Isnin, 30 November 2009

CUTI RAYA KORBAN YANG BEST


Aku cuti RAYA KORBAN tempohari bermula hari rabu sampailah semalam. Best betul. Hari rabu pagi aku sempat repair racking van. Order besi baru dan terkial-kial memasang sendirian. Aku jugak memotong papan untuk dibuat lantai. Jiran-jiran kiri kanan semua ushar dari tingkap saja. Aku buat-buat tak nampak. Mesti dorang terkejut tengok aku menukang segala. Hahaha. Iyelah selama hari ini dorang gelarkan rumah kitaorang ini rumah ANAK DARA. Tiba-tiba ada bunyi ketukan mestilah dorang terkejut. Adik JANTAN aku tu pun dorang gelarkan anak dara jugak kot. Hahahaha. Patutlah dia beriya-iya nak pindah, takut TERPONDAN nanti tu.



Lepas siap van, aku ke ROC memperbaharui lesen perniagaan yang dah mati bulan MAY tempohari. Huhuhu kena panalti sebab lambat renew. Kos renew RM60 kos bayar panalti RM80 total satu syarikat RM 140 x 2 syarikat = RM280. Sungguh tak berbaloi. Haa makanlah duit rakyat banyak-banyak, mudah-mudahan kat sana nanti senanglah hidup korang... macam siot. HARAM LAH SETAN.


Lepas solat maghrib aku balik kampung, itu pun lepas digesa oleh Ika dan Nurul. Bila nak balik ni? Naik bengang jugak aku bila ditanya bertubi-tubi. Haaa jom...


CUTI RAYA YANG SAKIT TEKAK



Di Gedangsa sekarang musim rambutan di semua rumah. Anak cucu yang balik beraya dirumah semua lepak-lepak bawah pokok rambutan saja. Sampai sakit tekak tahap maksima. Kepada kawan-kawan yang teringin makan rambutan gading(kuning) rambutan gula batu(merah) jemputanlah datang ke rumah aku. Bagitahu lah awal kat aku. Tapi make sure pandai memanjat. Kalau tak semua macam aku saja. Tengok rambutan dari bawah. Durian pun ada tapi adalah dalam 5 bijik saja. Tak berapa menjadi pulak tahun ini.


Semalam aku memanjat rambutan gula batu. Rendah saja, tapi kalau nak memetik kena memanjat juga lah. Banyak juga yang berjaya aku petik. Pokok yang aku panjat semalam dahannya rapuh. Tempat aku berpijak tu sekah. Nasib baik aku berpaut kuat pada dahan kecil di depan aku. Macam tarzan jugak aku. Kalau tidak memang jatuh tergolek aku. Mak di bawah sudah pot-pet pot-pet menyuruh aku turun cepat. Aku pun turun sajalah. Kalau ikutkan hati belum hendak turun lagi tu.

Selasa, 24 November 2009

TELUR DAN HOBI


Cerita dari sebuah negara Islam di Tanah Arab (aku tidak pasti negerinya). Lelaki tua berusia 97 tahun menulis keseluruhan al-quran di atas 8 biji telur. Tidak dinyatakan telur apa, tetapi aku menyifatkannya sebagai telur ayam ataupun burung unta saja. Tak akan pula telur unta dan biri-biri kan.



Kagum sungguh aku, orang kalau sudah sememangnya kreatif. Tidak kira usia, kreatif tetaplah kreatif. Usia 97 tahun masih mampu menekun menulis segala. Disini kalau usia yang sudah begitu, lain pula hobinya. Aku senaraikan beberapa kegilaan orang-orang tua yang pernah aku jumpa sepanjang hidup aku.



Orang tua pertama: Lokasi dijumpai, pejabat lama aku di ’WR’. Usianya belumlah 70 (rasanya lah). Orangnya katek-katek ayam serama saja. Kepalanya selapang padang golf terutama dibahagian depan, tetapi berjaya disembunyikan dengan gaya sikatan ala-ala Matt Romeo. Hobinya terlalu asyik terhadap perempuan-perempuan muda yang sebaya dengan cucu dia dan berambut ala-ala bulu jagung tua.



Orang tua kedua: Lokasi dijumpai, masih di pejabat lama aku. Orangnya pun saiz-saiz ayam katek juga. Berbini dua dan dengarnya sudah mencukupi kuota yang ketiga. Hobinya selain mengumpul kereta mewah, beliau juga mula berjinak-jinak untuk mengumpul perempuan-perempuan simpanan termasuk kakitangan sendiri. Itulah bahana duit sudah banyak, tak tahu nak buat apa.



Orang tua ketiga: Lokasi dijumpai, masih lagi berkisar di ’WR’. Orangnya tinggi sedikit dari ayam katek. Tetapi sedikit gelap, segelap hatinya. Kalau bercakap suka menekup mulut (mencium bau mulut sendiri). Hobinya, menjahanamkan hidup orang lain dan menyekat sumber rezeki orang-orang yang bekerja dengannya. Caranya adalah dengan tidak mengesahkan jawatan orang yang didengkikan(sebab orang ini baik dengan Chairman). Takut nanti Chairman tidak peduli dia sebab yang didengkinya rata-rata perempuan yang gebu-gebu belaka. Suka mengunakan perempuan untuk memancing si chairman.



