Khamis, 18 Februari 2010

CUTI CNY YANG BEST

Cuti yang best. Setiap malam tidur atas tilam tebal. Walau pun tidur malam macam tidur dalam oven bahulu mak tapi bila dah nak pagi tu sejuk jugak. Tu yang terlajak-lajak SUBUHnya. Hihihihi

SOP aku bila dah lepak kat kampung mesti sapu sampah kat keliling rumah. Nurul pun berbaik hati membantu segala. Belakang rumah tu dah mula nak bersih. Tapi aku tak ada pulak ambil gambar sebab sebok memegang penyapu. Stor barang-barang Mak pun aku dan Abah dan kosongkan. Mak cakap ada ular hitam besar lepak di situ. Masa aku kemas-kemas tu tak ada pulak. Yang ada si JERRY jer lah. Adalah dalam lima ekor berlari ke sana sini.

Bangun pagi-pagi dah tercium bau bahulu yang sedang dibakar. Sungguh menyelerakan. Ada keluarga orang Sg Dusun tu datang. Siap makan bahulu panas lagi, bertambah-tambah pulak. Huhuhu. Selalunya Cik Ton sebelah rumah tu jer yang buat begitu, siap bawak kopi o dari rumah lagi tu.

Banyak jugak tempahan yang diterima sepanjang aku berada di kampung tu. Setakat 1500 biji bahulu ceremai tu, eleh kacang saja. Aku tolong masuk kan adunan dalam acuan dan membakar saja. Kerja-kerja lain aku belum pakar lagi. Tapi aku dah boleh buat laju-laju. Kuantiti bahulu hangus dapat dikurangkan. Hehehe. Walaupun Mak aku ni orang kampung saja tapi banyak benda yang dia pakar, orang lama lah katakan.

Sepanjang aku di kampung itu jugak, setiap hari ada saja orang meninggal dunia. Cuak betul aku ni. Bila tengok keadaan Mak dengan Abah lagilah cuak. Bila lah Mak Abah nak duduk-duduk saja dan berehat dirumah. Yang ditanggung si Nurul tu sajalah. Yang lain dah berkerja pun. Tapi kehadiran cucu-cucu yang berempat tu.... Tulah susahnya. Aku malas nak cakap banyak, sebab setiap kali aku bersuara, ada yang terasa hati. Oleh itu baiklah aku diam. Adik-adik aku yang lain-lain dah senang... dan dah sombong. Senang tu datangnya berpakej, sombong tu kembar dia. Kalau tak percaya cuba perhatikan.