Isnin, 2 November 2009

KERETA LEBIH 15 TAHUN MASUK PUSPAKOM



“KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun diwajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.


Peraturan itu yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah baru yang diperkenalkan dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata keperluan pemeriksaan mandatori itu adalah langkah awal ke arah pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV).



"Kini terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia lebih 10 tahun di jalan raya. Berbanding negara lain, Malaysia memiliki kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi.



"Buat masa ini, kerajaan membuat keputusan bahawa kenderaan yang berusia lebih 15 tahun wajib melakukan pemeriksaan bagi memastikan ia selamat dan boleh digunakan. Bagaimanapun butiran terperinci masih belum diputuskan lagi," katanya pada sidang media selepas membentangkan dasar baru hasil kajian semula NAP di sini, semalam.



Difahamkan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan untuk mewujudkan sistem pemeriksaan kenderaan yang lebih tersusun.”




Terbakar amat jiwa ini bila baca statement seperti itu. Pada pandangan akulah. Bagus kalau pemimpin kita ini dah berjinak-jinak buka mata untuk buat pembaharuan. Tetapi biarlah pembaharuan itu berpada-pada. Macam manalah generasi baru sekarang ini nak respek kepada pemimpin, kalau banyak keputusan-keputusan yang dibuat tu lebih banyak yang menguntungkan sedikit orang, tapi menyusahkan ramai orang.

 Pada pandangan peribadi akulah, keputusan seperti ini merupakan langkah pertama kearah rasuah yang lebih besar dan lebih kronik. Tak percaya, tengok lah nanti…



Boleh kalau kita hendak buat macam Negara jiran yang berada di Selatan tu. Jangankan 15 tahun, 5 tahun sekali tukar kereta pun boleh. TAPI BOLEH KAH KITA JADI SEPERTI MEREKA? slogan MALAYSIA BOLEH harus dihayati sepenuhnya oleh setiap orang yang mendiami bumi MALAYSIA ini. Jangan pulak nanti ada yang melaungkan sambil kembang-kembang hidung dengan penuh sinis BOLEH KE MALAYSIA. Hahaha sungguh mengaibkan.