Selasa, 9 Februari 2010

CROCS BARU

Semalam aku berjaya membeli crocs baru untuk mengantikan crocs yang parah digesel dijalanraya. Dapat juga crosc yang sekian lama aku idam-idamkan tu, walaupun hanya membeli di BUTIK Kg Melayu Subang. Untuk bergaya mantap, rasanya tidak perlulah membazir melampau kan. Yang penting tetap comel. Kasut ajelah yang comel.



Hari ini aku rasa tak ada mood untuk bekerja. Ada seorang ustaz pernah cakap pada aku, ada seseorang yang sedang cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan aku. ’Budak perempuan bermulut bising di Pejabat yang sekarang’. Uiiik sapa pulak yang dimaksudkan oleh Ustaz tu ya. Aku tidak berminat untuk memburukkan sesiapa pun. Lantak korang lah. Aku bukan ada apa jawatan di sini pun, yang boleh untuk didengki-dengkikan. Hahaha