Orang tua keempat: Lokasi dijumpai di pejabat aku yang sekarang ini. Saiz badannya biasa-biasa saja. Gaya berjalan tidak tenang dan lebih kepada gelojoh. Orangnya kurang senyum dan dimukanya sudah terpancar rasa curiga tahap maksima. Aku gelarkan dia ’orang gila’ aka ’OG’. Hobinya: melabel semua orang yang ada disekelilingnya bodoh belaka. Suka parking di tempat parking OKU walaupun parking lain banyak lagi kosong. Selain itu suka juga kepada perempuan yang lembut-lembut tetapi bertudung. Cehhh



Sebenarya aku sudah menyenaraikan lebih 10 hobi orang-orang tua yang pernah aku kenali. Tetapi bila aku baca semula rata-rata semunya sama saja. Kegilaan dan hobi mereka ini hanya kepada PEREMPUAN saja, amat menjelekkan. Yang ada rupa dengan yang tidak berupa pun sama saja. Tewas di dalam dakapan PEREMPUAN yang biasanya kita gelarkan ’perempuan gedik’.

 
Oleh kerana aku terlalu risau kegilaan aku terhadap kaum ADAM ini menyusut tahap peratusanya, jadi aku senaraikan hanya sebilangan kecil sahaja. Bukan untuk menjatuhkan kaum tersebut, tetapi untuk menyedarkan kaum HAWA supaya TIDAK TERKEJUT BERUK bila melihat suami sendiri bertukar hobi satu hari nanti. Terutamanya bila sudah kaya dan terlebih duit nanti. Dan untuk aku pula, supaya aku lebih bersiap sedia dengan kebarangkalian untuk melalui situasi jijik itu. Hahaha


Daripada senarai orang-orang tua yang diatas tadi, tiada satupun yang menjurus kepada kebaikan, semuanya kepada hiburan yang membuka jalan ke PINTU NERAKA. Apalagi untuk meluangkan masa menulis ayat suci al-quran di atas telur. Kebanyakkannya lebih suka perempuan-perempuan muda yang gedik-gedik itu menulis diatas telur mereka. Huhuhu. Seronok sangat ke hidup dengan berlazat-lazat seperti itu. Itu sajakah perkara yang boleh dibuat sementara menunggu maut menjemput. Rasanya banyak lagi perkara yang boleh dibuat. Contohnya: berkebun, walaupun hanya tanam serai dan cili di tepi-tepi rumah. Memelihara ayam dan itik, sekurang-kurangnya bila anak dan cucu balik adalah lauk pauk istimewa untuk dihidangkan. Menziarahi surau dan masjid 5 kali sehari(solat berjemaah lah). Menziarahi kawan-kawan yang sebaya. Membantu isteri membersihkan halaman rumah. Tengok-tengokan pokok bunga isteri, kalau dah layu-layu tu tolong siram atau membaja. Dan sebagainya lah. Bukankah itu lebih baik.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



Aku mula bercuti Rabu 25 - 29 November 2009(itupun ada orang GILA yang jeles). Hajat dihati hendak meniaga lemang di kampung, tetapi tengok dululah. Pembantu aku tengah sebok repair kereta orang. Kalau tak jadi meniaga aku memutuskan untuk membantu emak buat bahulu, ataupun menyapu sampah diluar sajalah. Maklumlah tapak rumah aku tu luasnya lebih setengah ekar. Banyak masa yang diperlukan untuk menguruskannya. Huhu... Selamat Hari Raya Korban...    


Isnin, 23 November 2009

GAZA





Cerita seorang mujahidin Al Qassam ‘pasukan lain’ berseragam putih turut serta bertempur melawan Israel di GAZA.



Cerita satu: Pasukan Israel telah menahan dan menyoalsiasat budak kecil akan ciri - ciri para pejuang Al-Qassam. Anak laki-laki itu menjawab bahwa pejuang Al-Qassam biasanya mengenakan baju hitam. Tentera itu marah dan memukulnya hingga rebah. Akhirnya, dia menjerit dengan keras, “pembohong! Mereka itu berseragam putih!”




Cerita dua: Kisah itu bermula ketika seorang driver ambulan yang ditahan pasukan Israel. Ia ditanya, apakah dia dari kelompok Hamas atau Fatah. Dia menjawab, “Saya bukan kelompok mana-mana, saya cuma driver ambulan,” jawabnya. Kemudian tentara Israel itu terus bertanya, “Pasukan yang berpakaian putih-putih di belakangmu tadi, dari kumpulan mana?” Driver itu pun kebingungan. Dia menoleh dan tidak melihat seorang pun yang berada di belakangnya.




Cerita tiga: Di medan tempur pula, ada seorang mujahidin yang telah menanam sebuah bom (periuk api) kecil untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan tersebut. Walaubagaimanpun tidak disangka sebuah helikopter menurunkan sejumlah pasukan dengan bilangan yang besar menuju tempat bom kecil tadi. Akhirnya dia memutuskan untuk kembali ke tempat bom tersebut kerana beranggapan bahawa bom tersebut tidak akan berjaya membunuh mereka, kerana jumlah mereka amat ramai. Namun, sebelum beranjak meninggalkan lokasi, pejuang itu mendengar suara aneh. ‘Utsbut, tsabatkallah!” (Tetaplah di tempat, maka Allah menguatkanmu). Ucapan itu, didengarnya sangat keras dan berulang-ulang sebanyak tiga kali. Ia tak tahu siapa yang mengatakan itu dan dari mana datangnya kerana tidak ada siapa pun yang bersamanya. Selang beberapa saat setelah peringatan itu, bom itu meletup dengan kuat sekali dan pasukan Zionis yang ramai itu telah hancur.



Cerita empat: Seorang pejuang lainnya terselamatkan dari peluru tentera Israel karena terhalang mushaf Al-Quran yang selalu tersimpan di sakunya. Timah panas itu gagal menembus jantung pejuang tersebut. Buku kumpulan itu berlubang, akan tetapi hanya sampul muka mushaf yang rosak.






Cerita lima: Kisah tentang tubuh pejuang Gaza yang mengeluarkan bau harum. Walau sudah hancur, tubuh pejuang Al-Qassam mengeluarkan semerbak bau misk dan itu terulang kembali setelah 20 hari wafatnya.






Alangkah agungnya seorang yang syahid… Di akhirat ia memperoleh kebesaran luar biasa. Dia tidak meninggalkan dunia ini kecuali dengan barisan yang mulia. Manusia menangis, sedangkan syahid tersenyum kegembiraan melihat tempat tinggalnya di syurga.



Antara gambar-gambar ketika bom phosphorus menghujani sekolah di GAZA. Beribu-ribu kanak-kanak mati dan dunia pula hanya diam membisu. Seperti mengizinkan pencabulan kemanusiaan tersebut oleh si KUFUR. Hanya ALLAH swt yang dapat membantu mereka. Amin. Al-fatihan untuk saudara-saudara ISLAM disana



Jumaat, 20 November 2009

AKTA SEWA BELI AKAN DIPINDA

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan meminda Akta Sewa Beli ekoran berlakunya banyak tindakan keterlaluan oleh pihak bank terhadap pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran kenderaan mereka.


Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pindaan akta itu perlu dilaksanakan kerana Akta Sewa Beli sedia ada memberi terlalu banyak kebebasan kepada bank sehingga melakukan tindakan dengan mengenakan pelbagai caj kepada pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran mereka.


"Sebagai contoh, apabila bank bertindak menarik kereta pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran mereka seperti yang ditetapkan dalam perjanjian sewa beli, pengguna akan menghadapi pelbagai bayaran untuk menuntut semula kereta mereka.


"Antaranya ialah bayaran upah tarik kereta, bayaran tuntutan semula dan bayaran untuk menyimpan kereta pengguna," katanya selepas menghadiri mesyuarat antara KPDNKK dan 40 wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) persatuan pengguna di sini semalam. sumber KOSMO 19 November 2009.



Hmmm rakyat MALAYSIA rata-rata sudah muflis, sudah merempat, sudah mula ikat perut kerana dibebani oleh segala macam hutang dan kesusahan dibumi bertuah ini. Orang yang kita undi, yang kita sangka boleh membantu kita dan mengetuai kita rupanya kaya sorang-sorang. Harta berjuta-juta dapat dikumpul dalam masa yang singkat saja. 7 keturunan tak habis. 7 kali mati pun tak habis juga. Itu sebablah ada yang boleh memanjakan diri dengan cucukan botox disana sini. Itu cucukan yang kita nampak, cucukan yang kita tak nampak? hahaha.


Masing-masing sekarang berlumba-lumba untuk mempamirkan keperihatinan. Masing-masing berbunuh-bunuhan untuk memberi kesenangan kepada ramai orang, tetapi tetap memberi lebih kesenangan kepada sedikit orang itu. Pada pandangan akulah, semua yang dibuat itu seperti sudah terlambat. Sesuatu yang diberi itu bukan kena pada tempat, masa dan cara yang sepatutnya yang satu ketika dulu amat ditagih.



Barangkali mereka ini terlupa. Generasi baru MALAYSIA ini hanya sebahagian sahaja yang berjaya dibodohkan, yang sebahagian lagi adalah si cerdik pandai. Masa zaman keris dulu bolehlah. Semua orang seperti Encik Tuah kita, patuh amat pada tuannya. Encik Jebat, walaupun tiada arca walaupun identitinya dinyahkan dari bumi MELAYU ini, semangatnya kuat membakar jiwa setiap orang di sini. Memberi dengan bersyarat yang tidak masuk akal amat menjengkelkan. Kadar tol akan dikurangkan beberapa % itu pun kalau melalui tol tersebut lebih beberapa kali, rasanya dalam 80 kali dalam masa sebulan. MANGKUK HAYUN manalah yang hendak ke tempat kerja melaui tol lebih 4 - 5 kali sehari.



Semalam sahaja keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan. Ramai anak-anak kecil itu sudah mula menampakkan kebijakan masing-masing dengan mendapat 5 – 7 A, buka sedikit tetapi ramai amat. Di Besut, seorang pelajar OKU yang menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang (adik Siti Norfarah Hanim) memperoleh 5A. Itu baru pelajar OKU, belum lagi yang bukan OKU. Belajarlah berhenti menyalahgunakan duit pemberi-pemberi sedekah yang terpaksa ini. BELAJARLAH DARI SEKARANG supaya tidak kekok nanti. Hahaha

p/s: gambar-gambar kali ini aku upload daripada email seorang teman yang menghantar gambar-gambar pilu dari GAZA yang teraniaya oleh kaum itu.

Khamis, 19 November 2009

PERAGUT WANITA TERIMA PADAH

ALOR SETAR - Peragut biasanya dikaitkan dengan lelaki, tetapi semalam, seorang wanita berusia 45 tahun ditangkap di pasar sehari, Kota Sarang Semut kerana meragut rantai emas seorang kanak-kanak berumur 3 tahun.


Menurut beberapa peniaga di situ, kegiatan wanita tersebut telah lama diperhatikan sejak dilihat sentiasa berada di sekitar kawasan tersebut. Ibu kanak-kanak terbabit, Hamidah Ishak, 46, berkata, rantai leher anaknya, Afza Adlina Ibrahim diragut ketika sedang berbelanja di pasar sehari.


"Beberapa peniaga di situ memberitahu yang rantai anak saya diragut kira-kira pukul 11.15 pagi.


"Memang saya tidak sedar kerana orang terlalu ramai dan anak saya tidak pula menangis," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini.


Hamidah menambah, sebaik melihat rantai milik anaknya yang bernilai RM360 itu lesap, peragut wanita berkenaan telah pun ditangkap oleh peniaga di situ. "Semasa ditangkap, dia (suspek) terus membuang rantai itu dan mendakwa tidak mencuri rantai anak saya," katanya. Beliau difahamkan, wanita terbabit telah beberapa kali disyaki mencuri di situ tetapi sering kali terlepas. Oleh: shahnizam.omar@kosmo.com.my



Sesekali orang dapur keluar meragut kecoh satu MALAYA. Itu tandanya orang dapur ini sinonim dengan kelembutan dan 1001 kebaikan. Bukan KELEMBUAN walaupun dia pergi MERAGUT tau.



Sebenarnya tidak kiralah orang dapur ataupun orang kebun, kalau mengambil hak orang tanpa rela tu kita akan panggil PENCURI. Tapi korang perasan tak, kalau orang besar mengambil hak rakyat tanpa minta, kita panggil ‘korup’ saja. Adil ke?. Kenapa perlu diskriminasi walau hanya bahasa. Elok kalau kita panggil semua yang mengambil hak orang lain sebagai PENCURI.



Pencuri kecil-kecilan hanya ambil RM360 masuk akhbar kroni. Kalau pencuri besar-besaran curi duit rakyat berjuta-juta tu cakap untuk pembangunan di sana-sini tak ada pulak nak tulis, takut kena BOYCOTT. CITT PODAHH


Untuk KEADILAN dan jalan ke arah membina KERAJAAN RAKYAT yang lebih telus. Kita seharusnya mengkaji kenapa budaya LEMBU ini bermaharajalela sekarang. Ada orang mencuri untuk memberi makan kedua orang tuanya yang uzur dirumah. Tersentap jiwa kan.


Media pula suka sangat mengambil tajuk-tajuk yang panas untuk melariskan akhbar mereka. Kenapa mereka tidak pernah mahu menulis mengapa sesuatu kejadian itu bermula. Entah-entah makcik ini terpasa melakukan perbuatan itu untuk menyara keluarga. Maklum saja, zaman ini si LAKI selalunya lebih suka duduk melepak di kedai kopi tengok wrestling daripada mencari rezeki untuk keluarganya. Mahu tidak mahu si isteri dengan saki baki kederat yang ada mencari alternatif mudah dengan meragut kanak-kanak sebagai usaha untuk memberi sesuap nasi kepada anak-anak yang berderet dirumah serta suami yang biawak hidup itu.



Ditambah pula dengan kos sara hidup kian melambung tidak kira di bandar besar ataupun di hulu-hulu kampung. Semua orang sudah mula terasa kesan kenaikan barang-barang keperluan sekarang ini. Cukai itu dan ini pun mula melonjak. Sedangkan gaji untuk rakyat di MALAYSIA ini tidak pernah diambil peduli.


Hendak bagi BONUS tahunan pun bagaikan hendak berperang dengan kaum yang dilaknati. Apalagi kenaikan gaji dan penyelarasan, JANGAN MIMPILAH. Ditindas disana-sini. Ishh-ishh

Rabu, 18 November 2009

AMAH INDON BUAT HAL LAGI

Sumber : KOSMO 18 November 2009


SHAH ALAM - Sepasang suami isteri warga asing yang telah menetap di negara ini selama 10 tahun tidak menyangka pembantu rumah mereka berusia 50 tahun tergamak melarikan puteri tunggal mereka, Siti Nurdiana Aung Soe berumur 2 tahun.



Aung Soe atau Abu Hussin, 38, warga Myanmar dan isteri, Haslinda Damanik, 35, warga Indonesia, terkejut apabila mendapati amahnya dikenali sebagai Suparmi dan anaknya tiada di rumah sebaik pulang dari kerja kira-kira pukul 7.30 malam semalam.


Ini adalah merupakan salah satu sebab kenapa aku tak mahu dan seboleh-bolehnya mengelak untuk menggaji AMAH INDON. Walaupun bukan semua, hanya segelintir sahaja yang buat taik aku tetap melebelkan mereka sama rata. Macam mana yang mereka gelarkan kita ini secara keseluruhannya ’MALENG SIAL’ (PENCURI SIAL). Lain kali kalau hendak mengutuk orang bercermin 10 kali dahulu. Siapa pencuri sebenarnya. Senang-senang saja nak larikan anak orang. Kalau anak kucing pun orang marah kalau dicuri ini lagi anak orang. Ada hati nak mintak gaji minimum RM800 sebulan. Huh JANGAN HARAPLAH.



