Jumaat, 30 Oktober 2009

TRAINING TBOX SCADA SYSTEM





Aku baru saja balik dari menghadiri training SCADA di HQ. Banyak sungguh taraining yang aku hadiri bulan ini. Nampaknya PDA @ Appraisal aku awal tahun nanti meriah lah. Cuma markah saja yang tak berapa nak meriah kot. Itu pun kalau aku masih di bawah manager yang lembu tu. Awal-awal pagi tadi aku dengar gossip Pengurus Besar Operasi dari pejabat lama aku tu akan dipindahkan ke jabatan ini. Aku no komen lah. Ada juga perasaan suka dia masuk sini, tapi mengenangkan yang dia ni suka jerit-jerit dan memanggil orang dengan panggilan manja ’bodoh’, aku jadi kurang suka.
 


Sedikit tentang apa yang aku belajar tadi. SCADA adalah satu sistem maklumat yang sedang dilaksana kan di dalam syarikat ini. Dengan adanya sistem ini, ia akan lebih memudahkan kerja-kerja pengumpulan data di tapak-tapak kerja yang jauh berbatu-batu dengan mudah dan cepat. Sistem ini akan menyampaikan maklumat berkenaan kebocoran, perlanggaran parameter, pencerobohan dan apa saja yang telah diprogramkan ke sistem untuk dipantau seterusnya oleh ibupejabat. Nampaknya semakin canggih sesuatu sistem itu, semakin kuranglah pengantungan kerja terhadap tenaga manusia. Dan bermakna bila sistem ini telah beroperasi sepenuhnya makin kuranglah kakitangan syarikat ini. Hahahaha. Tapi perlu diingat, secanggih manapun sistem itu, cacatnya tetap ada. Buat masa ini aku tidak bolehlah menulis secara ditil tentang sistem ini. Aku kesuntukan masa.
 


Esok aku akan ke Saujana Utama, Sg Buluh kerana menghadiri sesi Saturday learning yang dianjurkan oleh jabatan aku. Tajuk program ini ialah air scouring. Air Scouring adalah teknik yang digunakan oleh juruteknik-juruteknik syarikat untuk mencuci paip-paip air utama sebelum disalurkan kepada premis-premis pengguna. Masa itu kami boleh melihat sendiri sejauh mana kotornya air yang berada di dalam paip utama sesuatu kawasan itu. Selalunya kami hanya dapat melihat gambar-gambar melalui laporan saja.




Khamis, 29 Oktober 2009

PROGRAM PERTAMA AKU?





Sakit hati hal semalam belum reda lagi. Malam tadi aku dah sakit-sakit kepala. Terutama bahagian belakang kepala ni. Kalau jumpa doktor dan periksa, aku rasa sah-sah darah aku naik ni. Pasti aku disuruh berehat di rumah. Mengenangkan hari ini ada program Jabatan, aku gagahi juga ke pejabat. Dengan harapan tiada siapa yang akan mencuba menaikkan darah aku lagi.



Hari ini aku akan ke Kuala Selangor dengan Hadi dan Aden. Kalau ada lagi yang nak ikut aku ajak saja. Biar ramai-ramai ke Kuala Selangor. Biar pejabat ini kosong.
 Orang gila tu pagi-pagi lagi tiada di pejabat. Alhamdulillah. Kalau dia dihapuskan terus dari syarikat ini lagilah aku bersyukur yang teramat. Aku hendak buat pulut kuning dan bagi kawan-kawan makan. Huhuhu





Ramai pulak orang yang bertanyakan itu dan ini berkenaan program petang nanti. Aku cool saja jawap. Boss saya nih memang suka buat kerja sendiri, sampaikan aturcara pun dia tak bagi kat saya. Dan yang terbaru, presenter petang nanti Pengurus kanan aku bercuti hari ini. Dan namanya tertera sebagai presenter. Bangang betul manager lembu ini. Nampaknya Pengurus Besar Kanan lah jadi mangsa kena cover dia. Aku diam saja, apa yang aku boleh bagi aku bagilah. Kalau dia suruh aku present aku present sajalah mengikut cara aku. Lepas tu balik pejabat aku suruh saja dia berenti kerja. Ada manager pun bangang buat apa kan.

