Jumaat, 6 November 2009

LANGKAH PERTAMA KE DUNIA BARU


Semalam banyak sangat cerita-cerita seram di tayangkan. Aku memanglah tak minat sangat tengok cerita-cerita begitu dari dulu lagi. Hehehe bukan takut tapi segan amat. Abah pernah bagi tips untuk hilangkan ketakutan maksima yang aku selalu alami (terutama bila aku bermalam sorang-sorang sebab semua adik-adik kerja shif malam). Setiap kali lepas solat & berdoa, baca ayat kursi 3 kali (tadah tangan macam baca doa tu) lepas tu usap dari umbun-umbun sampai ke dada (hati). Insyallah berkesan.




Masa aku geledah pc dirumah cari gambar-gambar yang pernah aku ambil tu. Aku terpandang susunan buku perkahwinan yang berada di hujung pc. Wahh sapa pulak yang nak kawin ni. Agaknya si Arra kot. Owhh dah sampai seru barangkali. Mak pun dah lama suruh kitaorang cari pakwe. Iyelah bila umur dah 3 series ni semua orang resah bila masih bujangan, terutama si perawan. Banyak yang tak elok dari yang elok. Tapi kalau kawin tangkap muat jer pun lagilah banyaklah yang tak eloknya. Aku tak nak ambil risiko yang bergitu. Amatlah tak berbaloi.



CADANGAN HANTARAN




Aku sudah lama terfikir untuk berbuat demikian. Kalau betullah Arra dah dekat-dekat nak dipinang orang. Aku nak cadangkan pada Mak Abah untuk buat begini. Tak perlu bagi duit cash beribu-ribu sebagai hantaran tapi memadai dengan membelikan sekawanan lembu dan kambing betina untuk tujuan pembiakan sebagai ganti wang hantaran itu. Supaya nanti pasangan ini ada pekerjaan dan sedikit income lain selain gaji bulanan. Memanglah semua orang kalau boleh bila berkahwin tu, mengharapkan perkahwinan tersebut kekal hingga hujung nyawa. Andaikan tidak, sekurang-kurangnya taklah susah sangat hidup orang yang ditinggalkan dan kalau bernasib baik, akan jadi seorang penternak yang berjaya. Maka kuranglah peserta yang mendaftar untuk rancangan bersamamu. Hehehehe