Majikan-majikan kepada AMAH di MALAYSIA ini seharusnya tanpa mengira bangsa sudah mewujukan satu badan/persatuan yang berkuasa untuk membela bukan sahaja poket mereka tetapi juga harta benda mereka, termasuklah anak-anak dan suami mereka dari dilarikan AMAH yang tidak bermoral ini. Bukan itu sahaja badan/persatuan ini lah seharusnya menjadi wadah dan tempat mendengar setiap keluhan para majikan yang bermasalah dengan AMAH. Tak perlulah kejap-kejap masuk TV cakap itu dan ini lepas tu menyepi, tahu-tahu keluar berita majikan wajib menanggung kos sekiranya AMAH melarikan diri. Kita ini sentiasa sangat hendak mengunapakai omongan orang besar warga dia yang tak sudah-sudah menyusahkan minta itu dan ini segala. Huhh


GAMBAR DARI EMAIL






Seorang sahabat telah mengirim gambar-gambar ini. Seronok bukan main lagi aku. Aku kan gila gambar-gambar seperti ini. Gambar yang membawa 1001 cerita dan menyimpan makna yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.




Selasa, 17 November 2009

POLIGAMI


Sebagaimana talak, begitu jugalah halnya dengan poligami yang diperbolehkan kerana hendak mencari jalan keluar dari kesulitan. Islam memperbolehkan umatnya berpoligami berdasarkan nas-nas syariat serta realiti keadaan masyarakat.

Ini bererti ia tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya melainkan untuk mencapai kesejahteraan masyarakat Islam, menjaga ketinggian budi pekerti dan nilai-nilai murni Muslimin.

Apabila seorang lelaki berpoligami, hendaklah dia memenuhi syarat-syarat sebagai berikut;

Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya – Hanya 4 orang isteri SAHAJA, gundek2 dan lain-lain accessory tidak dikira.

Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya. Dah dapat kakak, adik jangan dingorat pulak(sebelah ayah mahupun ibu)

Berlaku adil, - ADIL SECARA MUTLAK.

Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.- cth:, sudahlah sakit,makan sendiri pun tak lepas, lagi nak bagi makan 4 isteri dan anak-anak.Sah-sahlah mati sebab banyak berfikir.

Adil di antara para isteri. – cth: hak isteri-isteri, kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain.

Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan, pemeliharaan serta kasih sayang seorang ayah (bukanya jadi haruan makan anak).

Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak. Cth: bini tua datang serang bini muda di BANGSAR bawak anak-anak memecah tingkap segala sehingga polis kena masuk campur, sebab laki dia menipu.

Berkuasa menanggung nafkah. Cth pakaian dan makan minum, tempat tinggal, pendidikan dan Nafkah ditempat tidur.


Kalau dah gaji RM800 sebulan anak ada 8 orang duduk pulak rumah sewa di Kota metropolitan ini. Nak makan pun kena catu lepas tu suruh pulak si Isteri bekerja ataupun jual nasi lemak di tepi jalan untuk membantu. Ada hati lagi nak bercerita pasal POLIGAMI ke?? Memang cari maut jugak orang macam ini. Yang dikatakan berkemampuan memberi nafkah bukan hanya sekadar dibilik tidur. Kalau yang itu, budak sekolah pun boleh, silap gaya lagi POWER.

Pada pandangan peribadi akulah. Andainya aku ini bersuami. Aku akan mengizinkan LAKI aku POLIGAMI sebabnya:-

Pertama: Aku ni cepat jemu, setiap kali tengok pun bosan juga. Biarlah dia ada isteri lain dah tentu-tentu ada time table yang dia nak ikut. Tak adalah dia 24 di rumah kan.

Kedua: Daripada dia mengatal dekat ramai orang diluar tu lagi baiklah dia mengatal dekat yang 4 orang ini saja. Kita tak tahu tahap gatalnya macam mana diluar itu entahkan bukan setakat seluk-seluk saja, maklumlah kita tak nampak. Kalau yang 3 lgi tu, tentu-tentu aku dah interview dan buat medical test masa nak meminang tempohari termasuklah ujian HIV dan yang seangkatan dengannya, termasuklah penyakit kulit. Hahaha

Ketiga: Aku tak rasa aku ini perlukan suami 24 jam. Aku lebih suka menempel dengan Mak dan adik-adik daripada dengan dia. Kalau ada anak dengan anaklah kot. Lagi pun rasanya semua benda aku boleh buat sendiri. Kecuali lah benda tu dan mengimamkan solat.


Ohh ya yang akhir sekali sebelum perkara yang diatas itu, Dia kena mematuhi perjanjian-perjanjian yang telah di sah kan oleh Suruhanjaya Sumpah yang mana antara termaktub di dalamnya: Membeli sebuah rumah (Banglow setingkat) beralamat di no 7xx Taman Subang Permai Shah Alam di atas nama aku (sudah habis bayar). Memasukkan minimum RM 10,000 setiap bulan ke dalam akaun peribadi aku untuk tujuan keperluan peribadi (termasuklah SPA, kelas sliming dsb) dan simpanan hari tua. Memberi wang tunai RM 5,000 untuk belanja dapur(maklum sajalah sesekali dia makan dirumah, tentu-tentulah aku nak sesuatu yang istimewa). Hahaha

Kereta tak perlu disediakan sebab aku akan membeli sendiri kereta kegemaran aku, buat masa ini memanglah aku minat mini cooper, esok-esok aku tak tahu model apa pula yang keluar. Lagi pun aku tak nak lah nanti orang kata aku ini pentingkan diri sendiri, semua laki aku nak bayar. Duit gaji yang aku terlupa nak pakai setiap bulan tu, aku buat bayaran ansuran kereta sajalah. Duit keuntungan syarikat aku tu aku simpan dalam bank ’fix deposit’.

