Selasa, 12 Januari 2010

EKSEKUTIF, JURUGAMBAR DAN PASAR MALAM


Aku baru sahaja menambah menu jualan baru-baru ini. Pulut udang 3 biji RM2. Terjegil juga mata seorang Makcik tu yang terdengar aku cakap harga begitu. Mahal betul. Memanglah saiz pulut aku tu kecil sikit dari yang ituari. Dah aku ambil kat orang pun mahal, tak akan aku nak jual murah pulak. Minggu ini aku rasanya aku akan menjual dengan harga 50 sen sebiji. Untung beberapa sen pun tak apalah. Aku kan masih belajar menguruskan syarikat aku mengikut cara sendiri. Aku masih cuba menambah menu yang ada. Akan datang, aku akan masukkan SATA semula. Itupun selepas menempah dapur baru. Dapur yang ada dah jahanam.

PERHIMPUNAN PAGI DENGAN PENGERUSI EKSEKUTIF


Bosan aku mendengar kata-kata manis EC yang keseluruhannya aku sifatkan CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Aku mengambil keputusan dengan TIDUR masa dia sedang GHAIRAH berucap. Tiada keuntungan pun pada aku yang boleh menyebabkan mata aku ini terus terjegil. Aku terasa AMATLAH TIDAK DIHARGAI.


Aku salalu mengingatkan diri sendiri supaya BILA AKU SUDAH JADI BOSS nanti, janganlah hendaknya aku menganiaya orang bawahan aku, seperti mana yang aku rasa sekarang ini. Aku tidak mahu menyimpan harta berbilion dollar sama ada asset cair atau beku sekali pun. Bukan boleh bawak MATI pun. Biarlah keuntungan Syarikat itu dapat dinikmati oleh semua, terutama kepada yang bersusah payah untuk Syarikat aku itu. Supaya setiap kederat kakitangan itu BERBALOI.