Isnin, 16 November 2009

SI WIRA BERKAKI BARU


Semalam baru berkesempatan menukar ke empat-empat tayar setelah bertahun-tahun melenyeknya di jalan raya. Hahaha berhutang pulak aku kepda si pengores dan menung sebanyak RM740. Aku pakai tayar FALKEN 195/55/15R. 2 biji tayar tersebut dibuat pada Ogos 8 2009 dan 2 lagi pada tahun 2008. Itu pun si cina tu bukan main lagi suruh aku tukar itu dan ini. Tapi aku buat dol saja. Kenapalah dia tak suruh aku tukar kereta baru sekali. Kan senang. Tak payah aku hendak menukar apa-apa lagi. Mangkuk..



Ituari tukar gearbox yang sudah berkarat itu, RM996. Wah dalam masa sebulan ni aku berhabis RM1,736 untuk kereta yang aku bawak cuma 2-5 jam seminggu. Ini tidak boleh jadi, kena bawak kereta selalu ni.


PASAR MALAM

Semalam semua jualan aku habis. Sudah beberapa kali begitu, seronok bukan main. Balik pun awal saja. Sebelum jam 10 malam aku sudah berada dirumah. Nampaknya hujung minggu ini kena order lebih sedikitlah. Malam tidur pun lena saja. Letih tahap maksima dan cuaca pun yang ala-ala tidur dalam peti sejuk. Hari sabtu ini aku kena cari kuali yang lebih besar dari yang aku ada itu. Kuali yang ada sekarang ini tidak dapat mengoreng keropok dalam kuantiti yang banyak. Manakala pemintaan pelanggan sekarang bukan main lagi. Tidak sempat-sempat aku mengoreng dibelakang.




Aku belum berkesempatan menambah menu. Aku memang berhasrat untuk menambah pecal di dalam menu jualan kami. Disebabkan tukang buat kuah kacang yang power itu tengah tidak sihat, aku lupakan saja hasrat itu buat sementara ini. Hendak membuat sendiri, aku tidak berapa mahir. Aku pernah buat pecal versi sendiri, tapi aku sendiri rasa kurang powernya. Huhu.