Jumaat, 28 Ogos 2009

Hari yang lembab

Hari ini hujan lebat dari aku bangun sahur lagi. Enaknya tidur pagi tadi sehinggakan aku malas-malas sahaja bangun. Lepas subuh hujan masih menggila. Macam manalah aku nak ke office. Agak lama aku tunggu akhirnya aku terlelap dan sedar-sadar sudah jam 9.30 pagi. Aduhhh kalut dibuatnya. Moral of the story jangan tidur lepas solat subuh.

Aku sampai office jam 10.00 pagi. Wahhh macam CEO pulak aku.

Hari ini aku terima email dari seorang teman yang menyenaraikan 27 hotel yg mendapat pengesahan halal JAKIM. Mudah-mudahan kita semua celik mata dan mengingatkan pada rakan2 dan pihak-pihak yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan sekerja muslim. Mudah-mudahan ramadhan ini adalah ramadhan yang diberkati.

Untuk tahu senarai hotel-hotel tu sila lah ke website JAKIM.

Malaysia negara Islam tapi pelik kan, kenapalah hal haram halal ni pun boleh dipandang remeh. Pihak-pihak tertentu sepatutnya dah lama celik dari kebutaan dunia. Malaysia Boleh!!! BOLEH SANGAT LAH TU.

Khamis, 27 Ogos 2009

Van oh Van!!!

Hari ini aku nekad nak repair van vanette tu. Dia mula meragam dah. Maklumlah beli pun dah uzur benar. Tapi tak apalah daripada aku hayun si WIRA tu ke pasar malam & bazar baik lagi aku bawak jer si vanette hijau tu. Timming si hijau terlalu rendah dan mati-mati je. Brake pun tak makan sangat sampai ada orang tak berani nak bawak lah. Hand brake pun tak kuat dah. Selalu aku spare kan kayu untuk sendalkan tayar. Takut juga kalau aku tengah asyik mengoreng tiba-tiba si hijau tu bersiar-siar sendiri. Hihihi. Kata makanik tu kene bukak karburator. Entah lah aku pun bukan lah arif sangat pasal enjin ni. Setakat sikit-sikit tu boleh lah.

Hari ini aku sedang berusaha untuk mendapatkan time off selama 2 jam. Sampai-sampai sahaja di office aku diberitahu "boss tak masuk office hari ni". Alamak macam mana ni.

Hari ini tak mengantuk seperti semalam. Atas motor pun boleh nak pejam-pejam. Tadi berselisih dengan kawan pejabat lama. Bukan main lagi dia melambai-lambai dengan senyuman. "ikhlas ke lambaian dan senyuman tu" aku bercakap sendiri. Teringat semula cerita diantara aku dan group yang suka sangat mengutuk aku tu. Termasuk lah budak yang melambai tadi.

Dalam duni ini, kita tak boleh nak percaya pada orang sangat. Lain lah kalau kita kenal hati budinya. Depan bukan main baiknya, belakang hanya ALLAH yang boleh mangampun dia.

Dari kejauhan ini aku berdoa, mudah-mudahan "group geli-geli tu" lekas sedar dari mimpi-mimpi sebelum segalanya terlambat.

Rabu, 26 Ogos 2009

Hari yang gembira

Semalam aku sampai rumah lebih kurang jam 4.45. Kalut ribut betul aku, ye lah nak bersiap-siap ke bazar lagi. Sampai saja di rumah segala kalut ribut tu hilang bila nampak abah tengah berbaring depan tv. Wahhh rombongan mak abah buat kejutan untuk aku. Bulan puasa aku tak dapat balik kampung berbuka bersama kerana meniaga, mak tukar jadual nampaknya, dia yang datang sini. Huhuhu serunok betul.

Tapi aku tetap berbuka di tapak berteman kan cahaya lampu jalan dan suramnya cahaya bulan yg jauh. Tapi balik rumah belasah tak ingat. Mak bekalkan aku dengan 'murtabak dari Pekan kecil BEHRANG' best betul. Rasa macam aku berada di kampung sahaja.

Hari ini aku mengantuk betul. Masa memadu motor ke tempat kerja pun aku sempat terkhayal. Nyaris-nyaris tertidur. Bahaya sungguh kan.

Selasa, 25 Ogos 2009

Internet office yang lembab

Hari nih merupakan hari gaji. Awal pagi lagi dah dengar orang happy-happy cakap dah ada dah, dah ada dah... aku rasa itu membawa maksud GAJI DAH MASUK.

Tapi aku tak dapat nak check sebb internet kat sini lembab tahap siot. Terpaksa lah aku dengan rendah diri memintak seorang sahabat yang bermurah hati memindahkan duit-duit yang ada untuk bayaran hutang bulanan macam biasa. Aku harap kawan baik aku nih cukup betah untuk melayan karenah dan kesukaran aku ketika ini.

Hari ini merupakan hari yang ke 4 umat islam berpuasa. Suasana Aidil Fitri masih jauh. Aku berdebar-debar tak tentu hala pula. Ishh