Jumaat, 19 Mac 2010

Malaysia dan Tax

Daya beli & bayar rakyat Malaysia memang HEBAT. Mulut pulak seolah-olah terkunci rapat tanpa banyak cakap. Bayar saja. Itulah silapnya kita. Senyap tak bertempat.

Sekarang kita yang bekerja sudah mula berperang dengan pelbagai tax. Menyampah kan. Makan di tempat yang best sikit dan kena service tax dan goverment tax paling hampeh 5%. Semua orang yang membeli kena bayar tax itu, termasuklah anak-anak kita. Gaji lebih 2.5k dah mula kena register dengan LHDN, lepas tu bayar sajalah tax. Beli rumah kena tax, kereta & motor pun kena tax apalagi diaorang nak tax kita ni. Oh yang terbaru GST. Wahh duit gaji ku habis di tax saja.

Tepat sungguh motto RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Perghhh didahulukan untuk MAMPUS dulu. PENCAPAIAN DIA yang diutamakan.