAIRAH, IDAHAM dan yang dipangku tu IRFAN (dua-dua anak kak ida). Yang tak ada dalam gambar, aku, EMI, ELIN (bini emi), WANI (anak emi), IKRAM (anak kak ida) dan IZAHAM (jugak anak kak ida). Yang dah tiada dalam keluarga kami KAK ATI (kakak sulong aku) , SYARIFAH HANIM (anak kak ati) dan ABANG IMBRAN (suami kak ida).


Tiap-tiap kali RAYA mak nangis. Kitaorang pun nangis sebab tengok mak sedih macam tu. SOP kami lepas bersalam-salaman, kami biasanya ke pusara kak ati, hanim, embah lanang dan wedok. Pusara abang imb tak ziarah pun sebab jauh di Rawang, tapi kami titipkan doa dan al-fatihah selalu.
Kalau hanim ada, dia sebaya dengan Idaham, tingkatan 5. Dah anak dara. Tapi darjatnya terlalu mulia, bukan disisi kami tapi DISANA dekat dengan NYA.

 

Tiada ulasan: