Sabtu, 12 Disember 2009

MAS KAHWIN MAHAL TAMBAH JUMLAH ANAK DARA TUA

KOTA BHARU - Kenaikan kadar mas kahwin hanya akan menambahkan bilangan kaum wanita menjadi anak dara tua.

Itu pendapat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuat kuasa 1 Januari 2010.

"Saya pun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin termasuk hantaran bagi setiap anak saya.

"Tidak perlu sampai kepada keputusan peringkat kerajaan. Kamu hendak naikkan mas kahwin boleh tetapi kalau sampai menyusahkan si lelaki tidak bolehlah. Hendak cari duit empat, lima ribu bukan senang," katanya di sini semalam.

Kelantan adalah antara beberapa buah negeri yang tidak menetapkan sebarang kadar mas kahwin untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Menurutnya, langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi jumlahnya hanya lebih menunjukkan bersifat riak sehingga akhirnya membebankan pasangan lelaki.

Sumber KOSMO 12 December 2009.


Tahun 2010 merupakan tahun yang penuh MENGUJI JIWA setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Kenapalah kerajaan kita ini tegar sangat menaikkan serba serbi perkara yang bernombor. Aku masih tertunggu-tunggu pengumuman kenaikan GAJI untuk tahun hadapan. Kalau tidak setimpal dengan apa yang di naikkan aku akan turut serta mendoakan ’kecelakaan untuk orang yang MENYUSAHKAN itu’. ALLAH swt pernah berjanji doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan.



Aku bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh TUAN GURU. Ingat zaman ini senang sangat ke nak cari duit. Bukan sekadar mas kawin, hantaran yang bernombor pelik-pelik tu amatlah menyusahkan. Ditambah pula dengan tuntutan agama kita yang mengutamakan kesederhanaan supaya tidak berlaku unsur-unsur RIAK dan TAKBUR secara tidak sengaja. Sekarang sudah jadi ikutan, dengan riak keluar akhbar dan majalah-majalah hiburan bertajuk HANTARAN SI TUA BERMISAI LEBAT UNTUK SI HIPOKRIT JIJIK SEBANYAK 99999.9999.

Dikala mas kawin RM80 pun sudah ramai yang kawin pakai tabur dan kemudian buang anak merata-rata itu belum lagi yang nikah seminggu terus beranak, inikan pulak RM300. Sah-sah MALAYSIA tahun 2012 susah nak cari BAYI-BAYI HALAL. Hahahaha. Hendak ke jadi macam tu. Tunggulah sajalah balasan ALLAH swt lepas itu nanti.

AMBANG TAHUN 2010, ANAK DARA TUA DAN PERKAHWINAN.



Aku tak pernah terasa bila ada orang panggil aku ANAK DARA TUA. Iyelah bila usia sudah 35 SEN ni semua orang akan beranggapan yang kita ini sudah berkahwin, tapi hakikatnya tidak. Pernah juga Mak aku tension dan terkeluar jugak antara soalan cepu emasnya ’Ko ni PONDAN ke apa tak kawin-kawin?’. Aku hanya diam. Tiada kuasa mempersoalkan perkara itu. Dia yang melahirkan aku, dia pasti tahu aku ini pondan ke tidak.

PERLU ke sebuah PERKAHWINAN itu? Untuk melengkapkan ugamaku sebagai UMAT MUHAMMAD, itu memang aku tahu. TAPI di ZAMAN ini, apa sebenar maksud sebuah perkahwinan.

Buat masa ini erti PERKAHWINAN pada aku adalah merupakan satu perjudian hidup yang mana menguntungkan sebelah pihak sahaja. Melalui apa yang pernah aku tengok sendiri dengan mata aku ini. Aku bukan dilahirkan untuk itu. MAAFLAH ya. Dia berlazat-lazat depan TV sambil merokok kemudian dengan biadap order teh o ais sedangkan orang yang di dapur itu sedang lintang-pukang dengan anak kecil yang merengek-rengek, mencuci pakaian kerja yang tadi sudah dipakai dan memasak untuknya, kemudian cakap orang dapur itu PEMALAS bila teh o aisnya lambat dihidangkan. PERKONGSIAN HIDUP ke tu?. Cehhh itu belum lagi duit GAJI BINI pun dia sebat untuk menampung makan minum sekeluarga. Hmmm memanglah aku TAK NAK KAWIN kalau macam ini caranya.