Selasa, 5 Januari 2010

NASI GORENG POWER KLANANG, BANTING

Semalam aku dan kawan baik merayau-rayau hingga ke Pekan BANTING. Teringat aku masa kena duty dengan tenaga pengajar PDK seluruh Malaysia di Kem Gelanggang Buaya.


Setiap pagi aku akan bersarapan di warong kecil di depan simpang. Menunya roti canai kosong dengan kari kambing, 2 biji telur ayam kampung separuh masak. Perghh sedap melampau. Malam pula aku akan ke Jalan Muhibbah, Klanang makan nasi goreng, ayam goreng sambal, dan sup cendawan. Sedap hingga menjilat jarilah. Memang best. Nasi gorengnya amat sederhana. Tiada sayur ataupun salad menghiasi pinggan, cuma ada sedikit ikan bilis goreng.

Aku tidak membawa kamera bersama ketika itu. Jadi tidak dapatlah aku merakamkan detik-detik bernafsu mengadap nasi goreng tersebut.

Kedainya kecil saja, tetapi sentiasa penuh. Kepada kawan-kawan yang suka jalan-jalan cari makan, kalau nak ke situ ajaklah aku. Aku sanggup saja kalau ada pelung. Hihihi. Harga makananya pun murah saja. 2 nasi goreng, 2 ayam goreng sambal, 1 sup cendawan, air limau suam kurang gula, air teh o suam kurang gula dan 2 mee goreng pedas (tapau) Cuma RM19.50. Murah tak? Kedai tu rasanya beroperasi sebelah petang hingga ke malam.

TEMAN SEPEJABAT BERKUBANG DI SG SAMAK, TG MALIM