Jumaat, 26 Februari 2010

BLOG OH BLOG

Punyalah ralit aku membuat kerja hingga terlupa untuk update ruangan ini semalam.



Lagi pun semalam itu jugalah kepala aku ini sarat sangat dengan macam-macam hal yang perlu difikir dan rancangkan. Semalam rasa macam nak angkat dan hempas monitor pc ini pun ada. Tapi bila mengenangkan yang susah nanti aku jugak. Aku batalkan saja niat murni itu. Huhuhu



Ditambah pulak dengan kebisingan tahap melampau semalam cukup menekan. Semua orang bercakap kuat tahap maksima. Aku dan beberapa kakitangan lain ini yang menekun membuat laporan dan kertas cadangan terasa nak menjerit saja. Ada yang bercakap dengan anak pun nak kuat-kuat. ”Baby dah makan?...Baby dah makan?..” dengan dialek kelantan cukup menyengat aroma telinga. Itu belum lagi yang ketawa dan terbahak-bahak tahap keluar tekak.



Pontianak ke langsuir ke kawan-kawan aku ni... Isk-isk