Khamis, 5 November 2009

HARI YANG KUSUT




Pagi tadi aku telah diarahkan oleh ‘OG’ ke IKTBN Sepang untuk menghadiri mesyuarat perbincangan dengan pihak IKTBN. Program dijangka akan diadakan pada 3 Disember nanti. Jam 9 pagi aku dah bergerak ke sana bersama pemandu setia si Hadi.



Mesyuarat ringkas bersama Pengarah IKTBN berakhir jam 11.30 pagi. Sebelum balik semula ke pejabat aku sempat membelanja Hadi makan tengahari. Dalam kenazakan poket ini, aku tetaplah bermurah hati untuk membelanja kawan-kawan. Apalah sangat kalau setakat belanja dia yang tak sampai RM 10 tu kan.




Aku kena membuat semula formula-formula untuk data-data yang aku buat sebelum ini. Tension yang teramat. Tapi tak mengapalah, apa yang aku susah-susahkan hari ini akan memudahkan aku juga nanti.



Ini barulah aku ada kesempatan untuk update blog ini.



KERJA LEBIH MASA KAKITANGAN



Sepanjang bulan Oktober, boleh dikatakan aku kerap sekali melakukan kerja lebih masa. Ditambah pula faktor cuaca yang tidak mengizinkan aku balik tepat pada masanya. Hari ini timbul pula isu bahawa kami diminta mengisi borang kerjalebih masa dahulu dan mendapatkan pengesahan sebelum kerja lebih masa tersebut dibuat. Banyak cekadak betul boses disini. Kadangkala aku terfikir juga, nazak sangatkah syarikat ini hinggakan kerja lebih masa yang sebesar kuman pada Executive Chairman itu, hendak dikira sangat. Sepatutnya kurangkan perbelanjaan yang tidak berguna untuk para Director dan semua boses dulu. Agaknya ‘orang besar’ ni lupalah. Setiap satu ‘celaka’ yang keluar dari mulut kakitangan seperti aku ini adalah doa yang membawa sesusahan untuk mereka. Bayangkanlah sekiranya di sini sahaja kakitangan sudah mencecah 4 ribu orang, yang di sana pula hampir-hampir 2 ribu orang. Berapa ribulah ‘celaka’ yang dorang terima saban hari ya?. Itu baru seorang kakitangan. Kaum keluarganya lagi, Ibubapa, Adik beradik dan anak-anaknya. Perghhh tak ke ‘suwey’ hidup mereka ini sepanjang hayat ek.