Rabu, 13 Januari 2010

PANDUAN MENCARI CALON SUAMI YANG ’MELETOP’


Kepada yang masih DARA atau TIDAK BERAPA DARA, yang masih mencari-cari calon yang sesuai, aku senaraikan beberapa panduan hasil dari bacaan aku selama ini. Aku tidak pasti sejauh mana ianya berkesan. Kalian boleh mencuba boleh tetapi aku tidak bertanggungjawap diatas sebarang kerosakan dan kehilangan harta benda. Huhuhu



Andaikan kalian didesak dan diberikan pilihan untuk memilih. Antara yang KAYA atau yang HENSEM? Aku nasihatkan korang pilihlah yang KAYA. Korang pun tahu kenapa aku suruh pilih yang kaya kan. Selain mengukuhkan tahap ekonomi, korang juga boleh mengubahkan yang HODOH itu kepada BRAD PITT. Asal saja ada ONGKOS nya, setakat plastic surgery tu tak ada masalah punyalah, tapi aku ingatkan korang pilihlah plastic yang bermutu tinggi. Sebab bila dah jadi Brad Pitt nanti, tahap kerakusan korang amatlah diragui, silap gaya hidung dia jatuh ke pipi, disebabkan ASAKAN korang tu. Hihihi


Kalau boleh carilah yang tinggi lampai selampai-lampainya. Nanti nak tukar lampu bila dah terbakar tu senang. Nak cuci kipas syiling pun tiada masalah. Setakat hendak cat rumah, buang sawang dan habuk-habuk pun selamba saja. Korang pulak boleh tunjuk-tunjuk saja ala MEM DIRECTOR untuk 1001 kerja tanpa perlu mendongak. Lebih menguntungkan kalau musim buah, petik rambutan tak pakai galah. Hahaha



Masa bercinta semua yang BURUK tu berjaya disorok. Oleh itu, jangan terpedaya dengan PARAS RUPA DAN KETELUSAN yang diwayangkan. Pandang juga PERIBADINYA. Itu membawa maksud, RUMAH PERIBADI, KERETA PERIBADI, SIMPANAN PERIBADI, INSURAN PERIBADI dan segala yang diperibadikanlah KECUALI LAH HUTANG PERIBADI. Ahakk


Adat orang bercinta, tengah hangat-hangat mulalah tabur janji. Jangan suruh dia berjanji untuk SEHIDUP dan SEMATI saja. Sebaik-baiknya tambah SEJALAN juga. Bukan apa, bimbang dia memilih jalan yang salah masa nak balik ke rumah. Dah sampai di rumah orang lain pulak. Lagi pun risau juga kalau dia memilih jalan kampung sebab banyak simpang-simpang ke arah yang MUNGKAR kalau hi-way tak apa juga sebab jalannya LURUS, KEJALAN YANG BENAR gitu.



Kalau pengantin lelaki kita tu 50 tahun lebih tua dari kita pun tidak menjadi halangan. Asalkan dia tu BERHARTA dan BERHARTA. Biarkanlah orang nak gelak-gelakkan korang masa bersanding, kerana pengantin lelaki lebih banyak pandang lantai daripada pandang tetamu, sebab masa kalut-kalut nak bersanding tu, LUPA NAK SAMBAR TONGKAT. Sekurang-kurangnya dorang TERSILAU juga dengan pancaran BERLIAN yang korang pakai tu. Tak apa korang BERSABAR saja. Sudah tak berapa lama dah, itupun dah nyaris-nyaris MENYEMBAH BUMI, tunggu saja sikit hari lagi. KORANG PASTI JADI JANDA TERKAYA. Har-har

Huhuhu SEKIAN..