Khamis, 31 Disember 2009

EDIT GAMBAR DENGAN PowerPoint

Aku pasti sangat semua orang suka bergambar. Aku pun suka juga bergambar, kalau kena dengan tempat dan caranya. Tapi selalunya aku lebih suka ambil gambar. Aku tunggu body aku ni SEKSI sikit baru nak berPOYO dalam gambar.Hehehe...

Oh ya baru-baru ini aku dapat mempelbagaikan susunan gambar macam menggunakan pengisian ADOBE ILLUSTATOR tapi guna PowerPoint dan Jpeg kan sahaja. Kalau korang ada Window 2003 – 2007 boleh buat macam ini. Tak perlu cuci gambar banyak-banyak. Sekeping gambar boleh letak macam-macam gambar lain. Semalam aku sudah suruh kawan baik mencuba menggunakan pc di WR. Tapi tak boleh. Mana yang ada pc or laptop di rumah boleh cuba buat gambar macam ini. Jimat duit masa nak cuci gambar. Huhuhu.
Contoh:















Langkah 1














Langkah 2














Langkah 3














Langkah 4














Langkah 5














Langkah 6














Langkah 7
















Selamat mencuba.

Rabu, 30 Disember 2009

AMBIL BAHULU DI KAMPUNG


Aku akan balik ke kampung hari ini untuk mengambil bahulu yang telah ditempah oleh kawan-kawan sebanyak 2650 biji. Lepas habis kerja nanti aku kena bergegas ke kampung. Alhamdulillah kampung aku tu dekat saja. Kalau nak balik hari tiada masalah. Lepas balik dari kampung, aku akan terus ke Puncak Alam menghantar 2000 biji disana.



Perniagaan bahulu yang diusahakan MAK memang nampak hasilnya. Tidak sia-sia aku melaburkan lebih kurang 5k daripada duit saham tempohari. Ituari mak cakap pinjam saja, tapi sampai sekarang tiada instalment. Hahaha pun tak pernah bertanya. Kalau dia nak bayar aku ambil, kalau tak aku diam sajalah. Aku malas nak berkira-kira dengan orang tua ni. Tapi kalau MAK dan ABAH susah-susah cari duit dan kemudian anak lelaki dia yang ’seorang tu’ meminjam dan meminta-minta dengan dia dan dia pulak memberi tanpa ’hengat’ harus naik angin jugak aku ni.



Mak pernah tercerita pada aku yang dia sengaja mengada-ngadakan cerita yang Mak, Abah dan Adik Yul nak duduk menetap dengan aku di Subang. Beriya-iya anak lelaki dia yang ’seorang tu’ nak duduk umah Mak dan MENGAMBIL SEMUA DUIT GAJI FELDA YANG RM1000 ++(lebih kuranglah, aku tak tahu gaji sebenar FELDA). Wahh itu rupanya RUPA SEBENAR anak lelaki dia yang ’seorang tu’, HEBAT BETUL kan. Dulu bukan main menyanjung segala. Apa saja dia hendak ’diberinya’.



Dengar saja dia cakap macam tu, Mak dengan Abah sudah berpakat-pakat untuk membuat mesyuarat ANAK BERANAK untuk membincangkan mana hala tuju kitaorang bila Abah dengan Mak dah tiada nanti. Itu termasuklah rumah yang di Gedangsa tu, tanah kebun yang 10 ekar dan gaji Peneroka yang diberi FELDA setiap bulan.


Kalau akulah, rumah Mak tu aku akan bagi Kak Ida duduk. Sebab Kak Ida pun sudah tidak bersuami, rumah yang ada sekarang pun menumpang di tanah orang. Tulah yang mertua dia selalu menghina Kak Ida, orang miskinlah katakan. Eleh macamlah mertua dia tu KAYA SANGAT. Duit gaji Felda tu, separuh Mak ambil, separuh lagi bagi Kak Ida sebagai upah dia menjaga rumah. Anak-anak lain biar berdikari sendiri, kerja kuat untuk mencari reta sendiri. Dulu aku pun susah juga. Selalu tak ada duit, tapi aku ada sikap disiplin. Itu yang membuat aku maju. Jangan tidur sampai kena langkah oleh burung. Rezeki jauh.



