Rabu, 2 Disember 2009

BAYANGAN KIAMAT DALAM FILEM 2012


Semalam aku sempat menyaksikan filem 2012 dirumah. Aku ringkaskan cerita itu sebagai bayangan kiamat dimata MAT SALLEH. Pada akulah KIAMAT MEREKA itu kurang dasyatnya, tidak seperti apa yang telah dijanji ALLAH swt didalam al Quran dan al Hadis. Rajin sungguh kaum yang DILAKNATI ini membuat research segala berkenaan hari kiamat. Tapi sayang sungguh mereka tidak pernah mahu beriman dengan ALLAH.




Cerita berkesudahan seperti cerita Nabi Noh a.s dengan bahteranya yang pernah diceritakan oleh seorang ustaz yang menceritakan kisah-kisah NABI dan RASUL kepada kami di sekolah TADIKA.


Nabi Noh a.s telah mengajak kaumnya untuk beriman dengan Allah swt. Walaubagaimanpun kaumnya itu ingkar, kerana keingkaran kaum tersebut Allah telah mengutuskan supaya dibina bahtera di atas bukit di dalam musim kemarau. Walaupun ia merupakan perkara yang tidak masuk akal, ianya tetap dilaksanakan oleh baginda dengan akurnya kerana ia adalah perintah yang datang daripada Allah swt. Perintah Allah memang tidak boleh disukat oleh akal manusia.



Walaupun bahtera yang dibina baginda jauh dari kebanyakan manusia dan langsung tidak mengganggu sesiapa, orang yang tidak beriman tetap merasa sakit hati dan tidak senang dengannya. Maka berlakulah banyak gangguan semasa proses pembinaan bahtera tersebut. Walaupun mengikut logiknya bahtera tersebut tidak mungkin siap kerana berlakunya banyak gangguan, akan tetapi bahtera tersebut tetap siap kerana ia merupakan perintah dari Allah. Apabila Allah swt memerintahkan sesuatu tentulah perintah itu terlaksana.



Selain kebencian segolongan umat yang tidak beriman dengan Allah, mereka memaksa orang lain untuk turut membenci baginda, dengan mengarahkan agar mereka berak dan kencing di dalam bahtera baginda sehingga diriwayatkan bahawa tidak ada suatu ruang pun di dalam bahtera tersebut yang tidak terkena najis. 


Dengan kuasa Allah swt umat Nabi Noh as telah ditimpa wabak penyakit kulit yang kronik sehinggakan tiada ubat pun yang berjaya menyembuhkannya. Seorang anak muda yang buta dan penuh dengan penyakit kulit, tergesa-gesa masuk ke dalam bahtera baginda untuk membuang air. Orang buta itu telah terjatuh ke atas najis yang ada di dalam bahtera tersebut. Selepas peristiwa itu didapati penyakit kulitnya sembuh. Apabila ditanya, orang buta itu memberitahu bahawa najis di dalam bahtera Nabi Noh itulah yang telah menjadi ubat penyakitnya. Orang ramai yang tahu tentang berita tersebut berebut-rebut mengambil najis di dalam bahtera baginda sehingga behtera tersebut menjadi bersih kembali.

Bila banjir besar menyerang negerinya, seluruh umat yang ingkar itu telah ditengelamkan bersama bukit bukau. Hanya mereka yang beriman dan binatang-binatang yang menaiki bahtera telah terselamat. Dikatakan isteri dan anak-anak Nabi Noh sendiri ditenggelami air kerana enggan menuruti baginda.

 
FIRAUN DAN NYAMUK TEMPANG


Ada satu cerita lagi, masa tu aku di sekolah rendah rasanya. Ada seorang Cikgu bercerita pasal FIRAUN. FIRAUN adalah gelaran untuk raja-raja di MESIR dulu-dulu. Tidak pulak di nyatakan Firaun yang mana satu. Bala tenteranya beratus-ratus ribu orang menjadikan dia sombong, kejam dan tidak beriman kepada ALLAH swt. Semua penduduk mesir gerun akan si Firaun ini. Bila dia melewati sesuatu kawasan itu, tiada siapa pun yang berani angkat muka kepadanya. Angkuhlah sangat. Oleh kerana terlalu angkuh, ALLAH swt telah menghina si Firaun ini dengan menghantar seekor nyamuk tempang untuk menyerang si Firaun ini. Nyamuk itu tidaklah mengigitnya pun, tetapi dia merayap masuk melalui hidungnya terus ke otak. Sakitlah kepala si Firaun ini dengan serangan si nyamuk tempang yang berada di dalam kepalanya.



Kerana tidak tahan sangat dengan serangan nyamuk itu, si Firaun telah meminta semua rakyatnya berhimpun dan menyuruh rakyatnya mengetuk kepala baginda dengan kasut mereka. Akhirnya firaun itu mati.


Aku tidak pasti sejauh mana kebenarannya cerita ini. Agaknya cikgu itu sengaja mereka cerita ini supaya kitaorang diam dalam kelas. Tapi cerita ini cukup terkesan dan aku ingat sampai sekarang, hebat jugak cerita-cerita begini ya.


p/s: Sumber gambar dari internet