Khamis, 3 Disember 2009

ABAH MASUK HOSPITAL


Semalam jam 12 tengahari aku dikejutkan dengan berita oleh Mak Mok. ”aku nak bawak abah ke Hospital Slim River, kaki dia bengkak, beso gile. Tak jadilah aku overtime hari ni”. Macam orang gila aku call sana sini nak tahu tahap seriusnya.



Hari ahad sebelumnya aku, Mak dan Abah pergi ke rumah Embah. Ambik mesin basuh dan periuk belanga yang dipinjam bibik masa memasak Raja Haji tempohari. Sambil tu aku panjatlah pokok rambutan yang aku tanam tu dan memetik buahnya. Abah dengan Mak hanya mengutip dibawah. Penat jugaklah. Dahan-dahan yang aku potong tu abah yang tarik dan buang di belakang rumah. Banyak kali ulang alik agaknya tu yang kakinya mula sakit.


Dah petang tu aku dah bersiap-siap nak balik. Dia packingkan rambutan dalam guni elok-elok siap sembat dengan tali rafia lagi. Yang ini untuk Kak Ida (dalam guni beras Nasional), ko singgah Rawang nanti, kesian dia tak balik Raya tadi. Yang ini ko bagi kat JAJA (dalam guni tepung Mak). Yang ini ko bawak balik (dalam guni beras super).” Aku tengok ada tiga guni semuanya. Tiga guni kecik aje. Hahaha



Tiba-tiba dia cakap nak ikut aku balik dan nak singgah rumah aku di bukit beruntung tu. Aku layan sajalah, janji yang bawak kereta Iswara aku tu bukan dia. Bapak aku nih kalau bawak kereta kalau boleh nak drift-drift saja. Bising si Emi asyik kena tukar brake pad. Masa kat rumah aku tu, aku perasan jugak dia asyik terjaga dari tidur dan mengurut kaki kirinya. Tapi disebabkan mengantuk aku ni tahap maksima aku tidur saja. Esoknya kan Isnin, aku kerja.


Beberapa bulan dulu,(dalam 6 bulan lebih kurang) Abah masuk kebun. Oh ya bapak aku ni kerja dengan FELDA ala-ala mandur gitu. Memerhati si NEPAL dan si INDON ni bekerja memetik buah sawit. Tiba-tiba Abah rasa nak terkencing sangat-sangat dan tak sempat nak balik ke rumah dah. Dia pun carilah port untuk kencing. Jumpalah satu tempat tu, apalagi dia pun kencing lah. Selang beberapa hari tu, kaki kirinya bengkak, warna kemerahan dan berdenyut-denyut. Mak bawak Abah ke rumah satu orang jawa ni WAK Wahed namanya (aku panggil Wahed Pendekar). Dia cakap abah terkencingkan ’tempat orang’ (rumah bunian). Tak lama tu bengkaknya surut tapi dia membusuk beberapa ketika dan lebih kurang sebulan baiklah balik.

Kali ini aku tak tahu pulak kenapa. Kalu ikut doktor, dia cakap kena jangkitan kuman. Entahlah. Orang lama-lama ni banyak sangat dia punya ’penjaga’. Bapak aku ini entah ilmu apa yang dia pakai aku pun tak tahu. Suka sangat orang-orang halus ni dekat dia. Aku pernah sound dia, “abah kalau ada ilmu yang bukan-bukan tu baik buang. Kitaorang tak nak jadi waris kepad ilmu yang bukan-bukan tu. Kitaorang nih semua bab-bab agama bukanlah pakar sangat. Nanti jadi benda lain pulak.” Dia diam saja. Tak menjawap apa pun.