Mak, Abah dan Nurul boleh duduk dengan aku kalau dia mahu. Kalau dia tidak mahu diganggu, dia boleh duduk rumah aku di Bukit Beruntung tu. Memang aman damai. Aku ni, tak dapatlah nak bagi dorang tu mewah-mewah, tapi insyallah cukup makan pakai.

* Gambar TERATAK RIVER VIEW, Tg. Malim & Family picnic 2009

Selasa, 29 Disember 2009

TETATAK RIVER VIEW

Aku bercuti pada 25 hingga 28 Dec ituari. Ingatkan nak ke Cameron Highland membawa mak yang suka sangat ke sana. Tapi disebabkan bilik penuh tidak dapatlah kami bermalam disana. Bercadang untuk pergi tanpa bermalam, tapi ramai yang agak keberatan terutama abang ipar aku. Kemudian planning ke MELAKA masing-masing tiada yang memberikan respond yang baik.


Akhirnya kami ke Teratak River View Resort di Tg Malim. Mandi sungai dan berbeku saja. Hahaha. Seronok juga layan mandi sungai sesekala. Aku sendiri tidak sangka di dalam dusun durian di pinggir hutan banjaran Titiwangsa itu ada sesuatu yang menarik. Air masih jernih. Sesuailah untuk melepaskan gian mandi sungai.


Gambar tidak dapat untuk upload di sini, terlupa nak save dalam thumdrive. Insyallah esok aku upload.



Bilik sewa pun murah saja, RM85 semalam. Huhu kalau separuh hari baru RM50. Aku lukiskan map mana tahu korang nak ke sana. Kalau ke sana ajak lah aku sekali ek. Seronok gile. Oh ya selain itu ada juga tapak untuk berkhemah, jambatan gantung dalam 400 meter merentasi sungai tersebut. Memang best!.




Aku sudah hantar gambar beserta cd kepada ‘dia’. Aku charge tak berapa mahal. Jauh dari market jurugambar. Alih-alih dia mintak discount dan mintak dua kali bayar. Cehh. Macam mana melayu mau maju kalau begini. Malas cakap banyak layan sajalah. Aku pernah ambil gambar birthday di Mc Donald Setapak. Cuma tiga jam, aku charge 300, itu pun gambar dorang cuci sendiri. Aku bagi cd saja. Hahaha. Lain padang, lain belalang. Tapi dari semalam aku tergelak kalau teringat kisah ini. Hihihi

Khamis, 24 Disember 2009

NIKON D70 vs D90


Aku berkesempatan mengular ke KLCC. Memandangkan OG tiada di office aku memanjangkan kaki hingga ke KLCC. Hehehe. Aku ke fotoflash berjumpa wati untuk membantu aku menyelesaikan masalah gambar wedding yang aku ambil tu.

Sempat juga aku bertanyakan itu dan ini tentang kamera NIKON. Dia sengaja mempromosi NIKON D90 kepada aku. Macam tahu-tahu saja aku tengah suka gila pada model itu. Aku sempat juga mencuba beberapa keping gambar. Perghh memang best. Dia suruh aku trade-in D70 tu. Hahaha tidak mungkinlah rasanya. Aku sayang amat dengan D70 tu. Tak apalah belum sampai rezeki aku lagi. Aku akan beli set itu juga satu hari nanti tanpa menjual mana-mana set dan lens.



PENGHUNI KATIL NO 6



Aku menghadiri jamuan makan-makan di Tasik Shah Alam baru-baru ini. Masa nak balik tu aku macam tak percaya saja, kawan aku yang pernah aku nobatkan sebagai penghuni katil no 6 di villa MAYA ciptaan kitaorang dijemput oleh seseorang.

Dia nampak bersahaja terus masuk dalam kereta tersengih-sengih. Mamat tu pula nampak macho sambil angkat tangan. Alamak aku bakal kehilang seorang kawan baik bila dia sudah mula berjinak-jinak dengan kaum adam. Tapi tak apalah kalau jodoh dah sampai, teruskan saja. Biarlah katil no 6 tu kosong. Yang tinggal katil no 7 dan 8 saja pun tidak mengapa. Apapun aku doakan dia bahagia hingga hujung nyawa. Dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak yang ramai (kembar berturut-turut). Hihihi

Lepas tu jangan lupa panggil aku ambil gambar tau TAI! huhuhu

*sumber gambar Internet

Rabu, 23 Disember 2009

PERCUTIAN KELUARGA 2009


Aku sudah lama merancang percutian keluarga 2009. Memang lokasinya tetap di Cameron Highland. Tapi disebabkan adik-adik aku semua memberikan jawapan YES di saat-saat akhir. Akhirnya semua apartment di sana PENUH. Hahaha padan muka kitaorang.

OG kena boikot


Nak tergelak aku bila dapat tahu OG kena boikot dengan staff sendiri. Padan muka dia. 2 orang senior executive, 2 orang executive dan seorang Admin Asst. Semua pakat-pakat boikot dia. Dahlah bagi markah appraisal tahap membunuh lepas itu ada hati lagi dia nak merunggut BONUS dia sebulan saja. Memanglah KHINZIR dia tu. Yang kitaorang ini gaji sekupang dua ini dia tidak pernah mahu peduli pun. Dasar cilaka memang begitu.


Semalam ada MCM sepatutnya dia yang kena masuk wakilkan SM dan SGM yang sedang bercuti. Alih-alih dia EL pulak. Terpaksalah si Senior Exe mewakil Jabatan tadah telinga. Hari ini masing-masing SE datang office dengan muka mencuka sebab kena bambu dengan ED Operasi. Dasar tak BERTELO memang macam tu, sebab tu projek tahap tanggal lutut pun tak boleh beranak pinak. Lepas tu pandai ngumpat bini kata MANDUL. Perghhh complete SYAITON dia ni. Bos aku dulu pun tidak beranak tapi tidaklah sebangkai dia ini. Baik amat, sampaikan selalu juga aku doakan dia dimurahkan rezeki. Yang ini tak hingin aku doakan dia. Kot jumpa pun aku langgar lari.

Selasa, 22 Disember 2009

SESI FOTOGRAFI PERKAHWINAN YANG PERTAMA


19 Dec 2009 (Sabtu) dengan rasminy aku memulakan kerja-kerja ‘wedding photography’. Lokasi di Serendah, Hulu Selangor. Letih tahap gaban beb!. Letih untuk berfikir, letih kesana-sini, letih dengan kebisingan yang melampau. Perghhh 1001 letihlah. Nasib baik ada kawan yang tolong ‘ketip gambo’ sama. Tak adalah aku terpengsan di majlis tu. Huhuhu



Entry kali ini singkat saja sebab banyak kerja-kerja yang tertangguh, sebab aku cuti semalam. Tapi aku letak gambar wedding tu banyak sikit untuk korang tengok. Baru-baru ambik gambar wedding, tak berapa cantiklah. Kalau ada komen dan idea yang hebat email lah.










Khamis, 17 Disember 2009

TERAPI JIWA

VERY SHORT, MOST EFFECTIVE AND HOW TRUE...
30 second Speech by Bryan Dyson (CEO of Coca Cola)


"Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air. You name them - Work, Family, Health, Friends and Spirit and you're keeping all of these in the Air.


You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back.


But the other four Balls - Family, Health, Friends and Spirit - are made of glass. If you drop one of these; they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it."


WORK EFFICIENTLY DURING OFFICE HOURS AND LEAVE ON TIME. GIVE THE REQUIRED TIME TO YOUR FAMILY, FRIENDS & HAVE PROPER REST.



