Jumaat, 19 Februari 2010

HUKUM SEBAT

Perghh sudah selamat si kambing hitam itu menjalani hukuman sebat. Sebenarnya bagus perlaksanaan mengikut lunas-lunas Islam ini, tapi biarlah menyeluruh. Jangan hanya mencanangkan hukuman itu kepada sesetengah golongan yang tidak BERUPAYA. Ya, tidak berupaya untuk merasuah orang-orang tertentu untuk menyorokkan kerja-kerja SIALAN itu.

Jabatan Agama Islam di sini pun macam sudah dibeli saja. Mana-mana Pak menteri ataupun JUTAWAN yang BERZINA dilindungi dengan baik. Korang pernah terbaca dalam akhbar ”Pak Menteri malaun tu berzina dengan artis panas ini”. Ada ke?

Disini aku cadangkan beberapa HUKUMAN yang boleh digunapakai untuk pesalah ZINA di zaman ini.

 Yang BUJANG hukumannya SEBAT 100 kali di depan orang awam. Bukan apa untuk meningkatkan tahap kesedaran untuk menjauhi menatang zina tu. Yelah pada yang bujang ni, mana pernah RASA, jadi keinginan mencuba tu memanglah membuak-buak. Bila dah tengok orang kena sebat sampai lebik mesti keinsafan itu datang kan. Aku cadangkan hukuman ini dibuat di Dataran Merdeka. Biar semua orang yang lalu lalang tu tengok.

 Yang BERKAHWIN hukumannya REJAM dengan batu sampai MATI, itu pun aku cadangkan di buat di depan orang awam, lokasi masih di Dataran Merdeka. Huh dah pernah rasa pun nak merasa yang lain dari yang sudah dilesenkan. Melampau sungguh. Kalau tidak diberikan KEMATIAN, keinginannya untuk merasa yang lain-lain akan lebih memuncak. BAHAYA tu. Baik bunuh.

Orang Islam zaman ini semua yang HARAM dia berani buat, membunuh, Zina, Judi, minum arak dan lain-lain yang sewaktu dengannyalah. TAPI CUBA SURUH DIA MAKAN BABI. Tengok dia BERSELERA ke tidak. Hahaha