Rabu, 28 Oktober 2009

AKU HAMPIR GILA SUDAH




Tadi seperti biasa aku bangun jam 6.45 pagi bersiap segala dan keluar rumah jam 7.45. Itulah rutin hidup aku setiap hari pada hari bekerja. Membosankan. Oh ya tadi aku sempat menjemur kain sebelum keluar rumah. Malam tadi hujan bukan main lebatnya. Harap-harap hari ini tak hujanlah. Kesian baju-baju tersebut. Tak sempat nak kering.


Pagi-pagi lagi ada meeting dengan ’orang gila tu’, kiranya meeting ini mencacatkan mood kerja aku untuk hari ini. Iyelah aku kene mengadap muka dia dan dalam hati aku ini tak sudah-sudah mengutuk dia. Dah jatuh berdosa aku ni. Kadang-kadang aku pelik lah. Orang yang sembanyang tak tinggal cakap hal-hal ugama bergegar-gegar, ketidaksempurnaanya jelas sekali. Kenapalah begitu. Kadang-kadang ingin sekali aku menskodeng cara kehidupannya dirumah. Macam itu kah dia di rumah. Ohh alangkah kesihan kepada si Isteri dan keluarga mertuanya. Nak kesian pada anaknya, tak ada anak pula. Maklum sajalah benih dia ni tak sesuai nak dibiakkan dikalangan manuasia. Hanya haiwan yang sesuai, itu pun golongan babi dan anjing, tapi gred yang paling low class. Kalau lama lagi aku rasalah, bukan aku saja yang gila. Fasdy, Mai, Kak Sab dan Faa turut serta menyertai aku ke pakar psikiatri. Hancur MALAYA......




Mintak-mintak aku taklah jadi seperti ini. Kalau nak mati pun biarlah aku mati dengan tenteram, aman damai dan dikasihi. Tak mahu aku mati terbiar bergini. Lebih-lebih lagi disebabkan oleh orang gila tersebut. Hahahaha


Gambar ini aku download dari buletin emesra. Kawan aku nih memang cilik-cilik cili api. Walaupun kecik tenaganya berapi-api. Cuba ajak main futsal tengok...........huhuhu





Selasa, 27 Oktober 2009

PERISTIWA YANG TERKESAN DIHATI




Pagi Sabtu tu aku memang dah merancang untuk ambil gambar Ebi, Umairah dan Irshad bersukan. Jam 7 pagi si Ebi dah gerak kan aku. Mungkin dia tak sangka aku balik malam tadi. Masa aku sampai tu, dia dah tidur. Malas nak kacau aku tarik tilam depan tv dan tidur di situ.






”Acik jangan lupa ya. pukul 8 nanti datang sekolah Ebi”. Ebi bersuara sayup-sayup saja ditelinga. Jam 8.30 aku terjaga(nasib baik cuti solat hehehe), kalut ribut aku bangun dan mandi. Bersiap lebih kurang dan terus sambar kamera. Sarapan pun aku terlupa.







Sampai di sekolah aku mencari-cari si Ebi dan Umairah. Gembira bukan main lagi dia bila nampak aku. Umairah sudah di padang bersiap sedia untuk membuat pecutan 100 meter perempuan tahun 2 dan aku bergegas ke tepi padang. Dapat juga aku merakam gambarnya walaupun kurang jelas. Aku tidak sempat menghampirinya dari dekat sebab aku berada jauh di hujung padang. Umairah berlari terhinjut-hinjut, mujur juga dapat tempat ke tiga. Baju t’shirtnya pula besar gedobos. Bila aku tanya kenapa lari macam tu. Dia menunjukkan luka di tapak kakinya. ’Kenapa pakai baju besar-besar begini?’ Dia menjawap ringkas, ’ini baju pinjam, tak ada saiz’. Ohh anak ini tidak pernah memilih dengan apa yang dihulurkan untuknya. Asal ada saja.






