Rabu, 24 Mac 2010

EARTH HOUR 2010

Semua orang terlalu asyik bercakap tentang kepanasana melampau yang di alami setiap pojokan dunia sekarang. Tapi apakah kita ada cara yang hebat untuk menguranginya. Jangan terlalu asyik memikirkan hidup dan kerja yang entah mana hujungnya. Jadi aku rasa ini adalah masa yang sesuai untuk kita memulakan langkah pertama didalam menzahirkan betapa kita ini mencintai bumi. Tanpa mengira siapa kamu, orang kecil atau besar, kaya atau miskin, Pak Menteri atau Pak Pacak Marilah beramai-ramai kita menjayakan sambutan EARTH HOUR 2010.

Sambutan ini akan di buat pada 27 Mac 2010 (Sabtu) Jam 8.30 hingga 9.30 malam. Kita mungkin tiada kuasa untuk menjayakan kempen ini dengan GAH, tetapi kita amat berupaya untuk memulakannya di rumah sendiri. Bukan susah pun, hanya memadamkan suis elektrik selama satu jam bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam pada hari tersebut. Itu adalah tanda kita ini menyokong penuh usaha untuk mengawal pemanasan global secara menyeluruh di serata dunia.

Aku yakin sangat, ramai yang TIDAK PEDULI tentang EARTH HOUR ini. Tetapi ingatlah, SAMBUTAN INI TIDAK SEHARUSNYA HANYA KEPADA MEREKA YANG PEDULI, kerana bumi bukanlah sekadar milik segelintir pihak, tetapi ia milik setiap kita yang tinggal disini.

JOM PADAM LAMPU KITA
*sumber gambar: INTERNET