Jumaat, 20 November 2009

AKTA SEWA BELI AKAN DIPINDA

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan meminda Akta Sewa Beli ekoran berlakunya banyak tindakan keterlaluan oleh pihak bank terhadap pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran kenderaan mereka.


Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pindaan akta itu perlu dilaksanakan kerana Akta Sewa Beli sedia ada memberi terlalu banyak kebebasan kepada bank sehingga melakukan tindakan dengan mengenakan pelbagai caj kepada pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran mereka.


"Sebagai contoh, apabila bank bertindak menarik kereta pengguna yang gagal melunaskan hutang ansuran mereka seperti yang ditetapkan dalam perjanjian sewa beli, pengguna akan menghadapi pelbagai bayaran untuk menuntut semula kereta mereka.


"Antaranya ialah bayaran upah tarik kereta, bayaran tuntutan semula dan bayaran untuk menyimpan kereta pengguna," katanya selepas menghadiri mesyuarat antara KPDNKK dan 40 wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) persatuan pengguna di sini semalam. sumber KOSMO 19 November 2009.



Hmmm rakyat MALAYSIA rata-rata sudah muflis, sudah merempat, sudah mula ikat perut kerana dibebani oleh segala macam hutang dan kesusahan dibumi bertuah ini. Orang yang kita undi, yang kita sangka boleh membantu kita dan mengetuai kita rupanya kaya sorang-sorang. Harta berjuta-juta dapat dikumpul dalam masa yang singkat saja. 7 keturunan tak habis. 7 kali mati pun tak habis juga. Itu sebablah ada yang boleh memanjakan diri dengan cucukan botox disana sini. Itu cucukan yang kita nampak, cucukan yang kita tak nampak? hahaha.


Masing-masing sekarang berlumba-lumba untuk mempamirkan keperihatinan. Masing-masing berbunuh-bunuhan untuk memberi kesenangan kepada ramai orang, tetapi tetap memberi lebih kesenangan kepada sedikit orang itu. Pada pandangan akulah, semua yang dibuat itu seperti sudah terlambat. Sesuatu yang diberi itu bukan kena pada tempat, masa dan cara yang sepatutnya yang satu ketika dulu amat ditagih.



Barangkali mereka ini terlupa. Generasi baru MALAYSIA ini hanya sebahagian sahaja yang berjaya dibodohkan, yang sebahagian lagi adalah si cerdik pandai. Masa zaman keris dulu bolehlah. Semua orang seperti Encik Tuah kita, patuh amat pada tuannya. Encik Jebat, walaupun tiada arca walaupun identitinya dinyahkan dari bumi MELAYU ini, semangatnya kuat membakar jiwa setiap orang di sini. Memberi dengan bersyarat yang tidak masuk akal amat menjengkelkan. Kadar tol akan dikurangkan beberapa % itu pun kalau melalui tol tersebut lebih beberapa kali, rasanya dalam 80 kali dalam masa sebulan. MANGKUK HAYUN manalah yang hendak ke tempat kerja melaui tol lebih 4 - 5 kali sehari.



Semalam sahaja keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan. Ramai anak-anak kecil itu sudah mula menampakkan kebijakan masing-masing dengan mendapat 5 – 7 A, buka sedikit tetapi ramai amat. Di Besut, seorang pelajar OKU yang menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang (adik Siti Norfarah Hanim) memperoleh 5A. Itu baru pelajar OKU, belum lagi yang bukan OKU. Belajarlah berhenti menyalahgunakan duit pemberi-pemberi sedekah yang terpaksa ini. BELAJARLAH DARI SEKARANG supaya tidak kekok nanti. Hahaha

p/s: gambar-gambar kali ini aku upload daripada email seorang teman yang menghantar gambar-gambar pilu dari GAZA yang teraniaya oleh kaum itu.