Selasa, 6 April 2010

CITA-CITA & BAKAT

Jangan sia-siakan bakat yang ada. Keluarlah dari Jabatan yang tak ada kena mengena dengan fotografi tu! Betul juga kan. Tapi aku ada kuasa ke untuk bercakap seperti ini. "Boss, saya minta ditukarkan semula ke Shah Alam sebab rumah saya di sini." Kan aku pernah cakap, BAPAK aku orang kecil saja, penoreh GETAH, bukanya seseorang yang berpengaruh.

Dah hampir setahun aku berlakon menjadi orang lain dengan melontarkan minat dan cita-cita sendiri jauh-jauh. Duduk pula dikalangan orang yang pelik-pelik belaka. Lama-lama pun aku sudah mula MEMUAL DAN MELOYA dengan perangai orang-orang disini. Aku juga sudah mula update resume untuk di pos kan kemana-mana sajalah.

Aku berharap AKAN adalah berita gembira untuk aku tidak lama lagi. Letih lah, terus-terusan begini. YA ALLAH tolonglah aku...... 

2 ulasan:

Ismail Saidin berkata...

You ini pandai ambil gambar.Saya sedang mencari partner untuk kongsi ambil gambar pokok untuk di jadikan buku. HP o123333033.Tq

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.