Selasa, 27 Oktober 2009

PERISTIWA YANG TERKESAN DIHATI




Pagi Sabtu tu aku memang dah merancang untuk ambil gambar Ebi, Umairah dan Irshad bersukan. Jam 7 pagi si Ebi dah gerak kan aku. Mungkin dia tak sangka aku balik malam tadi. Masa aku sampai tu, dia dah tidur. Malas nak kacau aku tarik tilam depan tv dan tidur di situ.






”Acik jangan lupa ya. pukul 8 nanti datang sekolah Ebi”. Ebi bersuara sayup-sayup saja ditelinga. Jam 8.30 aku terjaga(nasib baik cuti solat hehehe), kalut ribut aku bangun dan mandi. Bersiap lebih kurang dan terus sambar kamera. Sarapan pun aku terlupa.







Sampai di sekolah aku mencari-cari si Ebi dan Umairah. Gembira bukan main lagi dia bila nampak aku. Umairah sudah di padang bersiap sedia untuk membuat pecutan 100 meter perempuan tahun 2 dan aku bergegas ke tepi padang. Dapat juga aku merakam gambarnya walaupun kurang jelas. Aku tidak sempat menghampirinya dari dekat sebab aku berada jauh di hujung padang. Umairah berlari terhinjut-hinjut, mujur juga dapat tempat ke tiga. Baju t’shirtnya pula besar gedobos. Bila aku tanya kenapa lari macam tu. Dia menunjukkan luka di tapak kakinya. ’Kenapa pakai baju besar-besar begini?’ Dia menjawap ringkas, ’ini baju pinjam, tak ada saiz’. Ohh anak ini tidak pernah memilih dengan apa yang dihulurkan untuknya. Asal ada saja.






Insyallah bila ada rezeki lebih nanti, aku nak bawak Umairah membeli pakaian baru. Kesian pula dia begitu.







Sedih sungguh aku melihat si kecil berdua tu bersukan tanpa kehadiran orang tuanya. ”Mama dengan ayah tak datang, acik datang pun tak apa”. Ebi bersuara dan hampir-hampir berjaya menitiskan air mata aku ini. Umairah hanya diam tapi dari wajahnya aku tahu dia sangat gembira. Umairah cuma ada Mama. Dalam usia yang muda begitu dia terpaksa menerima hakikat yang dia sudah tiada Abah di dunia ini. Pada kamilah Makcik-makcik dan Pakcik-pakciknya ini, dia menumpang kasih.








Apalah kakak aku yang berdua tu. Masa kecik beginilah hati anak-anak ini harus disentuh. Biar dia membesar sebagai seorang yang sempurna. Supaya bila dewasa dia tumbuh sebagai seorang yang keras diluar dan lembut di hatinya. Pada usia inilah dia umpama kain yang putih. Kita yang melukis hidupnya. Syukur kedua-duanya cilik ini mendengar kata. Aku sempat membawa si kecil ini bergambar di kawasan sekolah seketika sebelum balik ke rumah.





Tiada ulasan: