Selasa, 23 Februari 2010

FENG SHUI PART I

LAWAK gila BABI betul bila orang Islam yang satu ini lebih KAFIR daripada si kafir dalam mempercayai FENG SUWEY. Ada ustaz dan alim ulama pun tidak mampu untuk menasihat. Turut subahat lah tu kan. Dalam perhimpunan bulan lepas, dia beriya-iya membaca doa memohon ALLAH swt memurahkan rezeki dan menjauhi BALA. Yang kitaorang ini pun mengaminkanlah. Macam Hampehh jer. Macam tak tahu pulak hukum SYIRIK tu macam mana darjat DOSANYA. Terpulanglah, kubur masing-masing.


Untuk merelistikan amalan dia tu aku mencadangkan beberapa aktiviti bersempena dengan LAWAK FENG SUWEY beliau.


Paku ataupun menutup semua laluan utama dan pintu-pintu. Masa nak balik, semua orang kena turun menggunakan tali ala-ala mendaki gunung. Selain menguatkan sendi-sendi otot ia juga sebagai persiapan bila bangunan itu runtuh nanti.


Semua bos adalah dilarang sama sekali melalui pintu. Bermaksud, semua bos kena memanjat tali yang disediakan diluar bangunan untuk memasuki pejabat masing-masing. Ini adalah bertujuan untuk membuang SIAL yang ada dalam diri bos. Lagi tinggi pejabat dia, lagi tinggilah peluang dia untuk membuang SIAL yang ada. Ini bermakna bos yang ada di tingkat yang lebih rendah adalah merupakan BOS PALING SIAL@SUWEY.


Semua enjin kereta mestilah dimatikan apabila menghampiri bangunan. Ini adalaha untuk mengelakkan dari mengganggu waktu rehat hantu-hantu yang ada. Kereta tersebut ditolak ke tempat parking beramai-ramai oleh komiti PRC (kumpulan tolak-tolak markah orang tu). Hahaha kan sama tolak-tolak markah orang dengan tolak-tolak kereta orang. Lebih afdal kalau MENOLAK kereta orang yang paling banyak kena tolak markah. Huhuhu


Reception yang manis-manis terutama yang ’cemerlang’ pun adalah dilarang sama sekali berada di dalam bangunan. Bukan apa, aura si manis-manis itu rasanya mampu mengugat nafsu berahi bukan hanya bos yang tua totok tu tetapi hantu-hantu juga. Kan bahaya...


Sekian dulu untuk hari ini. Hihihi