Jumaat, 15 Januari 2010

KALAULAH AKU JADI BOSS

KAKITANGAN AKU…


Aku pilih biarlah daripada golongan sederhana, maksud aku tidak perlulah ada Phd ataupun digree. Tapi cukuplah asal dia boleh membaca dan mengira kemudian dia boleh bekerja dan bercita-cita untuk sentiasa memajukan diri. Dulu kawan-kawan aku rata-rata paling hampeh ada degree segala tapi bila buat kerja budak tahun 6 lagi bagus. Jadi aku tidak memerlukan orang seperti ini untuk dibayar gaji. Aku amat mengagumi orang-orang yang mempunyai bakat dan kepakaran di dalam bidang masing-masing berbanding dengan yang pandai menjawap soalan peperiksaan.

Sentiasa rajin untuk memahirkan diri dengan sesuatu kerja. Contoh, kalau tak ada kerja tu bukaklah internet dan cari apalagi yang boleh untuk memajukan diri mereka. Seperti penulis, carilah apa saja bahan untuk menulis. Jurugambar, tengok gambar-gambar orang lain untuk menambah kreativiti dan sudut. Jangan pulak buat facial di pejabat untuk memajukan kecantikan diri sendiri. Tidak boleh menambah kayakan syarikat aku pun. Huhuhu

GAJI STAFF AKU…



Aku mungkin tak mampu memberi gaji yang tinggi seperti Admin Asistan BERGAJI MANAGER. Tetapi aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi bonus setiap kali musim-musim GENTING. Terutamanya masa nak RAYA dan masa nak buka SEKOLAH. Kita kan berpengalaman makan GAJI, dah tentu-tentu aku akan sentiasa ingat musim-musim yang menyakitkan itu. Tidak kiralah yang BUJANG ataupun yang BERKAHWIN. Aku ni walaupun BUJANG tapi setiap kali RAYA dan buka sekolah aku kena membajetkan peruntukan untuk ORANG TUA aku dan adik-adik yang masih bersekolah. Dorang memanglah tak minta, tapi aku rasa itu adalah tanggungjawab aku. Apa dorang ingat orang BUJANG ni tak ada tangunggan ke? KOLOT BETUL.

KERETA AKU...



Aku rasa tidak perlulah aku memiliki lebih dari 40 buah kereta sebab yang aku nak gunakan pun satu saja. Dan aku amat mengagungkan barang-barang buatan MALAYSIA. Kereta SYARIKAT cukup hanya kereta kecil yang menjimatkan, contohnya ViVa, Myvi, ataupun kancil. Kereta untuk aku pun si WIRA itu saja sudah memadai. Untuk Mak dan Abah aku belikan yang istimewa sikitlah Toyota ALPHAD beserta driver, supaya mereka berdua selesa untuk ke mana-mana. Yelah kami kan 10 beradik, banyak tempat yang Mak dan Abah nak kena jengah. Nanti ada pulak yang merajuk-rajuk sebab Mak tak ke rumah dia. Dan untuk tujuan itu, aku akan membayar menggunakan duit gaji aku sendiri BUKAN DUIT SYARIKAT tau. Aku malas untuk bersoal jawab kalau kena audit nanti. Hahaha

KERJA AKU...



Aku tidak akan membuat sistem permarkahan BANGANG macam mana yang aku kena buat sekarang ini di setiap 6 bulan sekali. Supervisor sudah menilai aku, boleh pulak supervisor orang lain yang dari HUTAN mana tah pun nak menilai aku dan kemudiannya boleh potong-potong markah aku sesukarasa. Aku akan membuat appraisal ikut cara aku sendiri. Sistem 360 degree. Maksudnya lebih kurang begini. Semua orang akan ada hak untuk di appraise dan meng appraise. Tak kiralah engkau itu director ke tidak. Engkau pun akan di nilai oleh kakitangan. Itu adalah yang sebenar-benarnya appraisal. Baru tahu apa sebenarnya yang kurang kita ni. Aku tak rasa ada syarikat-syarikat yang suka dengan sistem ini. Tapi kalau syarikat itu syarikat MAT SALEH totok, dia akan buat. Sebab mereka ini lebih terbuka dan ‘gantleman’. Bukan macam Executive Director yang kita ada sekarang ini, semuanya gentel-man. Gentel SUNDAL saja bolehlah.

PEJABAT AKU…




Aku memang suka pejabat yang cosy. Tapi bukanlah bermaksud kena letakkan perabot-perabot mahal yang diimport khas dari luar Negara. Aku juga tidak perlukan pereka hiasan dalaman untuk itu. Kakitangan aku kan ramai yang kreatif, aku akan memperuntukan setiap sudut untuk didekorasikan oleh mereka. Kan ia lebih bermakna. Bila setiap kali berada di pejabat kami akan berbangga dengan hasil usaha bersama itu. Kalau agak-agak tak berapa cantik, kami buat lain. Dan rasanya, tidak perlulah untuk mencanang satu negara ’pejabat taraf 5 bintang’ tapi boss macam BINATANG. Huhuhu, Sungguh meloyakan. Ala kadar, sederhana dan sempoi sudah. Yang penting kualiti kerja aku dan kakitangan semua. Huhu.


Berangan SERAH...