Setiap 4 bulan sekali aku mahu tajaan percutian ke mana-mana saja dalam negara dan setahun sekali ke negara-negara Eropah. Beserta elaun percutian.

Orang gaji kena ada 2 orang, satu untuk kerja-kerja diluar rumah satu lagi untuk kerja-kerja di dalam rumah. Aku tak nak warga asing. Aku nak warga tempatan. Warga asing ni perasan saja bagus tapi hampeh.


Setiap kali Hari Raya kalau dia tak mahu beraya di rumah mak aku pun tak apa. Sebab biasanya raya pertama rumah mak aku buat open house, busy nak layan tetamu. Kalau dia ada pun menyibuk saja nak siapkan makanan dia lagi. Ishh-ishh

Heheheh itupun kalau lah ada lelaki kaya nak kat aku. Alang-alang ada orang nak kat aku apa lagi, gua titik habis-habis. Mati jugak mamat yang nak kawin ngan aku ni.

Hmmm patutlah aku tak kawin sampai sekarang......selera melampau.

Isnin, 16 November 2009

SI WIRA BERKAKI BARU


Semalam baru berkesempatan menukar ke empat-empat tayar setelah bertahun-tahun melenyeknya di jalan raya. Hahaha berhutang pulak aku kepda si pengores dan menung sebanyak RM740. Aku pakai tayar FALKEN 195/55/15R. 2 biji tayar tersebut dibuat pada Ogos 8 2009 dan 2 lagi pada tahun 2008. Itu pun si cina tu bukan main lagi suruh aku tukar itu dan ini. Tapi aku buat dol saja. Kenapalah dia tak suruh aku tukar kereta baru sekali. Kan senang. Tak payah aku hendak menukar apa-apa lagi. Mangkuk..



Ituari tukar gearbox yang sudah berkarat itu, RM996. Wah dalam masa sebulan ni aku berhabis RM1,736 untuk kereta yang aku bawak cuma 2-5 jam seminggu. Ini tidak boleh jadi, kena bawak kereta selalu ni.


PASAR MALAM

Semalam semua jualan aku habis. Sudah beberapa kali begitu, seronok bukan main. Balik pun awal saja. Sebelum jam 10 malam aku sudah berada dirumah. Nampaknya hujung minggu ini kena order lebih sedikitlah. Malam tidur pun lena saja. Letih tahap maksima dan cuaca pun yang ala-ala tidur dalam peti sejuk. Hari sabtu ini aku kena cari kuali yang lebih besar dari yang aku ada itu. Kuali yang ada sekarang ini tidak dapat mengoreng keropok dalam kuantiti yang banyak. Manakala pemintaan pelanggan sekarang bukan main lagi. Tidak sempat-sempat aku mengoreng dibelakang.




Aku belum berkesempatan menambah menu. Aku memang berhasrat untuk menambah pecal di dalam menu jualan kami. Disebabkan tukang buat kuah kacang yang power itu tengah tidak sihat, aku lupakan saja hasrat itu buat sementara ini. Hendak membuat sendiri, aku tidak berapa mahir. Aku pernah buat pecal versi sendiri, tapi aku sendiri rasa kurang powernya. Huhu.

Sabtu, 14 November 2009

NYAWA TIADA HARGA


Dalam gah kita mengclaimkan negara kita ini aman damai, tiba-tiba kita dikejutkan dengan bunyi tembakan. Wahh senang rupanya kita ini memiliki senjata api ya. Cuma nak dengan tak nak saja. Orang kaya tu memang dah sah-sah banyak koleksi pistol barangkali. Agaknya ada juga yang mula menyimpan c4 banyak-banyak dibawah katil. Untuk keselamatan.





Sekarang ini serba mudah, agak-agak tak berkenan tembak. Masuk dalam pun apa ada hal, boleh settle punya. Hahahaha. Nampak sangat masing-masing banyak dosa dan musuh. Tapi perangai tak reti-reti pulak jadi baik, lagi buruk adalah. Tahu pula takut dan orang boleh bunuh sesukarasa, tu yang pasang bodyguard sampai 14 orang. Kalau ALLAH dah tulis sejak azali lagi. KO MATI KENA TEMBAK PADA SEKIAN MASA. Kena juga.

Aku ni, belum sampai tahap nak bawak senjata ke pejabat dan mempraktikan kecanggihan senjata itu kepada OG itu saja. Kalau tidak dah lama aku popular masuk akhbar kroni tu. hehehe

Jumaat, 13 November 2009

SI BACUL DAN HASAD DENGKI

Manusia HASAD sentiasa berpura-pura dan dia ada disekeliling kita tanpa disedari. Memang sukar untuk mengenal pasti mereka kerana mereka ini bersifat BACUL. Lebih-lebih lagi orang yang didengkikan itu mempunyai kepentingan di dalam sesuatu organisasi ataupun PEJABAT.



