Rabu, 10 Februari 2010

HARGA IKAN & SAYUR NAIK SESUKA HATI

KUALA LUMPUR - Rungutan orang ramai mengenai kenaikan harga pelbagai jenis barangan makanan khususnya hasil laut dan sayur-sayuran nampaknya tidak akan terbela disebabkan ia membabitkan barangan yang tidak termasuk dalam senarai harga kawalan.


Kesannya, peniaga berkuasa penuh menetapkan harga tanpa bimbang tindakan pihak berkuasa.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui kenaikan itu berlaku kerana peniaga tahu mereka ada kuasa menentukan harga barangan bukan kawalan."Barangan itu (hasil laut dan sayur-sayuran) bukan barangan kawalan, jadi kami agak sukar mengawal harganya," ujarnya ketika dihubungi di sini semalam. Sumber KOSMO 10 FEB 2010.


AMAT BACUL PUNYA STATEMENT. Melampau sungguh. Inilah hasil yang kita dapat daripada orang yang kita percaya boleh mengetuai kita, boleh memikirkan masa depan kita dan bangsa kita. HAMPEHH

Apa yang kita harus buat sekarang ini ialah BOIKOT peniaga-peniaga ini. Mula berjinak-jinak menternak binatang ternakan untuk mengantikan sumber protin yang diperlukan itu. Yang aku maksudkan dengan binatang ternakan tu seperti lembu, kambimg, itik, ayam, ikan air tawar saja tau. Bukan pula LEMBU PENDEK. Juga, mula lah bercucuk tanam sayur-sayur untuk keperluan kita. Kurangkan minat korang yang suka sangat membeli tu. Kalau korang duduk rumah pangsa atau kondo-kondo mewah, wartakan sebahagian daripada rumah untuk kawasan tanaman sayur yang hidroponic. PADAN MUKA DORANG.

Lepas nih jangan GATAL pangkah orang yang janji saja manis tapi amat pahit untuk dikotakan.

*sumber gambar: Internet