Insyallah bila ada rezeki lebih nanti, aku nak bawak Umairah membeli pakaian baru. Kesian pula dia begitu.







Sedih sungguh aku melihat si kecil berdua tu bersukan tanpa kehadiran orang tuanya. ”Mama dengan ayah tak datang, acik datang pun tak apa”. Ebi bersuara dan hampir-hampir berjaya menitiskan air mata aku ini. Umairah hanya diam tapi dari wajahnya aku tahu dia sangat gembira. Umairah cuma ada Mama. Dalam usia yang muda begitu dia terpaksa menerima hakikat yang dia sudah tiada Abah di dunia ini. Pada kamilah Makcik-makcik dan Pakcik-pakciknya ini, dia menumpang kasih.








Apalah kakak aku yang berdua tu. Masa kecik beginilah hati anak-anak ini harus disentuh. Biar dia membesar sebagai seorang yang sempurna. Supaya bila dewasa dia tumbuh sebagai seorang yang keras diluar dan lembut di hatinya. Pada usia inilah dia umpama kain yang putih. Kita yang melukis hidupnya. Syukur kedua-duanya cilik ini mendengar kata. Aku sempat membawa si kecil ini bergambar di kawasan sekolah seketika sebelum balik ke rumah.





Isnin, 26 Oktober 2009

ISNIN YANG CUKUP MENYEKSAKAN





Banyak pulak kisah yang terjadi sepanjang minggu lepas. Pergi kursus di Sepang, masa nak balik tu, kena tunggu Hadi dari Jam 12.30 tengahari sampai jam 4 petang. Yelah kene tunggu dia solat Jumaat dulu lepas tu baru lah dia gerak ambik aku. Sepatutnya dia solat Jumaat kat Sepang saja. On the way balik tu, dalam kereta, si Ebi call dia ada sukan pagi sabtu dan minta aku datang dan ambil gambar dia. So terpaksalah aku balik kampung malam itu juga.



Lebih kurang jam 1.30 pagi aku sampai umah mak. Emak bagitau, Abah bawak keta dan langar kereta orang petang tadi. Vios baru pulak tu, plat pun WSY. Dia mintak rm1k nak repair kete tu. Punyalah aku berbulu. Mak & Abah bukan nya ada duit. Lepas tu budak tu push nak duit cepat. Aku pun bagi cadangan suruh sajalah dia report dan claim. Kawan dia siap call cakap kurang ajar dgn aku. Perghh memanglah pantang aku org cakap kurang ajar dengan aku.
 Lepas ambik gambar Ebi aku terus ke Balai Polis Slim River dan buat report. Budak tu pun datang sekali. Bengang betul aku. Masa nak balik tu kereta dia siap parking sebelah kereta aku. Aku tengok kereta dia, elehhh calar sikit-sikit saja. Bila dah tengok kesan calar tu aku dapat agak budak ini memang jenis berkira sesangat dan kedekut tahap gaban.



Nasihat aku kepada kekawan yang berkereta. Kalau nak langar kereta yang pemandunya orang melayu, langar betul-betul. Baru berbaloi. Orang melayu dengan orang melayu susah nak settle. Tapi kalau bangsa lain senang jer cita. Lebih kurang saja, jalan. Macam mana lah orang lain nak respek dengan bangsa kita nih.
 Baru pakai vios dah berlagak, cakap pun macam dia sorang saja yang mampu pakai vios. Hahaha runtuhnya nilai-nilai murni bila harta dunia melimpah ruah.


Aku masuk office cam biasa. Jam baru melangkah ke 8.30 pagi. Orang gila tu dah terjerit-jerit panggil aku. Yelah aku kan tak reti wat kerja. Dia saja yang berkeja kat office ini. Orang gila ni apa saja yang datang dari aku memang dia tak akan terima. Jadi kalau ada apa-apa yang orang suruh sampaikan untuk dia, awal-awal lagi aku reject dan suruh dia bagi sendiri. Bukan tak nak tolong, tapi aku dah tahu jawapannya.

