Khamis, 19 November 2009

PERAGUT WANITA TERIMA PADAH

ALOR SETAR - Peragut biasanya dikaitkan dengan lelaki, tetapi semalam, seorang wanita berusia 45 tahun ditangkap di pasar sehari, Kota Sarang Semut kerana meragut rantai emas seorang kanak-kanak berumur 3 tahun.


Menurut beberapa peniaga di situ, kegiatan wanita tersebut telah lama diperhatikan sejak dilihat sentiasa berada di sekitar kawasan tersebut. Ibu kanak-kanak terbabit, Hamidah Ishak, 46, berkata, rantai leher anaknya, Afza Adlina Ibrahim diragut ketika sedang berbelanja di pasar sehari.


"Beberapa peniaga di situ memberitahu yang rantai anak saya diragut kira-kira pukul 11.15 pagi.


"Memang saya tidak sedar kerana orang terlalu ramai dan anak saya tidak pula menangis," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini.


Hamidah menambah, sebaik melihat rantai milik anaknya yang bernilai RM360 itu lesap, peragut wanita berkenaan telah pun ditangkap oleh peniaga di situ. "Semasa ditangkap, dia (suspek) terus membuang rantai itu dan mendakwa tidak mencuri rantai anak saya," katanya. Beliau difahamkan, wanita terbabit telah beberapa kali disyaki mencuri di situ tetapi sering kali terlepas. Oleh: shahnizam.omar@kosmo.com.my



Sesekali orang dapur keluar meragut kecoh satu MALAYA. Itu tandanya orang dapur ini sinonim dengan kelembutan dan 1001 kebaikan. Bukan KELEMBUAN walaupun dia pergi MERAGUT tau.



Sebenarnya tidak kiralah orang dapur ataupun orang kebun, kalau mengambil hak orang tanpa rela tu kita akan panggil PENCURI. Tapi korang perasan tak, kalau orang besar mengambil hak rakyat tanpa minta, kita panggil ‘korup’ saja. Adil ke?. Kenapa perlu diskriminasi walau hanya bahasa. Elok kalau kita panggil semua yang mengambil hak orang lain sebagai PENCURI.



Pencuri kecil-kecilan hanya ambil RM360 masuk akhbar kroni. Kalau pencuri besar-besaran curi duit rakyat berjuta-juta tu cakap untuk pembangunan di sana-sini tak ada pulak nak tulis, takut kena BOYCOTT. CITT PODAHH


Untuk KEADILAN dan jalan ke arah membina KERAJAAN RAKYAT yang lebih telus. Kita seharusnya mengkaji kenapa budaya LEMBU ini bermaharajalela sekarang. Ada orang mencuri untuk memberi makan kedua orang tuanya yang uzur dirumah. Tersentap jiwa kan.


Media pula suka sangat mengambil tajuk-tajuk yang panas untuk melariskan akhbar mereka. Kenapa mereka tidak pernah mahu menulis mengapa sesuatu kejadian itu bermula. Entah-entah makcik ini terpasa melakukan perbuatan itu untuk menyara keluarga. Maklum saja, zaman ini si LAKI selalunya lebih suka duduk melepak di kedai kopi tengok wrestling daripada mencari rezeki untuk keluarganya. Mahu tidak mahu si isteri dengan saki baki kederat yang ada mencari alternatif mudah dengan meragut kanak-kanak sebagai usaha untuk memberi sesuap nasi kepada anak-anak yang berderet dirumah serta suami yang biawak hidup itu.



Ditambah pula dengan kos sara hidup kian melambung tidak kira di bandar besar ataupun di hulu-hulu kampung. Semua orang sudah mula terasa kesan kenaikan barang-barang keperluan sekarang ini. Cukai itu dan ini pun mula melonjak. Sedangkan gaji untuk rakyat di MALAYSIA ini tidak pernah diambil peduli.


Hendak bagi BONUS tahunan pun bagaikan hendak berperang dengan kaum yang dilaknati. Apalagi kenaikan gaji dan penyelarasan, JANGAN MIMPILAH. Ditindas disana-sini. Ishh-ishh