Rabu, 20 Januari 2010

JANUARY DAN AYAM KAMPUNG


Kakak aku telah membeli 26 ekor anak ayam kampung baru-baru ini. Projek ini sudah lama kami bincangkan. Seekor anak ayam berharga RM2. Tinggal untuk membaik pulih reban yang ada saja. Aku akan menambah bilangan anak ayam kakak aku tu. Harap-harap usaha kali ini menjadilah. Kami berhasrat untuk menjual ayam-ayam tersebut menjelang aidilfitri 2010. Kiranya kumpulan pertama ini merupakan kumpulan percubaanlah. Kalau berjaya akan diteruskan.



Aku berharap sangat usaha kali ini berjaya. Bila hati sudah jauh dari KERJA yang ada ini, macam-macamlah bermain di dalam kepala.

Aku perlu ambil cuti dan memulakan gerakan membaik pulih reban itu. Dengarnya mak cakap ada encik ular dan biawak yang sentiasa mengendap ayam belaan mak dari awal lagi. Wahh musuh utama betul tu kan.



Aku tidak pasti lagi bila boleh bercuti. Kabarnya Jabatan aku ini akan dipindahkan ke bangunan Ibupejabat hujung bulan ini. Tertekan betul aku mendengar. Sudahlah semangat aku ini tinggal sejemput, dia nak letak aku dekat-dekat dengan BANGKAI pulak. Huh gangguan emosi sungguh.

sumber gambar: Internet