Ringkas, padat dan tepat. Aku lebih suka begini. Cakap apa yang PENTING sahaja. Tidak perlu kita bercakap berjam-jam untuk menyampaikan masej yang sejemput. CEO kitaorang kalau cakap paling sekejap pun 3 jam di perhimpunan pagi. Sampai adalah yang pengsan-pengsan. Tak lama selepas itu dia pun keluarkan arahan mintak orang-orang ADMIN sediakan kipas dan kerusi. Hahaha. Kenapalah suka sangat membuang masa bercakap benda yang mengarut berjam-jam tu. Kakitangan hendak ke tahu sangat hal-hal remeh? Asal kerja jalan dan BOSES dan Syarikat hargai staff dengan BONUS HEBAT melampau sudah memadai. Bukan kah itu adalah cara untuk MEMOTIVASIKAN staff dengan lebih bermaruah. Contohilah PETRONAS yang menghargai staff mereka seperti MANUSIA bukan HAIWAN.


Banyak benda aku belajar dari kesilapan lalu. Kalau sakit tu MC saja, kesihatan diri adalah PENTING. Dulu aku bukan main lagi menjaga kedatangan. Tidak pernah datang lewat, MC pun tidak pernah, EL lagilah jauh pangang dari api. Tapi Syarikat reward kat aku macamlah aku ini CILAKA sangat. Dicampak seperti anjing kurap. Hahaha lebih menyakitkan BERBOSKAN pula OG. Parah-parah.. nak mengadu dekat siapa? Itu belum dipanggil masuk pejabat malam-malam buta dan outstation duty yang mengejut bukanya dekat-dekat. Tak sempat-sempat nak jenguk orang tua di kampung, tiada masa nak berlazat-lazat dengan kawan-kawan, macam sial saja kan? Jadikanlah peringatan pada kata-kata CEO coca cola tu. Jangan pulak menyesal satu hari nanti.

Rabu, 16 Disember 2009

BONUS TAHUNAN 2009


Aku sudah terima surat berkenaan pembayaran BONUS TAHUNAN 2009. Memang sudah menjadi adat agaknya. BOSES kat sini boleh dikategorikan semua berhati bangkai belaka. Aku dapat markah daripada OG 69, sampai dekat si BANGKAI SGM 52.2 tak ke SIAL tu. Tapi tak apalah. Rata-rata kitaorang yang dibawah OG nih semuanya mendoakan dia. Tapi yang CELAKA lah. Dia sebok sangat hendak menyusahkan hidup kitaorang kan, mudah-mudahan ALLAH swt menyusahkan hidup dia pula, AMIN.


Aku baru sudah bermesyuarat dengan semua Wilayah. Mesyuarat seharian amat membosankan. Tapi aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan baru yang selama hari ini aku hanya berkawan ditalian. Hendak mengadap pc pun sudah hilang mood. Kawan-kawan aku yang berada di Jabatan lain semua kencang-kencang belaka. BONUS masing-masing 4.5 – 5 bulan, dinaikkan pangkat, perghhh. Alhamdulillah. Agaknya rezeki aku bukan datang begini. Mungkin dengan cara yang lain. Contohnya dimurahkan rezeki dengan kesihatan dan keselamatan diri, kesihatan kedua orang tua, kawan-kawan yang baik, adik-adik yang mendengar kata. Bukan kah itu lebih bererti daripada wang ringgit.

Inilah cara aku memotivasikan diri. Hendak harapkan syarikat ini dan boses nak memotivasikan jangan haraplah. MEMATIKAN adalah.

Alhamdulillah..

Selasa, 15 Disember 2009

REJAM SAMPAI MATI UNTUK PENZINA


MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam. Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh. Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.


Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, lelaki tersebut telah mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.


Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati. Manakala, seorang wanita yang mengaku berzina itu pula dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin.



Agak-agaknya kalaulah Negara kita ini mengamalkan sistem perundangan HUDUD akan terjadi ke masalah sosial tahap melampau seperti sekarang ini? Bukan setakat orang muda yang ’tidak pernah merasa tu’ saja yang mula berjinak-jinak dengan zina, tetapi yang tua-tua bangka ’yang dah selalu rasa tu’ pun nak juga rasa yang lain dari bininya. Huh susah betul kan. Itu baru kesalahan ZINA. Belum lagi yang lain-lain.


