Khamis, 1 Oktober 2009

MESYUARAT LAGI DAN LAGI


Mesyuarat bajet 2010. Hari ini akan diadakan mesyuarat untuk membincangkan bajet untuk tahun 2010 jam 4.00 petang nanti. Nak muntah pulak aku asyik mesyuarat saja kejenya. Aku dah mula sebok dengan kerj-kerja harian. Semenjak seorang staff berhenti masa raya tempohari, secara automatik kerja-kerja dia yang ada kaitan dengan aku, aku kena buat sendiri. Renyah betul kerja Admin. Assistant nih. Key in data banyak. Surat nak keluar pun banyak sangat sifirnya, update sana- update sini. Uhhh menyampah tol aku.




Selalu lepas aku buat surat terus bagi kat Admin. Assistant. Dan dia akan uruskan siapa yang nak tanda tangan, nak record, photostat dan macam-macam lagi. Yang aku tahu semua settle.


Tengah aku kalut-kalut ni ada jugak yang nak suruh aku buat perkara yang tak berapa sedondon dengan keje aku. Ada jugak yang kena penampar laju ni.




MAK TAK BERAPA SIHAT




Telefon mak tadi, suaranya lain benar, bila aku tanya dia cakap kurang sihat. Penat agaknya, maklumlah raya masih disambut. Tentu ramai lagi yang menziarah mak dikampung. Tinggal si Nurul saja di kampung tu. Tahap kerajinannya masih diragui. Harap-harap janganlah dia tegar membiarkan mak penat sendirian di rumah. Sabtu ini aku balik kampung sekejap. Mencuri-curi masa yang ada untuk menjengah orang tersayang. Ahad aku dah sebok, maklumlah aku kan meniaga di pasar malam Taman Bukit Subang.

Tiada ulasan: