Isnin, 7 Disember 2009

FELDA GEDANGSA DULU-DULU PART II

Dulu Abah rajin bercerita pada kami adik beradik, dia pun pernah tercerita dekat kami pasal tapak rumah yang kami duduk tu. Dia cakap tapak rumah tu adalah laluan Encik Bunian. Alamak cuak gila aku masa tu. Pastu dia cakaplah yang bunian ni tak kacau orang kalau orang tak kacau dia. Abis tu yang dia buat umah tengah jalan dia tu buat apa kan. Ish-ish. Dia pun cakaplah yang laluan itu sudah dialihkan. Macam mana ia dialihkan aku pun tak tahulah. Tapi tak adalah panggil orang-orang JKR menyodok segala untuk buat laluan baru. Hehehe




Patutlah dulu masa aku kecik-kecik kalau aku terjaga tengah malam selepas jam 12. Mesti aku terdengar bunyi orang main kompang. Kadang-kadang bunyinya bergerak-gerak macam orang tengah mengiringi pengantin. Ada jugak yang aku dengar dia lalu diatas bumbung. Disebabkan aku ni penakut yang teramat, aku biasanya menyelesaikan masalah aku ini dengan menekup muka aku dengan bantal. Kadang-kadang sampai lemas pulak. Nasib baik tak mati. Kakak-kakak aku yang lain semua tidur nyenyak, nak bergerak untuk gerak kan dorang pun aku tak berani takut orang tu nampak aku tak tidur. Kui kui kui



Korang tahu tak pelesit?. Pelesit ni menyerupai belalang. Diceritakan oleh orang binatang ini merupakan belaan orang juga. Bila tertangkap kita akan tahu tuannya siapa sebab muka tuannya akan menjelma di muka binatang tu. Dulu masa Abah duduk di Sg Hj Dorani, adik dia dan abang dia mati kena gigit binatang ni masa kecik-kecik. Yelah rumah bendang pun terlopong sana sini, jadi binatang ini senang saja masuk rumah. Embah bendang pernah acukan parang dekat leher tuan pelesit ini. ’Kalau anak aku mati, engkau mati sama.’ Uikk seram betulkan. Abang dan adik Abah tetaplah mati dan orang tu pun pindahlah sebab dah malu. Ganas betul binatang ni. Hobi dia suka berbunyi bila time dekat-dekat nak maghrib tanda kehadirannya. Aku tak pernah pun tengok Abah tangkap benda ini. Yang selalu aku tengok abah bakar cili kering dengan kulit bawang untuk menghalau binatang ini. Abah cakap nanti mata dia sakit dan pergi. Yalah agaknya sebab lepas kerja-kerja membakar bunyinya sudah tidak kedengaran.





Aku paling suka kalau terjaga dah dekat-dekat nak subuh. Bunyi persatuan ayam berkepak dan berkokok bersahut-sahutan macam satu Gedangsa saling berbalas, cukup mengusik jiwa. Sekarang bila aku balik kampung, aku tak pernah dengar lagi senario begitu. Agaknya semua orang sudah tiada membela ayam kampung. Iyalah masing-masing sudah tua dan tak larat. Entah-entah generasi ayam sekarang ini sudah liat-liat nak bangunkan orang untuk subuh. Orang sekarang masing-masing sudah maju, bukan setakat ada jam loceng, handphone pun dah ada alarm kan. Jadi khidmat encik ayam sudah tidak digunapakai lagi. Hahaha