Hahaha nampaknya makin ramailah perempuan sebab lelaki dah ramai yang kena rejam, bunuh dan rotan 100 kali. Ate.. yang namanya lelaki tu kan miangnya terlampau. Tidak kira jenis apa, asal ada peluang nak ’test barang baru’ semua CERGAS. Yang berkopiah pun tertanggal, yang berjanggut panjang pun hanyut apalagi yang pakai seluar sampai dada. Huhuhu

Di MALAYSIA aku tidak rasa sistem perundangan ini akan disokong perlaksanaannya. Yelah nanti PARLIMEN tempat orang-orang BESAR untuk bercakap BESAR berkumpul tu KOSONG PULA.

* sumber gambar KOSMO

Isnin, 14 Disember 2009

BOWLING 2009


Aku dan kawan-kawan telah sebulat suara dan bersetuju untuk mengadakan pertandaingan BOWLING 2009 di antara Jabatan-jabatan yang terpilih. Pertandaingan tersebut telah selamat berlangsung pada hari Sabtu 12 Dec 2009 tempohari. Walaupun ramai yang menarik diri di saat-saat akhir, pertandingan itu tetap aku laksanakan di Cosmic Mid Valley. Aku rasa seperti berada didalam disco sahaja sepanjang pertandingan tersebut diadakan. Gelap dan bising bukan main.


Selepas ini aku dan kawan-kawan bercadang untuk bercuti di Bukit Freser. Tapi belum tahu lagi berapa ramai yang ingin menyertai. Aku tak hairan kalau hanya aku berempat sahaja yang akan pergi kali ini (aku, ina, hana dan zana). Maklum sajalah masing-masing ada keluarga sendiri, tinggal yang bujang macam kami sahaja yang suka berjalan-jalan dengan kawan-kawan.


Aku memang sudah tidak betah berada lama di sini. Mintak-mintak CEO buka mata dan meletakkan aku ditempat yang sepatutnyalah. Darah tinggi aku tidak pernah turunlah aku rasa sejak berBOSSkan bangkai macam OG ini. Hari-hari aku doakan dia MATI SAHAJA bukan untuk aku seorang tetapi untuk semua kakitangan yang berada dibawahnya termasuklah yang bukan dibawahnya terutama yang berada di wilayah-wilayah tu. Aku ini bukanlah kejam sangat tapi daripada adanya dia ini secara tidak sengaja menambahkan koleksi dosa orang-orang yang berada disekeliling dia sebab mengumpat. Adalah lebih baik dia ini TIDAK DIADAKAN dimuka bumi ini.

Tadi ada orang bagitahu dia mintak GL. Haa bagus sangatlah tu, duduk hospital lama-lama sikit. Ada pun menyakitkan mata. Alhamdulillah doa aku termakbul.

Sabtu, 12 Disember 2009

MAS KAHWIN MAHAL TAMBAH JUMLAH ANAK DARA TUA

KOTA BHARU - Kenaikan kadar mas kahwin hanya akan menambahkan bilangan kaum wanita menjadi anak dara tua.

Itu pendapat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuat kuasa 1 Januari 2010.

"Saya pun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin termasuk hantaran bagi setiap anak saya.

"Tidak perlu sampai kepada keputusan peringkat kerajaan. Kamu hendak naikkan mas kahwin boleh tetapi kalau sampai menyusahkan si lelaki tidak bolehlah. Hendak cari duit empat, lima ribu bukan senang," katanya di sini semalam.

Kelantan adalah antara beberapa buah negeri yang tidak menetapkan sebarang kadar mas kahwin untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Menurutnya, langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi jumlahnya hanya lebih menunjukkan bersifat riak sehingga akhirnya membebankan pasangan lelaki.

Sumber KOSMO 12 December 2009.


Tahun 2010 merupakan tahun yang penuh MENGUJI JIWA setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Kenapalah kerajaan kita ini tegar sangat menaikkan serba serbi perkara yang bernombor. Aku masih tertunggu-tunggu pengumuman kenaikan GAJI untuk tahun hadapan. Kalau tidak setimpal dengan apa yang di naikkan aku akan turut serta mendoakan ’kecelakaan untuk orang yang MENYUSAHKAN itu’. ALLAH swt pernah berjanji doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan.