Khamis, 22 Oktober 2009

CARA TERBARU MENAMBAH PENDAPATAN oleh SI BANDIT


Cerita ini aku terima melalui email yang dikirimkan seorang kawan di pejabat.




Memandangkan masalah ekonomi yang semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai-bagai cara untuk hidup. Merompak & membunuh pada si bandit ini sudah menjadi kebiasaan. Nyawa dan harga diri di zaman ini barangkali sudah susut nilainya. Apa saja demi WANG.


AMARAN!!!! Kepada semua pemandu terutamanya WANITA.



Sedarlah semua! Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak?


Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!



Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Nyawa dan keselamatan anda lebih berharga.

# aku menghadiri kursus SPIES di sepang. Sunyilah hidup tanpa blog untuk beberapa hari ini.

Rabu, 21 Oktober 2009

KURSUS PEMBANGUNAN INSAN SPIES (SPIRITUAL, FIZIKAL, INTELEKTUAL, EMOSI & SOSIAL) ANJURAN BERSAMA EXCO PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR



Panjang betul tajuk program tu. Cakap team building saja sudah. Program ini akan diadakan pada 22-23 Oktober(Khamis & Jumaat) bertempat di Bagan Lalang Beach Resort Sepang.




Seperti biasa aku kena hadir kursus ini. Syarikat ini menghantar 12 wakil yang tentu-tentunya aku tak kenal sangat orang-orangnya. Yelah lebih tiga ribu orang yang ada di sini, pelik jugak aku kenapa aku yang dipilih. Boss aku bising-bising tanya aku kenapa aku yang kena pergi. Elehh macamlah aku kebulur sangat nak pergi. Kawan-kawan pun jeles semacam saja. Wahhh glamour jugak aku ni, orang-orang Jabatan Latihan suka sangat pilih aku. Ishhh. Khabarnya ada lebih 70 orang luar yang akan menyertai program ini.


Dalam memo tu seperti biasalah ’Program ini adalah WAJIB dan tindakan akan diambil sekiranya kakitangan gagal menghadiri kelas ini tanpa sebarang alasan yang munasabah atau kebenaran pihak atasan.’ Huhhh tiada anjakan paradikma langsung bahasa.



Hadi Juruteknik Jabatan ini yang juga orang kampung aku sudi nak hantar aku ke sana. Oh ya lupa pula, aku patah kaki sekarang. Wira tersadar di bengkel, gearbox problem pulak. Masuk air dan berkarat. Habis semua bearing dalam tu. Tak kan aku nak bawak van pulak ke sana. Uihhh sungguh tak cool.

Selasa, 20 Oktober 2009

ERP SUPPORT PROGRAMME - SESI ULANGAN KELAS PIVOTA


Hari ini aku terpaksa menghadiri kelas pivotal ‘wajib’. Bosan betul aku kalau selalu dapat memo begini. ’Program ini adalah WAJIB dan tindakan akan diambil sekiranya kakitangan gagal menghadiri kelas ini tanpa sebarang alasan yang munasabah atau kebenaran pihak atasan.’ Huh kalau tak dapat hadir dah jatuh berdosa dah aku ini.


Report aku tidak dapat disudahkan kerana kegagalan pihak Wilayah menghantar data yang lengkap. Dan aku mempunyai kuasa untuk menghantar email dan cc copy kepada the big boss, tetapi kerana aku ini baik orangnya aku tidak sanggup berbuat demikian. Iyelah aku nak mengadap orang-orang ini selalu. Bukan untuk hari ini saja. Good repo kena jaga beb!




Penyudahnya aku yang tension sendiri. Pening kepala dah aku ni.

Isnin, 19 Oktober 2009

PERCUTIAN KE CAMERON HIGHLAND TAHUN 2009



Aku telah terbabit secara tidak sengaja dengan teman-teman untuk bercuti ke Cameron Highland. Jumaat lepas office hour lebih kurang jam 6.00 petang aku dan kawan-kawan bergerak meninggalkan office. Awalnya cuma aku, Hana dan Zana yang nekad untuk memanjat bukit Cameron. Semasa di parking B1, aku jumpa Ina dan berjaya memujuknya untuk ikut sekali. Sebagai balasan aku rela memandu dan menghantarnya ke rumah untuk mengambil pakaian.

