Isnin, 22 Februari 2010

PROGRAM QUA-QUA ANJURAN LUAS

Aku telah menyertai Program Qua-qua anjuran LUAS Sabtu tempohari. Program ini amat sederhana tapi cukup berkesan. Aku sedang mencari jalan untuk berkerjasama dengan LUAS untuk memberi pengetahuan kepada pelajar-pelajar Sekolah, IPTS dan IPTA tentang operasi Syarikat REBUTAN ini.

Aku telah mendapat lesen besar daripada MEM RM untuk membuat kertas kerja tersebut. Kalau OG tahu mesti dia marah gila BABI dekat aku. Iyelah, apa saja yang aku cadangkan semua dia bantah. Aku kan bakal-bakal pengganti dia. Tulah yang dia takut sangat tu. Aku rasa aku ni bakal-bakal GM lah di sini. Satu hari esok dia takut kena report duty kat aku. Hahaha. Sebelum apa-apa terjadi baik dia cantas aku dulu. Huhu MANTAN ED aku dulu pun sama. Punyalah takut aku ambil alih kerusi ED dia, cepat-cepat dia pindahkan aku di sini. Hebat betul aku ni...

Aku cukup benci bila aku sedang memerah otak membuat kertas cadangan tiba-tiba ada orang yang dengan sengaja bercerita kuat-kuat dengan jiran yang duduk walaupun depan hidungnya. Cukup membakar kesabaran. Aku tidak sudi mendengar cerita tentang ANAK-ANAK DIA, aku tidak ingin dengar cerita tentang LAKI DIA. Aku cukup benci mendengar suara dia.