Aku bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh TUAN GURU. Ingat zaman ini senang sangat ke nak cari duit. Bukan sekadar mas kawin, hantaran yang bernombor pelik-pelik tu amatlah menyusahkan. Ditambah pula dengan tuntutan agama kita yang mengutamakan kesederhanaan supaya tidak berlaku unsur-unsur RIAK dan TAKBUR secara tidak sengaja. Sekarang sudah jadi ikutan, dengan riak keluar akhbar dan majalah-majalah hiburan bertajuk HANTARAN SI TUA BERMISAI LEBAT UNTUK SI HIPOKRIT JIJIK SEBANYAK 99999.9999.

Dikala mas kawin RM80 pun sudah ramai yang kawin pakai tabur dan kemudian buang anak merata-rata itu belum lagi yang nikah seminggu terus beranak, inikan pulak RM300. Sah-sah MALAYSIA tahun 2012 susah nak cari BAYI-BAYI HALAL. Hahahaha. Hendak ke jadi macam tu. Tunggulah sajalah balasan ALLAH swt lepas itu nanti.

AMBANG TAHUN 2010, ANAK DARA TUA DAN PERKAHWINAN.



Aku tak pernah terasa bila ada orang panggil aku ANAK DARA TUA. Iyelah bila usia sudah 35 SEN ni semua orang akan beranggapan yang kita ini sudah berkahwin, tapi hakikatnya tidak. Pernah juga Mak aku tension dan terkeluar jugak antara soalan cepu emasnya ’Ko ni PONDAN ke apa tak kawin-kawin?’. Aku hanya diam. Tiada kuasa mempersoalkan perkara itu. Dia yang melahirkan aku, dia pasti tahu aku ini pondan ke tidak.

PERLU ke sebuah PERKAHWINAN itu? Untuk melengkapkan ugamaku sebagai UMAT MUHAMMAD, itu memang aku tahu. TAPI di ZAMAN ini, apa sebenar maksud sebuah perkahwinan.

Buat masa ini erti PERKAHWINAN pada aku adalah merupakan satu perjudian hidup yang mana menguntungkan sebelah pihak sahaja. Melalui apa yang pernah aku tengok sendiri dengan mata aku ini. Aku bukan dilahirkan untuk itu. MAAFLAH ya. Dia berlazat-lazat depan TV sambil merokok kemudian dengan biadap order teh o ais sedangkan orang yang di dapur itu sedang lintang-pukang dengan anak kecil yang merengek-rengek, mencuci pakaian kerja yang tadi sudah dipakai dan memasak untuknya, kemudian cakap orang dapur itu PEMALAS bila teh o aisnya lambat dihidangkan. PERKONGSIAN HIDUP ke tu?. Cehhh itu belum lagi duit GAJI BINI pun dia sebat untuk menampung makan minum sekeluarga. Hmmm memanglah aku TAK NAK KAWIN kalau macam ini caranya.

Jumaat, 11 Disember 2009

TARIF BARU ELETRIK 2010


TAHNIAH kepada semua PEMANGKAH TEGAR yang telah bermati-matian memangkah PARTI yang dikatakan lebih mesra rakyat sekarang. Mesra tahap melampau betul. Ini adalah merupakan pengajaran HEBAT buat kalian yang hidup dan mati UNTUKNYA.

Tiada pula disebutkan TARIF BARU GAJI PEKERJA AWAM DAN SWASTA 2010 dalam akhbar-akhbar kita tu. Kalau ada, rata-rata rakyat malaysia akan bersyukur dan berterimakasih. Tidaklah memaki dan mendoakan ANUNYA semakin pendek supaya dia tidak lagi bernafsu bila memandang PEREMPUAN JALANG hatta model dari CHOW KIT pun.