 


Lebih kurang jam 7.00 petang kami pun bergerak menuju destinasi. Berhenti di R&R Tapah untuk makan dan menonton TV3 Nur kasih tepat jam 9.00. Hajat untuk menonton Nur Kasih terkubur, R&R Tapah tiada tv pun. Dan orang pun ramai amat. Agak lama kami mundar-mandir di situ mencari tempat duduk. Akhirnya kami dapat juga tempat dan makan serba ringkas. Nasi ayam dan minuman panas.

 Dalam pendakian tersebut, jalan licin dan terdapat tanah runtuh di beberapa tempat. Maklum sajalah cuaca tidak berapa bagus kebelakangan ini. Kami pun mula pening lalat dan Zana muntah-muntah.




Kami sampai di Apartment Atherium (tak pasti ejaannya) lebih kurang jam 12.00 malam. Nasib baik Uncle Chan sudi menunggu. Oleh kerana kami lambat, apartment kami sudah diduduki orang lain. Kami dapat apartment paling atas, lenguh juga lutut memanjat tangga. Bayaran untuk apartment yang luas itu masih lagi RM180 .

 
Sepanjang berada di sana banyak juga gambar yang berjaya aku kategorikan sebagai hasil terhebat. Dan model-model ku juga sporting bukan main.



Teringat aku kepada percutian yang lalu. Aku, Jaja, Liza dan Adik. Memang seronok. Ketika itu aku masih memakai kamera murah saja. Tapi gambar tetap cantik. Cuma sudut dan cara merakamkan gambar saja yang belum ada ketika itu.



Teruja sungguh. Kalau lah dapat pergi lagi sekali dengan kesemua kawan-kawan ini alagkah meriahnya dunia. Aku teringin memanjat ladang Uncle Rama bersama mereka sekali lagi. Perghh

Khamis, 15 Oktober 2009

MAAFKAN CIKGU - CERITA DARI EMAIL

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.




Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.


Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.



Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.


Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.



Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?? Dia terkejut dan wajahnya berubah. Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.? Jawabnya Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu??



Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.? Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,


Maafkan cikgu, Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya
setakat yang mampu.Sudah berulangkali aku membaca cerita ini. Setiap kali aku membaca, setiap kali itulah mata aku ini berkaca-kaca. Terkenang hidup aku sekeluarga yang susah suatu ketika dulu. Alhamdulillah aku tidak lah sampai tahap terpaksa berkongsi pakaian sekolah.


Cerita-cerita begini boleh membantu melembutkan hati yang keras. Perkara-perkara berikut boleh melembutkan hati;


i. Solat sunat

ii. puasa sunat

iii. berzikir

iv. bersedekah

v. mengusap rambut anak yatim

vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain

vii. membantu orang susah



Allah swt merancang sesuatu itu dengan cukup sempurna. Diletakkan kesusahan bersesuaian dengan kemampuan seseorang itu. Jarang sekali kita dengar orang miskin bunuh diri kerana desakan kemiskinannya. Tapi kalau orang kaya tiba-tiba miskin, paling tidak akan bengkak-bengkak juga mata menangisi kemiskinan ataupun kesusahan yang baru sekali ini mengetuk hidupnya.

Selasa, 13 Oktober 2009

MESYUARAT DENGAN TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH KUALA SELANGOR






Hari ini, boss aku yang tidak berapa bahagia tu telah mengarahkan aku untuk menghadiri mesyuarat dengan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor. Mesyuarat diadakan di Ibupejabat Daerah di Kuala Selangor. Aku ditemani Hadi, iaitu Juruteknik Jabatan untuk ke sana. Si gila tu ada juga bertanya aku ke sana naik apa. Cehh jangan haraplah aku nak tumpang kereta dia.




Mesyuarat telah memutuskan untuk mengadakan majlis yang ulung kalinya pada 29 Oktober nanti. Aku ditugaskna untuk mencatat butiran penting oleh si gila tu. Macamlah aku tak tahu. Meluat betul aku. Kawan-kawan dari Jabatan lain kutuk-kutuk si gila tu. Aku tukang gelak saja.