Mereka ini tidak senang dengan kebahagiaan orang lain. Ada saja perkara yang tidak enak dimatanya. Bila mangsanya jatuh tersungkur barulah si bacul ini merasa PUAS dan merasa dirinya tersangat HEBAT. Seperti kata pepatah, lempar batu sembunyi tangan. PENAKUT AMAT.

Hahahaha aku keseorangan disini, TERPAKSA membawa diri sendiri ditengah-tengah orang asing yang kebanyakan dari mereka lebih suka ‘memakan daging saudara sendiri’.

Aku tidak pernah berpura-pura untuk menjadikan diri ini orang lain. Aku adalah AKU, aku tetap dengan pendirian aku, dengan kebiasaan aku. Di Pejabat, dirumah dan bersama teman-teman, inilah aku. Itupun ada hamba ALLAH ini yang tersangat dengkikan aku. PELIK sangat. Aku tidak pernah ada perasaan ingin tahu apa pun yang si bacul-bacul ini buat. Tidak BERMINAT langsung. Ish-ish




Sama saja yang di sana dan di sini. Agaknya inilah BUDAYA KERJA MALAY OUTDATED TYPICAL SECRETARY. Aku tidak berkata semua, tetapi hanya kepada segelintir yang BACUL ITU. Di sana ada yang baik, memang itu aku amat puji dan berbangga kerana pernah mengenalinya walau hanya seketika. Masa aku disana si bacul itu memang 1st class onarnya. Hinggakan 'si tua dan hitam' itu termakan juga kata-katanya. Tahniah sangat. Mudah-mudahan ada balasan dari NYA nanti. Yang disini pun sama saja. Menjejaki langkah-langkah ke NERAKA barangkali.



Aku lahir memang tidak disambut dengan dulang emas yang bertahtakan permata, kerana aku orang biasa saja. Bukan seperti mereka, anak kepada Menteri di Kementian itu, ataupun anak kepada Pengarah, Jabatan ini. Aku cuma anak peneroka FELDA yang sederhana. Ada ketika merasa juga kesusahan itu. ANDAINYA aku dilahir semula dan diberikan pilihan untuk memilih, aku TETAP AKAN MEMILIH IBUBAPA PENEROKA FELDA yang aku ada sekarang. Kerana kesusahanlah menjadikan aku orang yang tidak pernah lupa dan berterima kasih, kerana kesusahanlah yang menjadikan aku kuat, kerana kesusahanlah yang menjadikan aku lembut hati dan berperikemanusiaan.

DAN KERANA ITU SEMUA MENJADIKAN AKU BUKAN BACUL.

Khamis, 12 November 2009

MAKAN MAJERIN ATAU MAKAN TUPPERWARE?


Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.


Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ....perbezaan antara marjerin dan mentega?



Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik!

Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK.


Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK . Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).


Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

1. Tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

2. Ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikrorganisma juga tidak akan membiak atasnya.

Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

Aku membaca email dan merasa adalah tanggungjawab aku untuk memberitahu kepada kawan-kawan yang aku sayangi, terutama pengemar tegar MAJERIN. Perghh nasib baik aku kurang berminat makan benda-benda yang seangkatan dengan MAJERIN. Aku hanya makan belacan saja. Itulah untungnya jadi orang melayu yang MELAYU ini. Hehehe.


Zaman ini kita seharusnya sudah mula memerangi orang yan tidak seagama dengan kita yang seboleh-bolehnya berusaha untuk mengenakan kita dengan memasukkan apa saja unsur-unsur HARAM ke dalam makanan ataupun bahan-bahan kegunaan kita seharian. Bukan sahaja sumber BABI ataupun ARAK tetapi juga yang boleh membunuh kita secara senyap.

Kalau bermusuh biarlah musuh yang kita nampak, sekurang-kurangnya kita masih boleh bersiap sedia dengan segala macam kebarangkalian, termasuklah ‘menC4kan’ musuh itu. Tetapi kalau bermusuh dengan musuh yang kita tak nampak ataupun lebih manja dipanggil ‘bacul’, walaupun sedikit, kena tetap kena juga. Agak-agaknya berapa ramailah orang kita yang sedar akan semua ini ya? 1 MALAYSIA lah katakan.

Bersungguh-sungguh untuk membarisi GOLONGAN PEMERINTAH tapi diri sendiri dirumah DIPERINTAH oleh si nusyuz. Pemimpin akhir zaman… memimpin kita ke jalan songsang.

Rabu, 11 November 2009

DUA PELAJAR GADAI NYAWA

Sumber : faizal.nazaruddin@kosmo.com.my



KANGAR - Dua daripada empat pelajar yang ponteng perhimpunan pagi di sekolah mereka di sini semalam nekad terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut menyebabkan seorang daripada mereka patah kaki kiri dan hidung berdarah.


Bagaimanapun, seorang lagi rakan mereka yang terjun tidak cedera malah dapat melarikan diri sebelum pelajar itu ditahan oleh guru. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 8 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis di sini. Empat pelajar dari tingkatan empat itu dipercayai sengaja melepak di dalam kelas mereka kerana enggan hadir ke perhimpunan.


