Khamis, 25 Mac 2010

POLIGAMI & BINI MUDA

Ituari aku sudah menulis tentang OG yang dikatakan BERPOLIGAMI oleh kawan-kawan. Aku jugak pernah menulis tentang POLIGAMI di mata Isteri Pertama. Kali ini aku terpanggil untuk menulis sekali lagi tentang POLIGAMI di mata Isteri Kedua pulak ataupun BINI MUDA. Hahaha

Aku percaya rata-rata Ibubapa dan perempuan-perempuan semua tidak pernah pasang nawaitu supaya anak dia ataupun dia sendiri jadi BINI KEDUA kepada seseorang (contoh: ”sahaja aku hidup untuk jadi bini kedua.....”). Ingat jugak pesanan orang tua dulu-dulu. ”kalau nak kawin, kalau boleh elakkan cari laki orang. Tak elok”. Iyelah sebab rata-rata yang MERAMPAS tu, akan DIRAMPAS balik haknya oleh orang lain. HUKUM KARMA LAH KATAKAN.

Tapi tak apalah, bagi yang dah terampas dan dah terkawin tu nak buat macam mana, nasi dah over cook. Jalan terus jalan beb!

Pertamanya, jadilah insan dan isteri yang baik. Dah tahu merampas tu berbuat baiklah dengan si MADURI. Jangan BERLAGAK semacamlah pulak. Perlu diingat keseronokan dan kebahagian yang korang kecapi adalah EHSAN daripada isteri pertama. DUIT, MASA & PERHATIAN Encik Laki adalah BELAHAN dari hak yang pertama tu. Biasa yang aku jumpa kalau title bini kedua, comform KEREK semacam. Kalau korang bagus tentu-tentu dia dah tak simpan lagi bini pertama, tapi sebab korang pun KURANG BAGUS tu yang dia masih simpan yang pertama tu. Kira korang untuk tampal mana-mana yang tak cukup saja lah. Ahakkk

Kedua, korang kena pastikan Encik Laki ni mampu dari segala sudut. Atau lebih senang simpanan DUITnya harus melimpah ruah. Kalau boleh buat bajet peribadi untuk menyukat kemampuan poket dia. Masukkan segala macam kos dari rumah bini pertama hingga ke perbelanjaan kucing dan ayam peliharaan korang. Jangan lupa bajetkan juga peruntukan untuk kecemasan. Maklumlah kalau dah pandai berpoli-poli ni biasanya ada accessory yang tidak disengajakan. Jadi bajet kecemasan inilah gunanya. Ini adalah bertujuan supaya perbelanjaan korang dikemudian hari tetap terjamin tanpa ragu.

Ketiga, pastikan anak-anak yang lahir merupakan yang berkualiti tinggi. Jangan hanya pentingkan kuantiti saja. Dapat sepasang pun tak apa. Asalkan orangnya tahap-tahap Bill Gates gitu. Bukan apa, sebagai persiapan kemudian hari. Bila muka dah kurang tegang dan dada pun dah mula hilang masak ranumnya, sah-sah dia cari lain. Korang tak akan ada masalah sebab anak-anak korang dah besar panjang. Boleh jugak mengadu sakit pening nanti. Lagi pun korang dah ada rumah sendiri, simpanan pun banyak, anak dah bekerja. Apalagi korang hendak fikir. Oh ya masa seperti ini seharusnya digunakan untuk beramal banyak-banyak. Kalau boleh berjinak-jinaklah dengan Kelab-kelab Pecinta Surau. Kan lebih BAGUS.

Keempat, walaupun korang dapat ’barang second hand’ pastikan barang tersebut masih dalam keadaan baik dan boleh pakai. Jangan pulak kemudian hari korang membela Anak Ikan pulak. Berdosa nyah. Semalam aku terdengar Dr Fadilah Kamsah cakap. Kebanyakan orang yang masuk neraka tu sebab dia tidak menjaga 2 LUBANG. Iaitu lubang MULUT & KEMALUAN. Uikkks takutkan. Jadi alang-alang nak yang second hand pastikan Macho dan tidak perlu modify banyak-banyak, membazir jer.

Kelima, kesihatan dia harus diambil serius. Pastikan dia bebas HIV, H1N1 & penyakit takut B1N1. Pastikan jugak kekukuhan jantungnya dan penyakit 3 serangkai itu juga. Bukan apa nanti sia-sia pula, baru 3 bulan berkahwin dah berulang ke hospital gara-gara terperanjat dengan gurauan 18SX korang tu.

Hihihi Sekian terima kasih