Aku bukanlah PENGKHIANAT BANGSA, ataupun PEMBERONTAK apalagi PENGGANAS. Aku cuma rakyat biasa yang mencari rezeki HALAL dengan makan gaji. Apabila 1001 macam cukai dan tarif dinaikan aku amat terhimpit dengannya. Bukankah sewajarnya kalian sebagai orang yang kami pilih memikirkan 1001 kemudahan untuk kami, bukan membunuh kami dalam senyap.

Tidak hairan sekiranya rakyat Malaysia kian berlumba-lumba meninggalkan negara dan hidup diperantauan biarpun hanya mencuci tandas di sana. Dan hasilnya, semakin ramai orang Malaysia yang KAYA RAYA di negara orang yang tidak pernah membudayakan RASUAH, KRONI, dan lain-lain JAWATANKUASA yang kalian adakan. Rakyat Malaysia sebenarnya tidak PERNAH MISKIN. Tapi kalianlah yang MEMISKINKAN kami.

Khamis, 10 Disember 2009

PERMAINAN BUDAK KAMPUNG

Dulu masa aku kecik-kecik mana ada internet. Game macam PS1 dan PS2 tu lagilah tak ada. Game budak-budak kampung adalah. SOP aku lepas asar saja, ataupun lepas redup sikit, aku akan keluar bermain di padang kecil yang terletak di belakang rumah aku. Kawan-kawan pula ramai. Bercampur lelaki dan perempuan.



Jangan tak percaya, aku mula main bola dari sekolah TADIKA lagi. Aku main bola padang lagi tau. Bersama team budak lelaki. Biasanya aku GOL KEEPER. Pernahlah aku tergolek-golek menahan senak bila bola yang dirembat deras kena perut. Sebab tu sekarang bila main futsal, seboleh-bolehnya aku mengelak untuk jadi gol keeper. Masih terasa senaknya perut bila terkena bola tu. Fuhhh. Biarlah aku jadi defender sahaja, selamat sikit. Oh ya, Abah ada belikan aku sebijik bola warna hitam putih. Dengan bola itulah yang banyak belajar merembat bola. Perghh



Budak-budak kampung manalah ada duit nak bermodal membeli untuk barang-barang perrmainan. Kalau cakap kat mak. ‘Mak mintak duit nak beli pistol’ haruslah kena bantai nanti. Nak tak nak kenalah kreatif sikit mencipta permainan yang tidak menggunakan modal yang banyak. Menyelongkar tempat pembuangan sampah mencari tin-tin susu untuk main baling tin dengan kawan-kawan adalah perkara biasa. Aku senaraikan diantara permainan budak-budak kampung yang kian dilupakan. Galah panjang, police sentry, baling selipar, congkak tanah dan biji getah, kejar-kejar, ting-ting, rounders, racing upih pinang, sorok-sorok, perang-perang senapang kayu dengan peluru batang ubi dan macam-macam lagilah.


Sekarang kalau terserempak balik dengan kawan-kawan sepermainan masa kecik-kecik dulu, tidak bertegur sapa pun. Senyum lebih kurang terus blah. Segan betul. Kena pulak kawan-kawan aku tu semuanya dah jadi orang, dah berkeluarga. Cuma aku nih saja yang tidak berapa nak jadi orang. Hehe



Kalau bulan puasa lagilah seronok. Lepas terawih di masjid selain meriam buluh, kitaorang main perang-perang dengan mercun. Ganas betul kan. Aku pernah secara tidak sengaja terbaling mercun hingga termasuk dalam kain kakak aku. Apalagi balik tu aku kena belasah dengan Abah. Tak puas hati betul aku masa tu. Aku siap kena kurung diluar rumah lagi. Tapi tak apa masa tu aku berani sikit. Sebab Abah cakap bulan puasa hantu dan syaitan kena rantai. Lama-lama kakak aku yang kaki report tu juga yang buka pintu. Elehh tak takut pun.

Selasa, 8 Disember 2009

CERITA DARI KARTUN

Aku terima email ini dari seorang teman minggu lalu. Cara cukup bersahaja untuk menyampaikan MASEJ BESAR yang kadang-kadang kita terlupa. BERSYUKURLAH dengan rezeki yang diberi NYA walaupun sedikit.