Bagaimanapun, dua daripada empat pelajar yang melepak itu dikatakan terkejut apabila ternampak kehadiran seorang guru yang membuat pemeriksaan secara mengejut di dalam kelas itu. "Melihat kelibat guru itu, dua daripada mereka berlari ke beranda sekolah dan terus terjun ke padang rumput sekolah itu," kata satu sumber di sekolah itu. Bagaimanapun, dua lagi pelajar itu tidak buat apa-apa.


Ekoran tindakan dua pelajar itu, seorang pelajar yang badannya agak gempal cedera teruk dengan kaki kiri patah dan hidung berdarah akibat terjatuh dari ketinggian 12 meter.



Wah budak-budak sekolah sekarang ini hebat betul. Masa zaman aku dulu, kalau cikgu marah masing-masing senyap saja. Dengar dan insaf. Memanglah sedih dan sakit hati bila kita kena marah. Masa itu memang pelbagai keinginan yang jahat-jahat datang, nak pancitkan tayar kereta, nak calarkan kereta, doakan anak-anak dia jadi lebih teruk dari kitalah dan sebagainya. Tapi biasanya cikgu marah adalah untuk menjadikan kita ini manusia baik dan berguna satu hari nanti. Memang ada cikgu yang bermasalah tapi bilangannya amatlah sedikit. Nisbah 1:100. Tapi itu bukanlah penyebab untuk kita cuba membunuh diri. Rugi sahaja. Kasihan kepada orang tua kita yang melahirkan dan membesarkan kita.

Bukankah bagus dalam usia yang muda ini kita penuhkan masa yang terluang tu dengan aktiviti-aktiviti yang berguna. Bila sudah bekerja macam sekarang dan sudah tiada masa, mulalah menyesal yang teramat. Kan bagus kalau masa aku sekolah dulu-dulu tu aku dah mula meniaga paling koman ‘one drop perfume’ sambil-sambil mengadap buku di meja study.

Kepada kawan-kawan yang meniaga barang-barang yang seperti aku cakap tadi, dan tidak memerlukan modal yang besar bolehlah cuba-cuba cari adik angkat yang masih bersekolah ataupun yang tinggal di asrama untuk tujuan promosi. Daripada dorang tu kreatif sangat ponteng sekolah, buat aktiviti-aktiviti maksiat dan membuat terjun tiruk di tempat-tempat yang tak sepatutnya tu, baiklah kita bagi peluang cari duit yang banyak. Bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk orang tuanya. Tapi jangan pula sampai mereka mengabaikan tanggugjawab terhadap buku-buku sekolah. Nanti keluar pulak artikel ‘pelajar ponteng sebab one drop perfume’ hahaha.

Selasa, 10 November 2009

PEMBUNUHAN PALING SADIS DI ABAD INI




ALOR SETAR - Keengganan seorang isteri untuk berbaik-baik semula dengan suaminya setelah tidak tinggal bersama sejak dua bulan lalu membawa maut kepada wanita itu.


Dalam kejadian pada pukul 1 petang di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan di sini semalam, Zabedah Ali, 73, mati terkena tikaman oleh lelaki dipercayai suaminya sendiri di pekarangan rumah mangsa.
 Mangsa ditikam dengan pisau selepas suaminya yang berusia 75 tahun gagal memujuk isterinya untuk tidak bercerai.

 Bapa saudara Zabedah, Mustafa Ahmad, 80, yang menyaksikan kejadian itu berkata, dalam proses memujuk mangsa, tercetus perang mulut di antara pasangan suami isteri itu.
 "Suspek ada kata, dia mahu ajak Zabedah mati bersama. Selepas gagal pujuk Zabedah, ketika suspek mahu bersalam dengan Zabedah dia terus menikam di sebelah kiri perut Zabedah guna pisau," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
 Menurut Mustafa, pisau tersebut dipercayai dibawa oleh suspek dari rumahnya di Kuala Kedah.


 Mustafa memberitahu, selepas menikam mangsa, suspek cuba melarikan diri namun anak tiri Zabedah yang berada di tempat kejadian mengejarnya dan menahan lelaki itu.

Ini adalah cerita paling hebat di abad ini. Tak sempat aku nak menuntut ilmu untuk digilai ramai seperti itu. Sampai edah belum habis lagi orang lain dah que untuk meletakkan diri yang ke 11 dan seterusnya. Wow.
 

Ada lagi ke orang menuntut ilmu yang pelik-pelik dalam zaman ultraman ni. Risau jugak aku ini. Mana tahu nanti aku pulak yang tergila-gilakan orang yang tak sepatutnya. Ishh

Sepatutnya dikala usia dah berbau tanah kubur seperti itu, dekatkanlah diri dengan SANG PENCIPTA. Menambahkan kutipan pahala selagi boleh sebagai bekalan DISANA. Bukan kah itu lebih baik. Perlu lagi kah memiliki wanita yang pernah cantik satu ketika dulu? Kenapa pula harus bercerai-berai dikala kederat tinggal sejemput. Sungguh pelik dan memeranjatkan. Hmmm MALAYSIA BOLEH!!


CERITA DARI KAMPUNG PART II






Umairah sudah keluar wad. Masa aku menelefon tadi dia yang angkat. Alhamdulillah. Semua orang sudah memulakan rutin harian masing-masing. Tiada yang ponteng sekolah pula hari ini. Selalu ada saja yang terperangkap bila aku buat ‘spotcheck call’.