Rabu, 11 November 2009

DUA PELAJAR GADAI NYAWA

Sumber : faizal.nazaruddin@kosmo.com.my



KANGAR - Dua daripada empat pelajar yang ponteng perhimpunan pagi di sekolah mereka di sini semalam nekad terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut menyebabkan seorang daripada mereka patah kaki kiri dan hidung berdarah.


Bagaimanapun, seorang lagi rakan mereka yang terjun tidak cedera malah dapat melarikan diri sebelum pelajar itu ditahan oleh guru. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 8 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis di sini. Empat pelajar dari tingkatan empat itu dipercayai sengaja melepak di dalam kelas mereka kerana enggan hadir ke perhimpunan.


Bagaimanapun, dua daripada empat pelajar yang melepak itu dikatakan terkejut apabila ternampak kehadiran seorang guru yang membuat pemeriksaan secara mengejut di dalam kelas itu. "Melihat kelibat guru itu, dua daripada mereka berlari ke beranda sekolah dan terus terjun ke padang rumput sekolah itu," kata satu sumber di sekolah itu. Bagaimanapun, dua lagi pelajar itu tidak buat apa-apa.


Ekoran tindakan dua pelajar itu, seorang pelajar yang badannya agak gempal cedera teruk dengan kaki kiri patah dan hidung berdarah akibat terjatuh dari ketinggian 12 meter.



Wah budak-budak sekolah sekarang ini hebat betul. Masa zaman aku dulu, kalau cikgu marah masing-masing senyap saja. Dengar dan insaf. Memanglah sedih dan sakit hati bila kita kena marah. Masa itu memang pelbagai keinginan yang jahat-jahat datang, nak pancitkan tayar kereta, nak calarkan kereta, doakan anak-anak dia jadi lebih teruk dari kitalah dan sebagainya. Tapi biasanya cikgu marah adalah untuk menjadikan kita ini manusia baik dan berguna satu hari nanti. Memang ada cikgu yang bermasalah tapi bilangannya amatlah sedikit. Nisbah 1:100. Tapi itu bukanlah penyebab untuk kita cuba membunuh diri. Rugi sahaja. Kasihan kepada orang tua kita yang melahirkan dan membesarkan kita.

Bukankah bagus dalam usia yang muda ini kita penuhkan masa yang terluang tu dengan aktiviti-aktiviti yang berguna. Bila sudah bekerja macam sekarang dan sudah tiada masa, mulalah menyesal yang teramat. Kan bagus kalau masa aku sekolah dulu-dulu tu aku dah mula meniaga paling koman ‘one drop perfume’ sambil-sambil mengadap buku di meja study.

Kepada kawan-kawan yang meniaga barang-barang yang seperti aku cakap tadi, dan tidak memerlukan modal yang besar bolehlah cuba-cuba cari adik angkat yang masih bersekolah ataupun yang tinggal di asrama untuk tujuan promosi. Daripada dorang tu kreatif sangat ponteng sekolah, buat aktiviti-aktiviti maksiat dan membuat terjun tiruk di tempat-tempat yang tak sepatutnya tu, baiklah kita bagi peluang cari duit yang banyak. Bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk orang tuanya. Tapi jangan pula sampai mereka mengabaikan tanggugjawab terhadap buku-buku sekolah. Nanti keluar pulak artikel ‘pelajar ponteng sebab one drop perfume’ hahaha.