Selasa, 2 Mac 2010

GANGUAN DI PEJABAT

Bercakap di dalam telefon pada skala kuat tahap PUNTIANAK untuk benda-benda yang rasanya ’peribadi’ amatlah memualkan. Rasa nak menjerit dan menghempas fail pun ada jugak. Macam cilaka. Tak reti ke, orang lain sedang merah otak.

Sekarang ini aku seringkali terlupa untuk update blog. Maklum sajalah, internet disini tahap kura-kura lembabya.

Aku amat BENCI dengaN suara itu. Rasa nak mintak dipindahkan ke Jabatan lain pun ada. Baik aku keluar dari tempat ini sebelum aku tiba-tiba kena hesteria tahap kronik. Atau lebih sadis ada yang terbunuh jugak nanti.

Bercakap pasal kes bunuh, terkenang kes Safiyah yang mati di tangan bukan bapak tiri, tapi bapak segal ANJING. Silap haribulan anjing pun tak sudi nak mengaku DIA TU dari keturunan diaanjing. Ha itulah harga NYAWA sekarang. Itu belum masuk bab yang sudah puas BERLAZAT-LAZAT MAIN lepas tu kena bunuh dan BOM, untuk hilangkan bukti barangkali. Bukti di sini boleh lah cover, ESOK kat sana... baru tahu.  

Dikalangan BINATANG tidak akan ada manusia, tetapi dikalangan MANUSIA ada binatang. Ishh-ishh. Kalau tak nak anak tu, bagi sajalah kat orang lain. Kenapalah tergamak sampai membunuh dengan KEJAM. Kalu bab MEMBUAT ANAK semua orang berlumba-lumba, sehingga ada ANAK LUAR NIKAH yang sudah berusia 1 tahun 4 bulan. Perghhh