Isnin, 4 Januari 2010

KEIKHLASAN DALAM HIDUP

Pengertian IKHLAS dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mukasurat 563 adalah Hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura; Dia menolong dengan IKHLAS, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dengan IKHLAS, dengan suci hati; tulus IKHLAS, sangat jujur. Dalam kehidupan kita sehari-hari, cukup IKHLAS ke kita ini? Ikhlas dengan orang yang ada disekeliling kita, Ikhlas dalam setiap tindak tanduk kita.


Pada akulah, IKHLAS adalah satu kalimah pendek, hanya dibarisi susunan 6 abjad daripada himpunan huruf yang ada tetapi amatlah besar maksudnya dan sukar pula untuk diadakan dalam hati. Bukan sekadar hanya dibibir, ‘aku ikhlas ni’.

Aku sedang melalui saat-saat yang sukar sekarang ini. Hihihi aku sedang belajar untuk mengikhlaskan sesuatu, supaya aku tidak ditimpa perasaan menyesal dan sakit hati berpanjangan yang mana boleh membunuh rasa PERIKEMANUSIAAN aku satu hari nanti.


Cuti tahun baru aku, menjelajah pekan SEKINCHAN mencari kalau-kalau ada kedai generator yang buka. Tapi rata-rata semua bercuti pula. Aku terkulat-kulat sendiri.



MANDI SUNGAI DENGAN KAWAN-KAWAN

Hari sabtu, selepas menghadiri majlis perkahwinan HADI di Kampung, aku membawa kawan-kawan untuk mandi sungai. Asalnya aku membawa mereka ke Teratak River View. Memandangkan kawan-kawan aku tu semua perenang tahap professional. Air kat sungai tu, tahap-tahap lepas pingang je jadi tak cukup dalam untuk buat terjunan tiruk yang maut. Huhuhu. Jadi kiraorang pun carilah port lain yang kedalaman sungainya boleh melemaskan........ encik semut sajalah. Hahaha.