Seorang teman yang merupakan penghantar email ini, cukup tertekan dengan keputusan ’BOSS DIA’ yang memotong markah appraisalnya. Ini sekaligus menjadikan peluangnya untuk mendapat BONUS tahunan turut terjejas. Nampaknya dia sendiri tidak menghayati apa yang di forward kan tempohari. Aku tidak berharap apa-apa selagi boss aku masih 'yang itu'. Orang Gila (OG) yang cukup menjengkelkan.


Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Aku masih boleh makan dan minum dengan cukup. Mengisi perut motosikal ke tempat kerja. Membayar segala hutang piutang yang ada tanpa gagal. YA ALLAH aku bersyukur amat.








Isnin, 7 Disember 2009

FELDA GEDANGSA DULU-DULU PART II

Dulu Abah rajin bercerita pada kami adik beradik, dia pun pernah tercerita dekat kami pasal tapak rumah yang kami duduk tu. Dia cakap tapak rumah tu adalah laluan Encik Bunian. Alamak cuak gila aku masa tu. Pastu dia cakaplah yang bunian ni tak kacau orang kalau orang tak kacau dia. Abis tu yang dia buat umah tengah jalan dia tu buat apa kan. Ish-ish. Dia pun cakaplah yang laluan itu sudah dialihkan. Macam mana ia dialihkan aku pun tak tahulah. Tapi tak adalah panggil orang-orang JKR menyodok segala untuk buat laluan baru. Hehehe




Patutlah dulu masa aku kecik-kecik kalau aku terjaga tengah malam selepas jam 12. Mesti aku terdengar bunyi orang main kompang. Kadang-kadang bunyinya bergerak-gerak macam orang tengah mengiringi pengantin. Ada jugak yang aku dengar dia lalu diatas bumbung. Disebabkan aku ni penakut yang teramat, aku biasanya menyelesaikan masalah aku ini dengan menekup muka aku dengan bantal. Kadang-kadang sampai lemas pulak. Nasib baik tak mati. Kakak-kakak aku yang lain semua tidur nyenyak, nak bergerak untuk gerak kan dorang pun aku tak berani takut orang tu nampak aku tak tidur. Kui kui kui



Korang tahu tak pelesit?. Pelesit ni menyerupai belalang. Diceritakan oleh orang binatang ini merupakan belaan orang juga. Bila tertangkap kita akan tahu tuannya siapa sebab muka tuannya akan menjelma di muka binatang tu. Dulu masa Abah duduk di Sg Hj Dorani, adik dia dan abang dia mati kena gigit binatang ni masa kecik-kecik. Yelah rumah bendang pun terlopong sana sini, jadi binatang ini senang saja masuk rumah. Embah bendang pernah acukan parang dekat leher tuan pelesit ini. ’Kalau anak aku mati, engkau mati sama.’ Uikk seram betulkan. Abang dan adik Abah tetaplah mati dan orang tu pun pindahlah sebab dah malu. Ganas betul binatang ni. Hobi dia suka berbunyi bila time dekat-dekat nak maghrib tanda kehadirannya. Aku tak pernah pun tengok Abah tangkap benda ini. Yang selalu aku tengok abah bakar cili kering dengan kulit bawang untuk menghalau binatang ini. Abah cakap nanti mata dia sakit dan pergi. Yalah agaknya sebab lepas kerja-kerja membakar bunyinya sudah tidak kedengaran.





Aku paling suka kalau terjaga dah dekat-dekat nak subuh. Bunyi persatuan ayam berkepak dan berkokok bersahut-sahutan macam satu Gedangsa saling berbalas, cukup mengusik jiwa. Sekarang bila aku balik kampung, aku tak pernah dengar lagi senario begitu. Agaknya semua orang sudah tiada membela ayam kampung. Iyalah masing-masing sudah tua dan tak larat. Entah-entah generasi ayam sekarang ini sudah liat-liat nak bangunkan orang untuk subuh. Orang sekarang masing-masing sudah maju, bukan setakat ada jam loceng, handphone pun dah ada alarm kan. Jadi khidmat encik ayam sudah tidak digunapakai lagi. Hahaha