Isnin, 22 Mac 2010

SOTONG @ DUNGUN, TERENGGANU

Bergedik juga jantung bila baca keratan ini. Wahh teruja-teruja. Seronoknya kalau dapat ke laut sekali lagi dan mencandat sotong buat yang kesekian kali.

KUALA TERENGGANU - Perairan di negeri ini kembali meriah selepas musim tengkujuh dengan bermulanya aktiviti mencandat sotong yang menjadi antara tarikan utama pelancongan.


Sebagai membuka tirai, kerajaan negeri akan menganjurkan TM Fiesta Cabaran Candat Sotong 2010 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM277,000 yang meliputi empat sirkit bermula pada 27 Mac ini hingga 26 Jun depan.

Itu adalah gambar-gambar kitaorang kelaut mencandat sotong. Walaupun mabuk laut, semangat kena kuat. Nak cover line kena tido. Hahaha