Jumaat, 30 Oktober 2009

TRAINING TBOX SCADA SYSTEM





Aku baru saja balik dari menghadiri training SCADA di HQ. Banyak sungguh taraining yang aku hadiri bulan ini. Nampaknya PDA @ Appraisal aku awal tahun nanti meriah lah. Cuma markah saja yang tak berapa nak meriah kot. Itu pun kalau aku masih di bawah manager yang lembu tu. Awal-awal pagi tadi aku dengar gossip Pengurus Besar Operasi dari pejabat lama aku tu akan dipindahkan ke jabatan ini. Aku no komen lah. Ada juga perasaan suka dia masuk sini, tapi mengenangkan yang dia ni suka jerit-jerit dan memanggil orang dengan panggilan manja ’bodoh’, aku jadi kurang suka.
 


Sedikit tentang apa yang aku belajar tadi. SCADA adalah satu sistem maklumat yang sedang dilaksana kan di dalam syarikat ini. Dengan adanya sistem ini, ia akan lebih memudahkan kerja-kerja pengumpulan data di tapak-tapak kerja yang jauh berbatu-batu dengan mudah dan cepat. Sistem ini akan menyampaikan maklumat berkenaan kebocoran, perlanggaran parameter, pencerobohan dan apa saja yang telah diprogramkan ke sistem untuk dipantau seterusnya oleh ibupejabat. Nampaknya semakin canggih sesuatu sistem itu, semakin kuranglah pengantungan kerja terhadap tenaga manusia. Dan bermakna bila sistem ini telah beroperasi sepenuhnya makin kuranglah kakitangan syarikat ini. Hahahaha. Tapi perlu diingat, secanggih manapun sistem itu, cacatnya tetap ada. Buat masa ini aku tidak bolehlah menulis secara ditil tentang sistem ini. Aku kesuntukan masa.
 


Esok aku akan ke Saujana Utama, Sg Buluh kerana menghadiri sesi Saturday learning yang dianjurkan oleh jabatan aku. Tajuk program ini ialah air scouring. Air Scouring adalah teknik yang digunakan oleh juruteknik-juruteknik syarikat untuk mencuci paip-paip air utama sebelum disalurkan kepada premis-premis pengguna. Masa itu kami boleh melihat sendiri sejauh mana kotornya air yang berada di dalam paip utama sesuatu kawasan itu. Selalunya kami hanya dapat melihat gambar-gambar melalui laporan saja.




Tiada ulasan: