Khamis, 11 Februari 2010

SHE THE MAN MOVIE ON TV2

Semalam seperti biasa aku menonton BULETIN UTAMA. Itu memang sudah menjadi SOP aku kalau aku tidak ke mana-mana. Perkembangan dan tidak berapa nak kembangnya BUMI MELAYU ini haruslah diambil tahu juga. Lepas tamat saja para pelakon melakonkan cerita BULETIN UTAMA itu, selama sejam itu jugalah aku menekan-nekan remote untuk mencari cerita menarik. Tak ada pulak.



Tiba-tiba jam 10 malam aku terbuka TV2, ahakk ada cerita best. Tajuknya SHE THE MAN. Kronologi ceritanya menarik tidak berserabut. Ditambah pula cerita ini banyak dibarisi pelakon yang macho-macho. Perghh seksi beb. Kena pula bila si Viola terjerat di kamar mandi bersama football team lelaki yang sedang berbogel mandi. Wahhhh. Hahaha



Kisah ini menceritakan tentang kegilaan seorang budak perempuan terhadap BOLASEPAK. Apabila pasukannya dibubarkan atas sebab tidak cukup pemain dia mula berminat untuk menyertai pasukan kekasihnya iaitu JUSTIN. Namun si Justin dengan angkuhnya menolak permintaannya itu. Kecewalah si Vi. Dia membuat keputusan untuk memberi kekalahan yang amat memalukan kepada Justin satu hari nanti. Maka berakhirlah hubungan cinta Vi dan Justin.



Berlakonlah si Vi menjadi Sabastian (abang kembarnya) dan tinggal di asrama lelaki demi untuk bolasepak. Banyaklah adegan-adegan yang mencuit hati semasa dia berlakon menjadi abangnya itu, termasuklah peristiwa dikamar mandi. Si Vi telah tinggal bersama rakan sebiliknya Duke yang tidak pernah menyangka yang dia adalah anak gadis keluarga Hasting.



Cerita ini juga diselitkan beberapa kisah cinta yang tidak kesampaian. Contohnya si Duke yang amat menyukai Olivia, manakala si Olivia pula amat menyintai Sabastian(Vi). Justin juga amat menyintai Viola. Berlakulah sedikit salah faham bila si Duke membenci rakan sebiliknya Sabastian (Vi) kerana Olivia dengan rakus mencium Sabastian.

Dalam kekalutan lakonan si Viola itu, tiba-tiba Sabastian pulang dari kelas muziknya di London dan berselisih dengan Olivia. Di situlah cinta Sabastian berputik bila dicium oleh Olivia pada hari pertama dia menjejakkan kaki ke Kolej itu.



Perlawanan bolasepak diantara pasukan Vi dan Justin diganggu oleh Melcom yang tidak berpuas hati dengan Sabastian(Vi) kerana di juga menyukai Olivia. Banyaklah usaha untuk memalukan Sabastian termasuklah menidakkan kelelakian si Sabastian(Vi). Akhirnya pasukan Vi berjaya mengalahkan pasukan Justin dengan gol 2-1. Menangislah si Justin dengan kekalahan itu. Si Viola dan Duke akhirnya berpacaran. Huhu

sumber gambar: Internet