 
Aku makan tengahari dengan Hadi di Warung Pak Abu Kuala Selangor. Makan ikan keli bakar. Masa nak bayar tu tiba-tiba ada kontraktor yang kenal kitaorang tolong bayarkan. Apalagi sengih-sengih sampai telinga lah. Dalam perjalanan balik tu, di depan persimpangan Ijok dekat petronas ada orang jual durian. Apalagi kitaorang layan durian 2 bijik dulu. Lepas tu baru jalan balik office semula. Sampai office masing-masing tahan sendawa. Kang kot sendawa kang satu floor boleh bau. Sah-sah kena marah nanti.

Isnin, 12 Oktober 2009

AKU TENGAH BENGANG






Hari ini aku datang kerja dengan hati yang panas. Kes hari Sabtu kena ’sound’ dengan boss yang ’gila’ masih menghantui. Tahap bengang aku sampai tak boleh nak tengok dia walau bayang dia sekali pun. Aku pernah kena marah lebih teruk lagi sebelum ini. Dengan Pengerusi Eksekutif, Pengarah Eksekutif, dan Pengurus Besar aku boleh selamba sahaja. Tetapi dengan Manager yang seorang ini aku cukup hangin. Sekurang-kurangnya yang pernah marah aku tu, boleh lah dikatakan nampak cerdik walaupun apa yang ditanya tu bangang sangat. Tapi yang ini dah lah tak berapa nak cerdik soalan pun tahap bangang yang terkeji. Aku kena buat sesuatu yang cukup luar biasa sekarang ini. Tapi buat masa nih, langkah pertama aku kena bangit dari kejatuhan ini. Rasanya dah lebih 6 bulan aku membiarkan diri hanyut dan hampir-hampir mengalah.




SEJAUH MANA KITA BOLEH MEMILIH




Dalam hidup kita seharian, setiap aktiviti dan cara hidup mengkehendaki kita membuat pilihan yang bijak untuk diri sendiri. Contohnya, bukak saja mata capai tuala mandi. Pernah ke kita perasan berapa lama kita memperuntukan masa memilih sebelum membeli tuala tersebut. Sesuai ke dengan kulit kita ini, apa pula jenis kainnya, warnanya luntur ke tidak bila basah nanti. Yang kita nampak hanya pandangan kasar, tengok di signboard Offer rm 9.90. Masa tu berlumba-lumba nak beli. Memanglah kita nih bukanlah orang-orang senang, tapi kita tak bolehlah sembarangan. Hidup ini sebenarnya biarlah cerewet sikit. Tapi janganlah melampaui batas sampai meloyakan sesetengah orang pula.

Jumaat, 9 Oktober 2009

PENILAIAN PRESTASI MUSIM KEDUA TAHUN 2009






Hari ini, jam 9.00 pagi boss aku yang muka tahap-tahap babun sesat tu jerit kat aku suruh buat appraisal dan 9.30 pagi bagi kat dia. Semua orang dalam Jabatan ini tengok-tengok kat aku. Bengang gila aku dibuatnya. Senior Executive cepat-cepat panggil aku dan menunjukkan cara nak isi borang tu. Part yang paling best dia cakap, ko buat pakai pensel jer lepas tu terus bagi kat orang gila dalam tu. Hahaha aku gelak besar.

Aku sudah bekerja lebih 7 tahun, ialalah sejak 15 ogos 2001. Walaupun tempat berbeza borang appraisal tu tetap lah sama. Job scope aku memanglah lain, sebab aku ni photographer dan event coordinator. Dalam appraisal tu masih dikekalkan. Bahagian ini tidak boleh ditunjukkan kepada kakitangan. Aku memang tak harapkan markah yang tinggi dan aku pun dah berputus asa untuk bekerja keras dan hidup mati untuk syarikat ini. Yang kaya bertambah kaya yang miskin tetaplah kakitangan syarikat. Aku pernah naik gaji sebanyak RM44. Aku kira-kira isi minyak motor aku sebulan pun dah lebih dari itu.

