Khamis, 14 Januari 2010

CARA MENGELAKKAN DIRI DARI TERBUNUH DALAM BAS EKSPRESS

Sekarang ini banyak pulak kejadian-kejadian pelik berlaku di Negara ini. Dibunuh, Membunuh dan Terbunuh tu perkara biasa sahaja. Kita duduk di kawasan kejiranan dan taman-taman pun seumpama duduk di dalam HUTAN TEBAL. Binatang buas berkeliaran merata-rata. Kita tidak jangka pun bila kita akan dijadikan mangsa seterusnya. Semakin ramai anak dan harta semakin itulah besarnya risiko untuk menjadi mangsa terkini.


Terbaru, mati beramai-ramai dalam nahas bas ekspress. Amatlah menyedihkan. Ada yang dalam perjalanan balik ke kampung untuk berjumpa Ibu Ayah tercinta. Bergenang juga air mata kita walaupun kita ini bukan sedara-mara yang mati itu pun. Lebih menyakitkan hati bila dikatakan kemalangan tersebut berpunca daripada pemandu yang terlelap seketika. MANGKUK BETUL kan. Jadi untuk itu aku cadangkan beberapa tips yang mungkin nampak BANGANG tetapi berkesan.

Pertama: Wujudkan suasana tidak selesa untuk pemandu. Kalau boleh jangan letakkan kerusi yang empuk-empuk untuk pemandu. Letaklah papan atau plywood sahaja. Makin lama duduk makin kebaslah punggung pemandu. Setiap kali lalu R&R mesti dia berhenti untuk menghilangkan rasa kebas tersebut. Biar dia banyak berhenti, lambat sampai pun tak apa. Asalkan korang sampai ke distinasi dalam keadaan yang sempurna, tidak putus sana sini.

Kedua: Tukarkan bau-bauan AMBI POUR kepada bau-bauan yang lain. Bau-bau keinsafan dan mengingatkan dia kepada MATI lagi bagus. Contohnya letaklah bau dari estrak kemenyan ataupun setanggi. Setiap kali bernafas mesti dia INSAF punyalah.


Ketiga: Minuman yang merangsang kecergasan MATA. Minum kopi o pekat bergelen-gelen tidak menjamin pemandu boleh terjegil sepanjang penjalanan. Untuk itu aku nasihatkan, campurkan sesudu-dua air rebusan AKAR PINANG di dalam kopi o pemandu. Aku pernah terdengar Bapak aku berborak dengan kawan-kawan dia. Orang jawa di Sungai Besar dulu-dulu kalau buat kenduri kawin kalau tidak 3 hari 3 malam bukanlah kenduri kawin namanya. Untuk tidak meletihkan penanggah (orang yang rewang) biasanya dorang akan mecampurkan air rebusan akar pinang untuk mereka tidak tidur dalam 3 hari tersebut. Jadi bersiap sedialah pemandu bas.

Keempat: Pandangan yang merangsang pembuluh darah berkembang. Pilihlah penumpang-penumpang perempuan yang muda dan seksi duduk di belakang pemandu. Lagi seksi lagi bagus. Kalau boleh biarlah bajunya terlondeh hingga menampakkan AKSESORI dadanya. Dikatakan juga memandang yang seksi ini boleh merangsang sel darah dan minda lelaki. Bila dalam situasi itu, mesti pemandu tidak akan megantuk sebab hendak skodeng sesuatu yang ’baik punya’ melalui cermin.

Kelima: Tabiat makan ASAM & gula-gula masa memandu. Tukar tabiat yang agak kurang berkesan itu. Setiap pengusaha bas ekspress yang menawarkan khidmat perjalanan jauh MESTILAH membekalkan pemandunya dengan ½ kilo CILI PADI sebagai ganti kepada ASAM DAN GULA-GULA. Agak-agak megantuk saja kunyahlah sebiji cipi padi tersebut. Bila sudah kepedasan, secara automatik mata akan berair. Air mata yang keluar itu sebenarnya telah MENCUCI MATA dan menyegarkan mata itu semula secara tidak langsung.


Keenam: Buat aktiviti ringan di dalam bas. Aku tidak memaksudkan couple-couple yang belum nikah membuat aktiviti LUCAH MEREKA di dalam bas itu tau. Maksud aku, buatlah sukaneka ringan di dalam bas yang melibatkan semua penumpang. Kalau bas itu dua tingkat lagi bagus. Boleh berlawan-lawan diantara kumpulan yang di atas dan di bawah. Bila dah hinggar bingar bising tu pemandu pun tidak sempat-sempat menguap.

Ketujuh: Jangan matikan lampu. Bagi pemanduan malam biasanya lepas 2 minit keluar daripada ’bus station’ pemandu akan mematikan lampu dan penumpang mula memejamkan mata untuk tidur kan. Korang tahu tak betapa azabnya bila pemandu itu terpaksa memandu dalam keadaan tersebut. Minda kita ini sebenarnya telah diasuh dari kecil lagi, asal gelap saja tido, gelap saja tido. Jadi untuk itu, JANGAN matikan lampu walaupun penumpang ingin tidur. Korang pilihlah sendiri sama ada hendak tidur terus atau tidak.

Kelapan: Bersembang dan bertanyalah itu ini kepada pemandu. Biar dia sentiasa berjaga. Kalau korang tanya ‘dia suka kaler apa’ dan dia pulak menjawap ‘burger ayam’ itu menandakan dia sudah hanyut dan terlelap. Bolehlah korang buat persiapan menelefon waris-waris memberitahu perkara yang penting termasuklah no pin untuk kad ATM korang. Bukan apa senang dorang untuk menguruskan jenazah korang nanti dengan duit korang sendiri.


Kesembilan: Hadiah lumayan untuk pemandu. Pengusaha bas seharusnya lebih kreatif. Setakat mengejar trip yang banyak baru dapat anugerah adalah dengan tidak sengaja meletakkan syarikat korang di dalam barisan syarikat pengusaha bas ekspress yang bakal-bakal ditarik balik lesen operasinya. Sewajarnya berikan ganjaran lumayan kepada pemandu yang berjaya sampai ke destinasi dengan sempurna tanpa ada calar balar sedikit pun pada body bas tersebut. Mesti semua pemandu akan memandu dengan berhemah. Contohnya pemandu paling sopan di jalan raya mendapat ganjaran 50k. Bolehlah aku pun menghantar resume untuk jadi pemandu.

Kesepuluh: Jangan naik bas. Itu adalah ubat paling mujarab. Bawak kereta sendiri lagi senang. Agak-agak megantuk boleh parking bawah pokok di R&R dan tidur. Agak-agak dah hilang megantuk boleh sambung balik. Kan sempoi, tidak tertekan langsung. Huhuhu