Selasa, 24 November 2009

TELUR DAN HOBI


Cerita dari sebuah negara Islam di Tanah Arab (aku tidak pasti negerinya). Lelaki tua berusia 97 tahun menulis keseluruhan al-quran di atas 8 biji telur. Tidak dinyatakan telur apa, tetapi aku menyifatkannya sebagai telur ayam ataupun burung unta saja. Tak akan pula telur unta dan biri-biri kan.



Kagum sungguh aku, orang kalau sudah sememangnya kreatif. Tidak kira usia, kreatif tetaplah kreatif. Usia 97 tahun masih mampu menekun menulis segala. Disini kalau usia yang sudah begitu, lain pula hobinya. Aku senaraikan beberapa kegilaan orang-orang tua yang pernah aku jumpa sepanjang hidup aku.



Orang tua pertama: Lokasi dijumpai, pejabat lama aku di ’WR’. Usianya belumlah 70 (rasanya lah). Orangnya katek-katek ayam serama saja. Kepalanya selapang padang golf terutama dibahagian depan, tetapi berjaya disembunyikan dengan gaya sikatan ala-ala Matt Romeo. Hobinya terlalu asyik terhadap perempuan-perempuan muda yang sebaya dengan cucu dia dan berambut ala-ala bulu jagung tua.



Orang tua kedua: Lokasi dijumpai, masih di pejabat lama aku. Orangnya pun saiz-saiz ayam katek juga. Berbini dua dan dengarnya sudah mencukupi kuota yang ketiga. Hobinya selain mengumpul kereta mewah, beliau juga mula berjinak-jinak untuk mengumpul perempuan-perempuan simpanan termasuk kakitangan sendiri. Itulah bahana duit sudah banyak, tak tahu nak buat apa.



Orang tua ketiga: Lokasi dijumpai, masih lagi berkisar di ’WR’. Orangnya tinggi sedikit dari ayam katek. Tetapi sedikit gelap, segelap hatinya. Kalau bercakap suka menekup mulut (mencium bau mulut sendiri). Hobinya, menjahanamkan hidup orang lain dan menyekat sumber rezeki orang-orang yang bekerja dengannya. Caranya adalah dengan tidak mengesahkan jawatan orang yang didengkikan(sebab orang ini baik dengan Chairman). Takut nanti Chairman tidak peduli dia sebab yang didengkinya rata-rata perempuan yang gebu-gebu belaka. Suka mengunakan perempuan untuk memancing si chairman.



Orang tua keempat: Lokasi dijumpai di pejabat aku yang sekarang ini. Saiz badannya biasa-biasa saja. Gaya berjalan tidak tenang dan lebih kepada gelojoh. Orangnya kurang senyum dan dimukanya sudah terpancar rasa curiga tahap maksima. Aku gelarkan dia ’orang gila’ aka ’OG’. Hobinya: melabel semua orang yang ada disekelilingnya bodoh belaka. Suka parking di tempat parking OKU walaupun parking lain banyak lagi kosong. Selain itu suka juga kepada perempuan yang lembut-lembut tetapi bertudung. Cehhh



Sebenarya aku sudah menyenaraikan lebih 10 hobi orang-orang tua yang pernah aku kenali. Tetapi bila aku baca semula rata-rata semunya sama saja. Kegilaan dan hobi mereka ini hanya kepada PEREMPUAN saja, amat menjelekkan. Yang ada rupa dengan yang tidak berupa pun sama saja. Tewas di dalam dakapan PEREMPUAN yang biasanya kita gelarkan ’perempuan gedik’.

 
Oleh kerana aku terlalu risau kegilaan aku terhadap kaum ADAM ini menyusut tahap peratusanya, jadi aku senaraikan hanya sebilangan kecil sahaja. Bukan untuk menjatuhkan kaum tersebut, tetapi untuk menyedarkan kaum HAWA supaya TIDAK TERKEJUT BERUK bila melihat suami sendiri bertukar hobi satu hari nanti. Terutamanya bila sudah kaya dan terlebih duit nanti. Dan untuk aku pula, supaya aku lebih bersiap sedia dengan kebarangkalian untuk melalui situasi jijik itu. Hahaha


Daripada senarai orang-orang tua yang diatas tadi, tiada satupun yang menjurus kepada kebaikan, semuanya kepada hiburan yang membuka jalan ke PINTU NERAKA. Apalagi untuk meluangkan masa menulis ayat suci al-quran di atas telur. Kebanyakkannya lebih suka perempuan-perempuan muda yang gedik-gedik itu menulis diatas telur mereka. Huhuhu. Seronok sangat ke hidup dengan berlazat-lazat seperti itu. Itu sajakah perkara yang boleh dibuat sementara menunggu maut menjemput. Rasanya banyak lagi perkara yang boleh dibuat. Contohnya: berkebun, walaupun hanya tanam serai dan cili di tepi-tepi rumah. Memelihara ayam dan itik, sekurang-kurangnya bila anak dan cucu balik adalah lauk pauk istimewa untuk dihidangkan. Menziarahi surau dan masjid 5 kali sehari(solat berjemaah lah). Menziarahi kawan-kawan yang sebaya. Membantu isteri membersihkan halaman rumah. Tengok-tengokan pokok bunga isteri, kalau dah layu-layu tu tolong siram atau membaja. Dan sebagainya lah. Bukankah itu lebih baik.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



Aku mula bercuti Rabu 25 - 29 November 2009(itupun ada orang GILA yang jeles). Hajat dihati hendak meniaga lemang di kampung, tetapi tengok dululah. Pembantu aku tengah sebok repair kereta orang. Kalau tak jadi meniaga aku memutuskan untuk membantu emak buat bahulu, ataupun menyapu sampah diluar sajalah. Maklumlah tapak rumah aku tu luasnya lebih setengah ekar. Banyak masa yang diperlukan untuk menguruskannya. Huhu... Selamat Hari Raya Korban...