Jumaat, 5 Februari 2010

HARI YANG LEMBAB

Azam sejak berpindah ke pejabat baru ini adalah untuk tidak datang lewat lagi. Bukan apa, MEM aku ni datang awal saja lah pulak, cuak jugak aku kalau kena jerit sebab selalu lewat.

Tadi aku bangun jam 6.30 pagi. Bersiap-siap dan keluar rumah jam 7.20 pagi. Nak keluar pintu saja, hujan mencurah-curah lebat. Tak apalah rezeki bumi. Tapi hari ini bukan hari aku. Aku telah lepak dalam longkang laluan motosikal di Federal Highway. Alhamdulillah mujur juga aku tidak cedera parah. Untuk mengelak dari melanggar berpuluh-puluh buah motosikal yang berhenti mengejut sebab air naik di bawah jejambat itu biarlah aku mengalah.

Mangkuk betul dorang tu, setakat air naik cuma beberapa inci tu, tak perlulah berhenti beramai-ramai. Menyusahkan saja. Crocs kuning yang aku beli di MIRI tempohari koyak rabak. Bengang betul aku ni. Huh

Hati makin panas bila kaki kiri ini berdenyut-denyut sebab ada luka di tepi ibu jari sebab terseret dengan jalanraya masa menahan si scooter dari cedera. Ish ish