Selasa, 1 Disember 2009

OH MALAYSIAKU

KUALA LUMPUR - Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista membuktikan bahawa Malaysia masih di hatinya dengan mengadakan persembahan bertenaga di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, semalam.



Walaupun sebelum ini konsert Inul yang sepatutnya diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru, pada Julai tahun lalu dibatalkan namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk datang ke negara ini.



Malah persembahan Inul di KL Live itu berjaya memukau hampir 5,000 penonton yang hadir. Pada persembahan tertutup percuma yang dikhususkan kepada tenaga kerja Indonesia itu, Inul yang terkenal dengan aksi goyang gerudi 360 darjah kelihatan bersemangat dan gembira kerana akhirnya berpeluang untuk menghiburkan peminatnya di Malaysia.


"Apa khabar anda semua di Malaysia? Saya sangat gembira untuk beraksi di sini untuk anda semua," kata Inul. Berpakaian kuning keemasan, Inul kelihatan sopan tetapi bijak membawa penonton menari dan gelek bersamanya pada persembahan selama 40 minit anjuran Mandiri Remittance (Perkhidmatan Kiriman Wang Ke Indonesia).


Inul menyampaikan tujuh buah lagu popularnya termasuk Goyang Inul dan keadaan di dalam Life Centre terkawal tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. Namun, keadaan sedikit kelam-kabut sebelum persembahan yang turut disertai oleh kumpulan Dewa 19 bermula sekitar pukul 3 petang apabila penonton bersesak-sesak memasuki ruang dewan persembahan. Sumber KOSMO 30 November 2009

Huhuhu MALAYSIA BOLEH!!! Apa pun boleh. Nak buat macam mana kan, nama saja NEGARA ISLAM, setakat gelek gerudi si INUL tu apalah sangat. Kalau nak dibandingkan dengan bapak-bapak haruan yang boleh mengelek dan mengerudi anak sendiri di MALAYSIA ini. Itu belum lagi bapak-bapak ayam yang dah puas mengelek anak-anak ayamnya termasuklah anak-anak nyahnya kan. Ada Pejabat Agama pun bukan sedikit, setiap negeri ada tapi serupa macam tiada saja. Hendak menegakkan yang BENAR pun kecut telo. Kena bertanya kepada orang besar yang tidak mengamalkan cara hidup orang Islam pula. Aku berani mengatakan ini kerana melihatkan sikap BININYA yang layak dipanggil SUAMI kepadanya. Anda pasti mengerti. Hmm MEMANGLAH hancur MALAYA yob!



Kita kan gah mengamalkan budaya 1 Malaysia. Layan sajalah. Kita ada kuasa ke nak cakap itu dan ini. Dah kita yang memilih pemimpin yang lebih cenderung kepada pesta-pora yang berbentuk hiburan zahir dan batin terutama bila ada pula betina gedik dengan berbaju tetapi seperti bertelanjang, lepas tu cakaplah 'kelihatan sopan' dengan pakaiannya itu. Kelihatan sopan diranjanglah agaknya.


Cakap pasal HALAL dan HARAM ini, memang orang kita (MELAYU dan ISLAM) JUARA. Berzina hingga melahirkan zuriat luar nikah, orang kita. Merogol anak dan cucu sendiri pun orang kita. Merompak dan meragut, kebanyakannya orang kita. Ditangkap minum arak pun orang kita. Ditangkap hisap DADAH lagilah orang kita. Semualah orang kita yang membarisi carta tertinggi. Cuma yang aku belum dengar ORANG 'MELAYU ISLAM' DITANGKAP MAKAN BABI. Entah-entah ada, tapi media tak mahu ambil kisah sebab bukan berjaya menarik minat orang untuk berbunuh-bunuhan membeli akhbar mereka pun. Lainlah kalau ada gambar artis-artis kita yang pakai baju tidak cukup kain terkangkang dimuka depan. BAGUSLAH tu BAGUS-BAGUS...