 

Sebenarnya tak baik kita sebagai kakitangan mendoakan kecelakaan untuk orang lain apalagi boss dan majikan ditempat kerja. Di sebabkan sakit hati aku ni sudah tahap melampau kroniknya aku doakan hidup mereka-mereka yang menganiaya kakitangan seperti aku ini hidup tak akan aman. Walaupun tidur baring diatas kemewahan, biarlah tidur baring itu hilang nikmatnya. Aminnn

Khamis, 8 Oktober 2009

HUSNUZH ZHAN (berbaik sangka)


"Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara satu muslim dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka).




Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6



Manfaat Berbaik Sangka

 Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.


Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.




Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.



Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

 Ruginya Berburuk Sangka


Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.



Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12


Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi



Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda : "Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari


Larangan Berburuk Sangka



Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.



Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan. Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).


Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku



"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "



Aku petik daripada email yang dikirimkan daripada seorang sahabat di pejabat lama. Pada aku lah, seharusnya kita berusaha kuat untuk menghindar dan tidak memberi peluang kepada orang lain untuk bersangka buruk terhadap kita, apa lagi berkata yang tidak baik. Degan erti kata lain jagalah penampilan dan cara hidup. Kalau hal-hal ranjang pun tanpa segan silu nak diceritakan kepada orang ramai, dah tahap kritikal betul kebodohannya. Ditambah pula statusnya ’anak dara’, kan itu boleh mendatangkan syak kepada orang lain. Dan ststus kedaraan haruslah diragui.

Rabu, 7 Oktober 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA JABATAN


Hari ini aku nak test lokasi untuk mengambil gambar raya Jabatan. Tak pasti lagi kat mana boleh di deco kan. Semua tempat nampak tak cantik saja. Aku dan beberapa orang kawan di Jabatan ini sedang berusaha membuat deco yang tercantik mungkin. Aku berhasrat untuk menggunakan backdrop majlis hari raya tahun lepas di pejabat lama. Nasib baik masih dalam simpanan aku lagi. Tapi masalah besar pulak. Backdrop itu sudah terlipat-lipat. Jadi aku kene fikirkan cara macam mana aku nak menghilangkan lipatan-lipatan tersebut. Dalam kepala aku nih tak ada lah ingat lain, iron sajalah. Tiba-tiba saja aku jadi tak tahu nak buat apa. Satu-satunya iron yang ada di sini rosak pulak. Mati kutu aku begini.

Isnin, 5 Oktober 2009

PROGRAM KAD HIJAU CIDB




PELAN PERLINDUNGAN PERSONEL BINAAN BERKELOMPOK



Personal binaan yang memiliki Kad Hijau yang sah akan diberikan perlindungan di bawah Pelan Takaful Personnel Binaan Berkelompok CIDB. Pelan ini adalah merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan konsep Hibah (Pemberian/Hadiah) yang mana pembayarannya tertakluk kepada budibicara dan pertimbangan CIBD. Ianya bertujuan untuk memberikan sumbangan kepada personnel binaan yang ditimpa kemalangan atau kepada keluarga (penama) jika berlaku kematian. Ianya juga adalah selaras dengan dasar kerajaan dalam mewujudkan budaya masyarakat penyayang dan prihatin.


Perlinduangan ini terhad kepada pemilik Kad Hijau yang mencapai umur genap 16 tahun hingga genap 65 tahun sahaja. Masa perlindungan adalah 24 jam (termasuk luar waktu bekerja) dan meliputi seluruh kawasan di dunia. Amaun manafaat adalah seperti berikut :

Kematian akibat kemalangan RM21,000.00
Kematian akibat sakit RM3,000.00
Belanja Pengkebumian RM 500.00
Keilatan kekal akibat kemalangan RM 18,000.00 (maksima)
Keilatan kekal seluruh badan akibat sakit RM 3,000.00
Manafaat wad hospital RM25.00/hari (maksimum 30 hari)




Tuntutan dibuat oleh pemilik/penama yang sah menggunakan borang UPPT-1 dengan lengkap. Tuntutan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian. Kejadian/kemalangan berlaku semasa kad hijau masih sahlaku dan umur kurang dari 65 tahun. Kejadian berlaku bukan akibat dari pemilik kad hijau melanggar mana-mana peruntukan perundangan negara atau mana-mana negara.
 Oleh itu, pemegang kad hijau dinasihatkan menjaga keselamatan dan kesihatan baik semasa bekerja atau pun di luar waktu bekerja. Pihak CIDB berhak menolak mana-mana permohonan yang diragui atau tidak memenuhi syarat-syarat tuntutan.


