Khamis, 27 Ogos 2009

Van oh Van!!!

Hari ini aku nekad nak repair van vanette tu. Dia mula meragam dah. Maklumlah beli pun dah uzur benar. Tapi tak apalah daripada aku hayun si WIRA tu ke pasar malam & bazar baik lagi aku bawak jer si vanette hijau tu. Timming si hijau terlalu rendah dan mati-mati je. Brake pun tak makan sangat sampai ada orang tak berani nak bawak lah. Hand brake pun tak kuat dah. Selalu aku spare kan kayu untuk sendalkan tayar. Takut juga kalau aku tengah asyik mengoreng tiba-tiba si hijau tu bersiar-siar sendiri. Hihihi. Kata makanik tu kene bukak karburator. Entah lah aku pun bukan lah arif sangat pasal enjin ni. Setakat sikit-sikit tu boleh lah.

Hari ini aku sedang berusaha untuk mendapatkan time off selama 2 jam. Sampai-sampai sahaja di office aku diberitahu "boss tak masuk office hari ni". Alamak macam mana ni.

Hari ini tak mengantuk seperti semalam. Atas motor pun boleh nak pejam-pejam. Tadi berselisih dengan kawan pejabat lama. Bukan main lagi dia melambai-lambai dengan senyuman. "ikhlas ke lambaian dan senyuman tu" aku bercakap sendiri. Teringat semula cerita diantara aku dan group yang suka sangat mengutuk aku tu. Termasuk lah budak yang melambai tadi.

Dalam duni ini, kita tak boleh nak percaya pada orang sangat. Lain lah kalau kita kenal hati budinya. Depan bukan main baiknya, belakang hanya ALLAH yang boleh mangampun dia.

Dari kejauhan ini aku berdoa, mudah-mudahan "group geli-geli tu" lekas sedar dari mimpi-mimpi sebelum segalanya terlambat.

1 ulasan:

Anash berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.