Selasa, 3 November 2009

SAAT YANG KU IDAMKAN





Hari ini merupakan hari yang tenteram. Orang gila tu rupa-rupanya 3 hari tiada di office, ada kursus. Wahhh aku sungguh bersemangat. Semalam aku ingat dia mc, iyelah, boleh dikatakan aku ni, hari-hari doa dia kemalangan melanggar mana-mana tiang. Bawak kereta tak retinya perlahan, kereta Gen2 saja pun. Kalau bawak mini cooper aku ingat start saja terus terbang ke hospital dia ni.




Patutlah masa lalu di parking tadi tempat favourite dia (parking OKU) tu dah aada OKU lain parking. Hahaha aku memang tak pernah jumpa orang seperti ini dalam hidup aku. Tiada cacat cela tapi hendak sangat dicacatkan. Ehh adalah cacatnya dia nih. @@@ nya cacat. Sebab tu kitaorang tak nampak. Kalau dia nak tunjuk pun tiada siapa nak tengok. Huhuhu



Hari ini aku kena siapkan juga laporan bulanan yang tiga serangkai itu dan minit mesyuarat ituari yang dipengerusikan oleh orang gila tahap kronik tu. Aku boleh selesaikan hari ini rasanya.




Kalau tak hujan aku nak balik awal. Aku nak cari si jerry (tikus) yang sudah menceroboh bilik aku semalam. Sungguh tak puas hati. Ada adik jantan macho pun tak boleh nak diharap sangat, harap janggut saja panjang. Malam tadi siap dia terjerit-jerit terkejut sebab si jerry tu buat lintasan hormat di kakinya. Bila aku keluar dia dah berdiri atas sofa. Aku lah yang menghalau si jerry sampai depan pintu. Buka saja pintu ada kucing tengah baik punya baring depan pintu tu. Dah selamatlah agaknya si jerry tu jadi lauk.



Riuh rendah kedatangan boss baru sudah tidak kedengaran. Masing-masing sudah jemu bercerita barangkali. Dan terbaru aku dengar 'dia' dinaikkan pangkat bila berpindah ke sini nanti. Senang betul kalau boses tu perempuan. Kena pulak dia ada asset yang boleh dilihat tanpa perlu diselak-selak. Cepat saja naik pangkatnya ya. Aku ini saja yang masih begini. Gaji tak seberapa pun. Tapi alhamdullilah sangat-sangat, dengan yang tidak seberapa itulah aku boleh membantu ramai orang hingga ke hari ini.