Aku telah menghadiri program tersebut hari ini. Bertambah juga ilmu pengetahuan. Nasib baiklah penceramah itu boleh dikategorikan best. Kalau tak best dah lama aku tidur. Hahaha.

Hari ini hari yang best. Hehehe

Sabtu, 3 Oktober 2009

BERKERJA PADA HARI SABTU YANG CUTI





Hasrat untuk memancing hari ini terbatal di saat-saat akhir kerana terpaksa menyelesaikan isu-isu bajet untuk tahun 2010. Jabatan aku seperti tidak bercuti hari ini.Rata-rata eksekutif datang berkerja. Bezanya cuma hari ini boses tak ada. Tenteram sikitlah nak menatap komputer ini. Kalau dia ada, sekejap-sekejap keluar masuk bilik saja lah jawapnya. Aku telah berjaya menyudahkan SWOT bajet bersama kawan-kawan satu unit tadi. Aku mencuri masa untuk membuat laporan bulanan yang akan dikeluarkan minggu hadapan. Nama aku telah tersenarai untuk menghadiri training yang dijadualkan oleh Jabatan Latihan Isnin nanti. Bosannya hidup mendengar orang bercakap seharian.




Hari ini aku punch in jam 8.46 pagi bermakna jan 12.46 nanti bolehlah balik nak cukupkan 4 jam barulah boleh claim rm 70. Nak cari duit lebih sikit. Semalam dan hari ini aku overtime. ’patutlah kat luar mendung, ada orang stayback hari ini’ cehhh ayat power daripada kawan-kawan rapat cukup makan dalam. Iyelah aku manalah pernah balik lambat. Sesali-sekala balik lambat semua orang pelik. Hahahaha...


MAK BUAT OPEN HOUSE



Sedihnya hati bila dapat tahu mak buat open house dikampung hari ini. Biasanya walau sebok macam manapun aku akan menjengah. Tapi tak apalah Anun balik kampung mewakili aku. Aku harap akan ada lauk-lauk dari kampung nanti. Itu hari masa aku tanya, Mak cakap tak jadi, alih-alih jadi pulak. Pelik betul.

Jumaat, 2 Oktober 2009

MESYUARAT BAHAGIAN UNTUK EKSEKUTIF




Hari ini terpaksa menghadiri mesyuarat Bahagian dengan Pengurus Besar Kanan. Agak-agaknya ada ke orang yang berminat dan sentiasa bersemangat untuk menghadiri apa juga mesyuarat ya? Pada akulah mesyuarat-mesyuarat ni tak perlulah dibuat berjadual sehinggakan tak ada apa nak dicakapkan pun nak buat mesyuarat. Cukup membuang masa kan. Sepatutnya panggil saja orang-orang penting untuk bertanya kan status sesuatu projek, itu sudah memadai. Biarlah Eksekutif cabuk seperti aku ini menyudahkan kerja-kerja lain. Entahlah aku tak faham sungguh dengan budaya kerja di sini. Tapi kalau ada tawaran di tempat lama pun aku dah tak ada hati.







Hari ini aku tak ada mood nak buat apa-apa pun. Janganlah ada sesiapa yang cuba-cuba salah cakap. Aku cepat naik angin.






BALIK KAMPUNG & MEMANCING IKAN







Memandangkan esok adalah cuti sabtu minggu pertama, aku berhasrat untuk balik kampung sahaja. Anun awal-awal lagi dah ajak memancing di Kuala Selangor. Tak kisahlah. Apa-apa pun boleh.